CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 April 2011

Buat Jejaka2 yg Pernah Kulukai...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Baru2 ini, dikala kebosanan setelah menatap nota2 dengan agak lama, hati ini tergerak untuk membaca semula segala post2 blog ini, post2 blog org lain, mesej2 dan juga komen2 di facebook. Kemudian kenangan2 lama yang pernah cuba dilupakan muncul semula tanpa diminta. Tanpa disedari terbit rasa bersalah yang mendalam terhadap insan2 terutama jejaka2 yang pernah hadir dalam hidup org suatu ketika dulu.  

Org sejujurnya tak pernah ingin berada dalam situasi 'in the relationship' dengan sesiapa. Prinsip org ialah org ingin bercinta selepas berkahwin. Tapi mungkin ada layanan baik org  sebagai kawan telah mengundang salah faham kepada mereka. Melalui post ini, org nak merakamkan sejuta kemaafan buat jejaka2 ini yg mungkin pernah org lukai hati mereka. Selama ini org tidak pernah ada kekuatan utk meluahkan, maka melalui post ini ingin org coretkan apa sebenarnya yang org pendamkan dan terbuku dalam hati selama ini..


Buat MFSH..

Sampai sekarang saya takkan lupa panggilan terakhir yg saya buat satu ketika dulu yg merubah segala2nya. Yg meleraikan persahabatan kita. Persahabatan kita selama bertahun2 terus renggang sekelip mata. Maaf kerana ketika itu saya belum cukup matang untuk memikirkan kesan kata2 saya kepada awak. Maaf saya tak ada kekuatan untuk memohon maaf dgn awak secara berhadapan. Tapi saya lega dapat memohon maaf dengan awak walaupun hanya sekadar melalui tulisan. Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya sentiasa mengikuti perkembangan awak secara diam2.  Dan saya lihat awak gembira dgn kehidupan awak sekarang. Sorry for everyting & all the best in your future undertakings :)


Buat NHHT..

Saya menyenangi awak sebagai seorang classmate. Malah saya suka bila awak bergurau dan membuat lawak pada saya sehingga saya ketawa. Namun pada satu hari apabila awak berterus terang tentang perasaan awak dan hajat awak untuk menjadikan saya sebagai seorang teman istimewa, saya terkedu. Kerana saya menyangka awak sekadar bergurau. Dan saya menolak dengan cara sebaik mungkin tanpa melukakan hati awak. Saya minta maaf, pada masa itu saya cuma ingin fokus untuk SPM. Dan setelah beberapa tahun berlalu, awak kembali dan menyatakan hajat awak untuk meminang saya andai saya masih single pada usia 25 nanti. Saya cuma mampu berserah kepada Allah. Saya harap awak faham.


Buat MZF..

Maaf dulu saya sendiri yg menjarakkan diri lepas saya mula rasa tak selesa dengan perhatian melampau yg awak berikan. Mungkin saya yg mula dulu menghulurkan salam perkenalan, tapi niat itu hanya untuk menyambung ukhuwah sebagai seorang schoolmate lama, hanya sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu. Maaf sebab kawan saya yg terpaksa menyampaikan luahan saya terhadap awak. Saya tak mampu berterus terang, kerana saya tak ada kekuatan. Saya takut untuk melukakan hati awak. Tapi saya nak awak tau, saya tak pernah benci awak. Cuma saya rasa mungkin kita tak boleh jadi kawan macam dulu. Sorry ya.


Buat SM..

Mungkin silap saya dulu yg beri 'lampu hijau' untuk awak berkenalan dgn saya melalui kawan baik awak, yang juga merupakan kawan baik saya. Kemudian selepas kita mula berkenalan saya mula mendiamkan diri. Maafkan saya, saya rasa saya tak bersedia. Saya lebih senang keseorangan tanpa ada sesiapa yg memberi perhatian lebih terhadap saya. Tapi saya nak awak tau awak antara lelaki yang terbaik yg pernah muncul dalam hidup saya. Awak rajin, gigih, tabah, kuat semangat. Mungkin awak deserved someone lagi better dari saya. Minta maaf. Dan saya juga nak awak tau yg saya tak pernah berhenti membaca blog awak. Teruskan ye :)


Buat MANS..

Pengenalan kita melalui YM memutikkan persahabatan yg cukup erat. Saya sangat selesa berkenalan dengan awak, walaupun kita tak pernah bersua muka. Dan saya tahu antara kita pernah wujud seketika satu ikatan 'lebih dari kawan' yg kita sendiri faham tanpa perlu mengungkapkannya dengan kata2. Tapi selepas beberapa ketika saya dapat rasa awak mula mengongkong saya, awak cuba mengubah saya menjadi org lain tanpa kerelaan saya sendiri. Dan entah kenapa perasaan sayang yang pernah wujud untuk awak dulu hilang secara tiba2. Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya tau perkara antara kita perlu dibincangkan dan saya akan menunggu masa yg sesuai untuk membincangkan perkara ini dengan awak. Maaf atas kekhilafan saya.


Buat ISS..

Bermula dengan SMS pertanyaan sebagai classmate, kemudian kita jadi sahabat baik yg sentiasa berkongsi masalah dan pendapat. Saya menyenangi awak sebagai seorang sahabat baik. Dan tipu untuk saya katakan yang saya tak sedar yang awak mempunyai perasaan terhadap saya, setelah apa yg kita lalui bersama selama ni. Tapi maaf saya berpura2 tak mengerti dan berpura2 tak nampak. Dan akhirnya awak memilih org lain walaupun awak akhirnya berterus terang tentang perasaan awak terhadap saya. Tapi saya tahu saya bukan untuk awak, setelah saya lihat awak gembira dengan pilihan hati awak sekarang. Janji dengan saya ya, kita tetap sahabat baik sampai bila2 dan saya sentiasa ada bila awak perlukan saya :)


Buat AD..

Request awak untuk berkawan dengan saya melalui FB satu masa dulu saya approve. Dan kita mula bertukar2 mesej. Walaupun tak pernah mengenali awak secara dekat, saya tahu awak seorang lelaki yg baik dan sopan. Ia terserlah melalui tulisan kata2 awak. Namun apa yg tidak saya jangka ialah awak meluahkan perasaan terhadap saya, sedangkan kita tak pernah berjumpa, tak pernah bercakap, sekadar berkenalan di ruang maya. Apakah selama ni saya seperti bagi hint dekat awak? Saya rasa tidak. Saya rasa saya melayan awak sama seperti org lain. Dan maaf saya seorang yg pesimis mengenai hubungan cinta alam maya. Dan saya juga rasa saya bukan untuk awak. Minta maaf ya.


Buat RSI..

Memandangkan saya tidak langsung mengenali awak, saya tidak approve request awak di FB. Tapi awak tak pernah berhenti menghantar request dan tak berhenti menghantar mesej terhadap saya. Saya hilang sabar dan mula memarahi awak. Tapi awak tak pernah putus asa malah menggunakan adik saya sebagai medium untuk berkenalan dengan saya. Malah melalui adik saya saya tahu awak sempat mencuri gambar saya di FB sebelum saya block awak. Dan awak juga meluahkan persaan terhadap saya. Apakah?? Kita tak pernah kenal pun. Mungkin salah saya kerana saya tak pernah bagi peluang langsung dekat awak untuk mengenali saya, tapi saya nak awak tahu perbuatan awak ni melampau. Maaf, untuk awak saya rasa sebagai kawan pun saya tak mampu.


Sekian untuk kali ini. Bukan niat org untuk mendedahkan kisah peribadi org untuk tatapan org ramai, tapi ini sahaja medium yg boleh org gunakan untuk menyampaikan rasa maaf dan isi hati org yg xpernah org luahkan selama ni kepada jejaka2 dia atas ni. Mungkin kisah di atas sudah lama, tapi org harap jika ada kekhilafan yg berpunca daripada org, sudilah kiranya dimaafkan. Dan org rasa anda semua deserved someone yang lagi better daripada diri org di luar sana, mungkin anda yg tak jumpa lagi. Sabarlah menanti dan mencari ye :)


Assalamualaikum wbt :)


p/s : Hati sudah rasa lega. Boleh sambung study kembali :)


6 comments:

AMiRU said...

erm, mcm playgirl la plak..hehe...
pape pun, mungkin bukan jodoh, harap diorg phm.. :)

nadzwareina said...

haha tau xpe.. aku pun rase mcm playgirl.. tp sume ni dorg stat dulu tau.. aku tak.. hehe

Izzah Nadiah said...

sdihye...
especially ttng MFSH 2...
mgkn sbb sai knl org 2 kot...

Anonymous said...

wawa,kalau nak mintak maaf bukan begini caranya.x ker menyakitkan hati lelaki2 yang wawa mention kat atas nih?..rasenya entry nih macam nak mencari attention pembaca jer n nak menunjukan betapa wawa dikejar lelaki...rasenye lelaki kat atas nh pn x bace entry nh,just wawa jer yg nak mencapap..

nadzwareina said...

mr/miss anon : thnx for the comment walaupun post ni dh lama.. thnx juga sudi baca.. but i'm stick with my pendirian to write my apologize dlm post ni.. & utk pngetahuan miss/mr anon, ade beberapa org dlm ni dh contact sy balik & saling brmaafan which pada saya is good.. lagipun xramai yg baca blog sy kcuali insan2 yg rapat dgn sy & memahami diri sy cmne dan sy rasa mgkin awk blum betul2 mengenali & memahami niat sy.. but thnx again ye sbb sudi menegur.. xperlula jd anon, sila la prkenalkan diri ye lps ni? i'll appreciate that :)

scorer encem said...

ish hot gak adik ak sorg ni...xsangka...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...