CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 July 2010

Penangan Tahun Akhir..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

*Warning : Post ni agak panjang. Kalau tengah busy lain kali je baca =p*

Maaf sebab org dah lame xupdate blog. Disamping kebusyan (word ape ni?) yang melanda diri sejak masuk minggu ke4, org pun dah xde idea nak update ape. Lalu org terpanggil nak berkongsi cerita dan pengalaman setelah 4 minggu bergelar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM Puncak Alam. Boleh ye?

1) Kena duduk luar kolej
Kitorg pelajar tahun akhir satu batch semua telah ditendang keluar kolej disebabkan intake asasi yg terlalu ramai. Semua merempat duduk rumah sewa yang agak jauh dari fakulti. Sape2 yang xde transport sendiri terpaksa la naik bas. Kalau nak buat research paling payah, sebab xtentu masa nak pegi fakulti. Kalau ada group discussion agak leceh la. Sebab tu org bawak basikal, senang nak pegi rumah member kalau ada group discussion. Kalau ada discussion dengan budak laki lagi payah. Ada sekali tu org terpaksa discuss research dengan partner lelaki kat kedai makan. Takkan nak datang rumah dia bincang kan? Sambil discuss sambil makan roti canai, haha.

2) Presentation setiap minggu
Kalau sem2 lepas presentation paling banyak pun 5 kali setiap sem campur sume subjek, tupun time akhir sem before final exam. Sekarang org present tiap2 minggu pada hari Selasa.Tu baru satu subjek. Minggu pertama kitorg dah dapat satu buku case study yang kitorang panggil CBL aka Case-Based Learning. Buku ni ada sume kes2 patient yang ada masalah jantung dan paru2. Kitorang kena analyze drugs ngan segala data patient tu, then present depan lecturer. Pastu submit report. Kalau nasib tak baik, kene la bambu dengan lecturer, especially kalau salah pilih drugs. Mati la patient tu kat tangan kitorg...

3) Kelas dari 8.30 pagi sampai 7 malam
Subjek kitorg makin lama makin deep, 2 jam xcukup untuk lecturer nak cover seluruh topik, maka terpaksalah cari mana2 slot kosong untuk kelas ganti atau tutorial. Kelas ganti ni pulak kadang2 last minit. Pernah sekali masa Nisfu Syaaban, time ramai student puasa, kelas habis 7.40 pm sampai ramai student berbuka ramai2 dalam kelas. Buka dengan air kosong dengan biskut je. Org yang dari pagi pergi kelas, tak bawak pulak ape2 makanan untuk berbuka. Nasib baik ade member sedekah biskut ngan keropok, siap distribute row by row bagi student2 bukak puasa. Kelakar je.

4) Research
Student tahun akhir farmasi wajib buat research, start sem 6 sampai 8. Kitorg sama ada dapat labwork atau buat survey questionnaire. Org dapat labwork, dimana tiap2 minggu hari Jumaat org akan duduk dalam lab untuk buat keje research, sambil disupervised oleh sorang lecturer. Kalau xsempat habis, time weekend pun kena datang fakulti untuk sambung labwork. Untuk org punya research, org kena extract protein utk analyze effect BPA, satu bahan kimia yg boleh sebabkan kemandulan kat reproductive organ tikus betina. So masuk lab je org akan bergelumang dengan sampel darah tikus tu dan macam2 jenis equipment dan reagent yang bau dia agak pelik2. Nasib baik xpayah pakai tikus hidup. Kalau labwork dah habis kena cari sebeban journal untuk sambung thesis pulak.

5) VIVA test
Nilah antara satu benda yang paling digeruni student farmasi tahun akhir. Next week kitorang dah start. Nanti kitorang pecah dua grup, satu grup buat VIVA, satu grup buat written test. Then rotate. Yang VIVA ni nanti kitorg dapat satu case study, kemudian analyze case tu 5 min je, then jumpela lecturer masing2 terus jawab soalan pasal drug2 tu. Imagine dalam 5 min SAHAJA korang kena analyze class drug tu, indication die, dose die betul ke tak, side effect die kat patient, interaction die dengan drug lain, dan macam2 lagi la. Kalau dapat patient yang amik lebih 5 drugs, tak ke haru? Time ni kalau salah drugs, kena bambu lagi la dengan lecturer, of course.

Setakat ni tu jelah yang org dapat share setelah 4 minggu jadi student final year. Nampak gaya org serius kena berusaha lebih kuat untuk sem ni. Org xpenah lagi repeat paper, so org harap sangat takkan pecah rekod tahun ni. Sakit oo nak repeat paper final year. Grad pun lambat. Posting hospital pun lambat. Tapi lecturer awal2 dah cakap, utk final year, half kelas fail untuk satu paper tu dah biasa dah. Kitorg satu kelas menganga gak la dengar lecturer2 cakap camtu, huhu.

Buat kawan2 org kat luar sana yang belum lagi jadi final year student, enjoy la life as student puas2 ye. Kalau tak rugi je jadi student u tapi x enjoy campus life. Dah final year nanti konfem xsempat dah. Setakat 5 minggu pertama bolehla lagi nak tengok wayang ke, hangout ngan member2 ke, balik tiap2 minggu ke, pastu konfem korang nak lepak time weekend je pun payah. So be prepared ok? :)

Taktau la ape motif letak gambar candid zaman bile ni. saje nak nampak busy kut, haha

Time kasih la sudi membaca coretan panjang berjela ni.. Ni yang org malas nak update selalu. Jari payah nak stop. Jumpe lagi post lain yang entah bila. Wassalam :)

*busy2 pun facebook still sempat =p*




25 July 2010

Sehari Bersama Afiq dan Sarah :-)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ni seperti yang dijanjikan, penulis bersama 2 org besfren sejak sekolah rendah, Afiq dan Sarah pergi hangout di Sunway Pyramid. Afiq yang dengan sukarela mengoffer diri menjadi driver, pergi mengambil kitorang di rumah masing2. Jam 12 lebih tengahari, kereta Afiq dah terpacak dihadapan rumah penulis. Kemudian kitorang bergerak ke rumah Sarah pulak. Sarah yang belajar di Mesir sekarang tengah cuti summer. Kitorang keluar ber3 sahaja sebab yg lain tak berkesempatan balik dari u masing2.

OTW ke Sunway, kitorang ber3 dalam kereta tak henti2 ketawa dan mengusik antara satu sama lain. Walaupun lama tak berjumpa, terutama Sarah dan Afiq yang dah tak bertemu selama 10 tahun, kitorang masing2 masih dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bila lama tak bertemu, masing2 perasan akan perubahan diri masing2. Maka banyak sangat memori2 lalu tersingkap kembali, yang buat kitorang ber3 tergelak dan tersenyum sendiri. Dan banyak juga gosip2 lama serta pelbagai nama kawan2 kitorang muncul kembali. Sarah dan Afiq yang sering berperang mulut antara satu sama lain, buat penulis terpaksa menekan perut menahan gelak. Hahaha~

Bila di Sunway, Afiq belanja kitorang ber2 makan kek kat Secret Recipe. Sebenarnya Afiq dah deal ngan Sarah nak belanja dia cheesecake. Tapi penulis pun dibelanja sekali :) Kemudian penulis belanja Sarah dan Afiq makan lunch pulak. Waktu makan kek, penulis bagi diorang souveneir yang penulis beli kat Pulau Perhentian untuk diorang. Ternyata diorang happy dengan pemberian penulis tu. Penulis seronok sangat.

Kitorang plan nak tengok wayang, malangnya kat kaunter tiket sangat ramai orang yang beratur. Sarah pula kena pulang sebelum waktu maghrib. Maka Afiq pun mengajak menonton wayang di JJ Bukit Tinggi, dekat dengan rumah. Kitorang layan filem 'Mantra'. Cerita yang sepatutnya dikategorikan seram itu akhirnya menjadi filem lawak disebabkan gelagat Sarah. Penat penulis dan Afiq menahan gelak sewaktu menonton wayang sambil melihat gelagat Sarah. Dan lepas filem tu tamat, kitorang still tak berhenti ketawa sewaktu melangkah keluar dari pawagam.

Kemudian, Afiq menghantar Sarah pulang, dan seterusnya menghantar penulis ke Puncak Alam. Time ni pun penulis dan Afiq banyak berkongsi cerita, disebabkan mak kitorang merupakan besfren. Maka banyaklah cerita2 yang kitorang dengar daripada mulut mak masing2 dikongsi bersama, hehe. Penulis berterima kasih sangat dengan Afiq sebab sudi menghantar penulis kat Puncak Alam yang sangatla jauh ni. Dahla waktu tu hujan lebat. Kesian betul Afiq. InsyaAllah next hangout, mungkin time berbuka puasa. Time tu Naim, kawan lama kitorang jugak dah balik dari Mesir. Tak sabar nak kumpul berempat dan tengok pula apa akan jadi. Sebab Naim pun lebih kurang sama macam Sarah. Penulis pulak dengan Afiq tukang gelak je. Tak sabarnya nak jumpa korang semua~ :)


Dengan Sarah. Sama2 tembam bak kata Sarah :p

Dengan Afiq. Kitorang kena tanya umur masa nak tengok filem Mantra. Kitorang tak nampak macam 22 ke??

Sekian, terima kasih sudi membaca coretan penulis. Salam :)

21 July 2010

Nausea & Vomiting...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Baru2 ni, penulis diserang oleh symptom2 di atas. Selalu symptom2 ni penulis sekadar baca dalam buku, sebab nausea & vomiting adalah common adverse effects atau kesan2 sampingan biasa certain2 drugs yang diambil oleh patient. Nilah 1st time penulis rasa sendiri macam mana rasanya diserang nausea dan vomiting tu. Tapi penulis tak ambik ape2 jenis drug pun. Macam mana tu?

Pernah satu malam penulis bangun lebih 5 kali ke toilet sebab nak throw up. Penulis terjaga sebab rasa loya and bila sedar benda tu terus rasa nak keluar. Kesian roommate2 penulis terjaga beberapa kali gak malam tu sebab penulis. Dahla esok ade presentation. Nasib baik presentation tu ok je.

Sekadar gambar hiasan. Nasib baik penulis tak seteruk ini, sampai kena duduk tepi toilet.

Kawan2 penulis kata angin. Tapi penulis tak rasa kembung kat perut pun. Tak ada pun angin yang keluar dari badan penulis, baik dari atas mahupun bawah. Kawan penulis suggest minum coke, tu pesan doktor dia kalau perut ade angin. Penulis minum satu tin memang ok sikit, tapi lepas tu symptom2 ni datang balik. Sah bukan sebab angin.

Kemudian penulis buat assumption kena food poisoning. Tapi macam pelik sebab penulis kena nausea and vomiting je, tak ada la pulak disertai dengan symptom lain macam demam ke, diarrhea ke, abdominal cramp ke. Dan lagi peliknya, penulis kalau makan sikit2 xkan keluar balik. Kalau makan sebanyak yang macam penulis biasa makan yang akan keluar balik. So, buat masa ni penulis cut food intake penulis, sekadar makan separuh dari biasa la. Takut2 kalau makan macam biasa nanti keluar balik.

Jadi sekarang penulis dalam tempoh pemulihan. Kawan2 penulis suruh makan ORS or oral rehydration salt ataupun charcoal. Tapi penulis sangat malas nak makan benda2 macamtu. Penulis memang tak suka makan ubat (macam mana la nak jadi pharmacist nih..). Penulis tengok sehari dua lagi, kalau stil tak ok mungkin baru penulis makan. Lagipun sekarang macam nak ok dah..

Buat follower2 atau pengunjung2 shoutbox penulis, mintak maaf sebab tak berkesempatan nk melawat blog korang pulak. Sian pulak korang ye ye ajak singgah blog korang, tapi penulis tak dapat nak reply pun kat shoutbox korang. InsyaAllah, kalau penulis betul2 pulih nanti, penulis sure singgah. Mintak maaf banyak2 ye..

Sekian episod kali ini. Terima kasih kerana membaca. Wassalam.. :)

19 July 2010

Bila Lelaki Bertanya Kepada Perempuan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Maaf lama tak update blog. Sekarang penulis busy dengan presentation tiap2 minggu. Penat jadi student final year nih. Macam biasa, pagi Isnin ni penulis hadir ke kelas. Tempat duduk penulis dalam dewan kuliah adalah di row depan student2 lelaki. Lepas penulis duduk, penulis dengar student2 lelaki pun masuk dan ambil tempat duduk masing2.


'Em, wawa, aku ada soalan la nak tanya kat ko. Isu sensitif,' tiba2 sahaja kawan lelaki yang duduk di belakang penulis bertanya. Penulis terus menoleh.

'Sensitif? Pasal ape?' tanya penulis.

'Adela, pasal fisiologi perempuan,' jawab kawan penulis tu.

Penulis terus berkerut. Fisiologi perempuan?
'Takpe2 nanti time break kang tanyela,' penulis menjawab, lalu menoleh semula ke depan.

Akhirnya pada waktu break, penulis pun pusing belakang, tanya semula apa soalan yang kawan penulis nak tanya tu. Penulis dengar kawan penulis tu bersembang dengan kawan sebelah dia pulak.

'Hui, tak payahla ko tanya soalan macam ni,' kata kawan dia. Tapi kawan penulis tu macam nak tau jugak. Penulis pun senyum je tengok gelagat diorang. Nampaknya isu sensitif ni dah jadi bahan perbincangan diorang rupanya.

'Takpe2, aku open. Tanya je la ape2 korang nak tanya,' penulis jawab lalu duduk menghala diorang. Diorang still ragu2 nak tanya, tapi last2 diorang tanya jugak.

'Macam ni wawa. Ko ade baca tak kat paper, model Brazil yang besarkan breast dia sampai saiz 38kkk tu?'

Penulis terdiam jap. Actually lame jugak penulis tak belek paper. Lalu penulis mintak kawan penulis tu cerita pasal berita kat paper tu. Dia pun cerita apa yg die baca kat paper tu.

'Soalan aku ni, kenapa dia buat macam tu ye?'

Belum sempat penulis nak jawab, soalan kedua pulak menyusul.

Kawan sebelah dia pulak tanya,
'Tak berat ke?'

'Berat,' jawab penulis laju. Takut tak sempat jawab.

Kemudian kawan penulis tanya,
'Em, tak sakit ke?'

'Sakit,' jawab penulis lagi.

'Ha, soalan keempat, perlu ke dia buat macam tu?' sambung diorang lagi.

Penulis terdiam lagi. Macam mana ye nak bagi jawapan bernas kat soalan diorang ni? Time tu jugak ada announcement kat depan kelas, penulis pusing depan sambil mendengar announcement tu sambil merangka jawapan yang nak diberi kepada kawan2 penulis tadi.

Bila announcement tamat, penulis pusing belakang balik.

'Em, pasal minah tu, aku rasa dia buat macam tu sekadar nak menunjuk. Nak tayang aset dia kat orang ramai. Samela macam perempuan2 zaman sekarang ni, pakai baju saiz kecik2, padahal badan diorang besar. Samela tu, nak tayang aset diorang.

Penulis sambung lagi.
'Macam korang lelaki ni kan, korang ye ye work out bagi nampak muscle, nampak six packs, nak tayang aset korang kat orang lain jugak kan? Padahal xperlu pun bagi nampak muscle2 tu,'

Kawan penulis jawab,
'Tapi tu untuk kesihatan jugak,'

'Ha, betulla tu. Tapi kes minah ni tolak bab kesihatan. Aku rase minah tu cuma nak jadi popular. Aset dia dah sama macam orang lain, so dia ubahla sikit bagi nampak lain dari orang lain,'

Kawan2 penulis pun diam dan dengar je.

'Em, actually buat benda tu sakit. Berat pun berat, Aku tau sebab aku ada baca magazine kisah orang2 yang ade buat macamtu jugak. Orang2 macam ni tak kisah sakit asalkan cantik,' penulis sambung. Kawan2 penulis tu pun angguk2 setuju. Rase2nya diorang dah berpuas hati dengan jawapan yang penulis bagi tu. Kut.

'Korang tengok gambar model tu korang rasa ape?' tiba2 penulis rasa saje je nak pancing diorang ni.

'Huuiii, takut,' jawab kawan penulis.

Hahaha, penulis gelak je.

Kalau kawan2 penulis ni rasa takut tengok aset model tu sebegitu rupa, penulis terfikir, sure ramai lagi lelaki2 kat luar sana tu yang rasa sama macam diorang. Sia2 jela model tu besarkan aset dia.

Penulis ada jumpa gambar model tu. Tapi penulis xmau letak gambar dia kat sini. Seksi sangat. Tapi kalau ade sape2 nak tau cerita pasal dia, boleh klik link ni. Kat berita ni pun dia tengah menderita disebabkan aset dia yang terlampau besar tu.

Moral of the story : Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Sekian, moga bertemu lain waktu. Wassalam..


14 July 2010

Penangan Seorang Lecturer...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Semalam, pada jam +8.30am, seisi kelas PH210 semester 7 sedang menantikan kehadiran lecturer yang tidak muncul2 ketika kelas PHR551 aka Applied Therapeutics in Infectious Disease & Neoplastic Disorder. Ketika seisi kelas sedang bising, tiba2 masuk seorang lecturer yang wajahnya agak asing bagi kami. Beliau meminta untuk berjumpa class rep. Maka Izha selaku class rep dan Izzul selaku subject rep pun pergilah berjumpa dengan beliau..

Selepas beberapa minit, beliau masuk semula dan berdiri di hadapan kelas. Seisi kelas mula senyap dan menumpukan perhatian terhadap beliau. Beliau lantas memperkenalkan diri.

'My name is Johansson lo De Guzman. You can call me Mr Johan' kata beliau yang tak lekang dengan senyuman.

Pada saat itu penulis mula dengar student2 perempuan berbisik2. Mereka mengatakan wajah beliau comel. Muda lagi pulak tu. Kemudian penulis dengar pula student2 lelaki berbisik.

'Abihla.. abihla cair budak2 perempuan kelas ni.. dapat lecturer punyala cute..' satu suara berbisik di belakang penulis. Penulis sekadar tersenyum sendirian.

Mr Johansson memang comel. Tak dinafikan. Muka beliau putih, ala2 chinese. Pakai spec dan berambut spike. Beliau berasal dari Filipina, maka English beliau ada loghat tetapi mudah difahami. Dan yang paling penting, beliau ni tak pernah lekang dengan senyuman, asyik tersenyum je. Maka semakin terserlah kecomelan beliau di hadapan student2. Dan selama 2 jam itu beliau tak mengajar, sekadar memberi briefing untuk kelas seterusnya. Melalui briefing itu, dapat disimpulkan beliau begitu berusaha untuk memahami semua student dalam kelasnya. Dan beliau amat mementingkan agar semua student akan keluar dari kuliah dalam keadaan happy. Itulah yang kerap kali beliau ulang, penulis tak akan lupa.

Malam itu penulis buka facebook. Mr Johansson mula menjadi topik. Beliau dah ada nickname baru yang diberikan oleh klasmate2 penulis, iaitu Mr Johansem. Penulis sekadar gelak bila baca. Hehe.

Keesokan petang, iaitu hari ni, Mr Johansson masuk lagi. Beliau mengajar tentang antibiotik. Beliau tahu jam 2-4 petang adalah waktu dimana semua student pasti akan mengantuk dalam kelas. Penulis nampak beliau berusaha menjadikan kelas pada petang ini berjalan aktif dan dalam suasana ceria. Dan usaha beliau menjadi. Kelas menjadi aktif, banyak pelajar bertanyakan soalan. Kemudian beliau memberikan rehat yang mencukupi kepada student. Kelas 2 jam lebih, penulis tak terasa ngantuk mahupun penat. Dan sudah pasti, banyak sangat info2 baru berkaitan antibiotik yang diperoleh student2. Buat pertama kali, penulis rasa kelas PH210 semester 7 mencipta rekod baru, tak ada sorang student pun yang tidur dalam kelas petang yang agak lama pada hari ini. Satu rekod yang patut dibanggakan, hehe.

Setelah kelas tamat, beliau sempat memberi word of wisdom pada slide akhir.

Selepas itu, tiba2 Mr Johansson berkata,
'Today is my last class with you, I guess'

Serentak dengan itu, seisi kelas berkata 'alahhhhhh'. Penulis pun tak terkecuali. Sayang lecturer sebaik itu hanya berpeluang mengajar kami hanya sekali. Penulis dengar pelajar2 lelaki berkata, alangkah bagusnya kalau beliau mengajar kami lebih awal, bukannya pada tahun akhir. Mr Johansson hanya tersenyum sambil meminta student berjumpa dengannya jika ada sebarang masalah. Kemudian beliau meminta seisi kelas tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya untuk tidak tidur sepanjang kelas.

Bila penulis pulang, macam biasa, nama Mr Johansson sekali lagi hangat di wall facebook. Ramai student meletakkan nama beliau di status. Ada yang memuji, ada yang berharap beliau boleh mengajar lagi. Malah ada yang angau dengan senyuman beliau. Inilah penangan seorang lecturer yang berjaya. Susah nak cari lecturer yang mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar pada kelas yang pertama.

Dan penulis terjumpa pula facebook Mr Johan. Tak mungkin penulis add beliau, hehe. Tapi penulis ambil gambar beliau yang hanya ada satu. Ni lah dia lecturer yang disebut2 oleh student PH210 semester 7 :

Macam model kan?

Sekian sahaja post pada kali ini. Moga bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

Persoalan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kadangkala, bila penulis memerhati sekeliling, pelbagai soalan menerjah fikiran penulis..

Bila penulis baca buku teks Pharmacotherapy, ataupun baca novel Twilight, penulis terfikir..
'Bagaimana penulis buku2 ni boleh tulis buku sehebat ni? Berapa lama diorang buat kajian?'

Bila penulis lihat pensyarah mengajar di hadapan kelas, penulis terfikir..
'Bolehkah penulis jadi seperti mereka ni satu hari nanti? berdiri di depan dengan yakinnya tanpa rasa malu untuk menyampaikan ilmu di hadapan ratusan orang?'

Bila penulis dengar kucing mengiau di luar rumah, penulis terfikir..
'Mesti kucing kat luar ni lapar gile kan? apa la agaknya yang kucing ni ada makan tadi? tah2 tak makan langsung..'

Bila penulis tengok gambar parents kat atas meja penulis, penulis terfikir..
'Apa agaknya ba ngan ibu buat sekarang? Sihat ke diorang?'

Bila penulis tengok couple berjalan berpegangan tangan, penulis terfikir..
'Apa agaknya diorang rasa? bahagia? seronok? ke sekadar berpura2 hanya untuk menunjuk?'

Bila penulis beli makanan kat warung tepi jalan, penulis terfikir..
'Seronok ke jual tepi jalan ni? xpanas ke diorang? banyak ke untung diorang dapat?'

Bila penulis tengok drama kat tv, penulis terfikir..
'Macam mana pelakon2 ni boleh berlakon dengan baik depan puluhan krew? Tanpa rasa kaku dan malu?'

Bila penulis bertembung dengan budak2 asasi dekat fakulti, penulis terfikir..
'Apa la agaknya impian diorang ni? Agak2 diorang tau tak cabaran yang diorang akan lalui bila dah bergelar student degree nanti?'

Bila penulis baca blog2 yang ada ratusan follower, penulis terfikir..
'Macam mana agaknya rasa bila beratus2 orang membaca post kita yang kadang2 sekadar rapikan semata tu? Follower2 ni betul ke baca post kita ni satu2?'

Dan banyak lagi persoalan2 lain yang sangat banyak untuk penulis senaraikan kat sini satu persatu.


Kadang2 penulis teringin nak berada di tempat diorang. Supaya penulis sendiri dapat rasa dan faham apa yang mereka lalui.

Dan tak perlu lagi penulis pening kepala memikirkan jawapan bila soalan2 tadi tiba2 menyerang minda penulis.

Sekian coretan penulis kali ini. Wassalam..

12 July 2010

Bola oh bola..

Bismllahirrahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Huhu, agak lama jugak kan penulis senyap dari dunia blog ni? mintak maaf banyak2MySpace Lately ni mood penulis untuk menulis hilang terus. Sekarang ni mood penulis nak membaca novel yg makin meluap2. Walaupun tahun akhir penulis agak sibuk, penulis tetap meluangkan masa membaca novel. Currently penulis sedang berusaha menghabiskan novel Twilight karya Stephenie Meyer tu. Novel yang femes diadapt menjadi filem cinta vampire tu. Novel ni ade 4 siri, Twilight, New Moon, Eclipse ngan Breaking Dawn. Sebenarnya penulis berkeras tak nak layan filem Twilight ngan New Moon, sebab penulis belum baca lagi novel dia. Sekarang dah kuar filem siri ke3, Eclipse, tapi penulis baru nk start baca novel 1st. Xpela kan janji baca. 4 hari ni penulis dah berjaya habiskan separuh.. MySpace


Dan salah satu faktor utama kenapa penulis tak menulis adalah sebab penulis sibuk melayan bola. Penulis tak la fanatik sangat bola, tapi penulis minat tengok, especially yg melibatkan team2 besar macam England, Argentina, German, Brazil, Holland ngan Spain. Penulis baru 1st time follow bola, dan ni sume disebabkan pengaruh ba dan adik2 penulis. Penulis ade mintak pendapat kawan2 lelaki penulis, nak sokong team mana sebab penulis xtau team mana yg terer. Penulis start ngan Argentina dulu, tapi since dah kalah teruk ngan German dan penulis tengok German main very cantik & menarik, penulis pun berpaling tadah sokong German, haha MySpace

Kemudian bila German lawan Spain, German kalah pulak. Bila Spain kalahkan German, langsung penulis xberminat nak tukar sokong Spain pulak, walaupun sotong Paul tu ramal diorang menang. Masa game final, penulis xsokong Spain, penulis sokong Holland. Time tu penulis sokong skali Holland sebab penulis rasa dorg main pun best gak, lepas tengok diorang lawan Uruguay. Walaupun Holland kalah, penulis xkisah. Orang kate gol Spain nasib baik je..hahaha. Tapi time ni penulis tak dapat tengok kat tv sebab tv umah sewa tak dapat tv1. Channel lain sume dapat. Dengki sungguh tv itu...MySpace. Syukur ade kawan2 yg sudi mesejkan result game, huhu..

Pengalaman pertama kali follow bola, penulis rasa.... seronok MySpace Kalau dulu penulis xfaham kenapa lelaki bising tengok bola, kini penulis faham kenapa. Sebab kalau penulis tengok penulis lagi bising dari diorang, hehe. Nak2 kalo gol sipi2 kena palang, atau ada pemain kena kad kuning or merah. Banyak kali jugak penulis stay up tengok bola ngan family. Time ni baru penulis kenal sikit2 nama pemain bola macam Messi, Lampard, Cacau, Oezil, Muller, Forlan, Villa, Sneijder dll. Mana yg penulis xdapat tengok, penulis mintak besfren penulis yang kaki bola, Afiq atau Amir updatekan score. Thanx bnyak2 kat diorang ni.Tapi sayangnya yg final ni penulis xdapat tengok. Takpe2 nanti penulis cari alternatif lain macamana nak tengok game yg terlepas tu, huhu.

Okeh, sekarang World Cup dah habis. Keadaan pun kembali normal. Mamak sekarang dah takkan penuh waktu pagi2. Kat paper pun kat segmen sukan akan jadi tak meriah macam dulu, yang mana penulis xkan selak langsung kut pasni. Lagu 'Waka2' ngan 'Wavin' Flag' pun mungkin jarang berkumandang lagi. Pasni mungkin takde lagi dah student2 yang ngantuk kat kelas sebab berjaga tengok bola, termasuk penulis, hehe. Penulis sure rindu suasana ni...MySpace

Jumpe lagi FIFA World Cup 2014 empat tahun akan datang~ :)


Sekian coretan penulis kali ini. Wassalam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...