CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 December 2009

Bila Ibu Bapa Berbicara Tentang Jodoh Anak…

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…

Baru2 ni, pada waktu malam, penulis bersama dengan ibu dan ba berehat di ruang tamu. Penulis sedang menonton drama di tv, ibu sedang membaca majalah, ba pulak sedang belek2 kad jemputan kahwin yang berkeping2 di tangan.

‘Hm, time cuti sekolah ni sume org sibuk nak kahwin, Hujung minggu je kena pegi kenduri kahwin,’ kata ba.

Haahla. Minggu depan sepupu penulis nak kawin. Minggu satu lagi anak sedara ibu pulak. Minggu seterusnya anak kawan ba pulak. Seronoknya makan nasi minyak tiap2 minggu. Free pulak tu.

Tiba2 ibu pun bertanya…

‘Along, ingat lagi dengan anak kawan ba yg nama syahir tu?’

Penulis berfikir sejenak. Oh, abang syahir. Tua 3 tahun dari penulis. Penulis 1st time jumpa abang syahir dalam 2 tahun lepas, time ofis ba under uitm buat family day kat pulau redang. Kami satu keluarga, termasukla lecturer2 & student2 praktikal kat ofis ba sume join. Abang syahir tu student & anak kawan rapat ba yg merupakan lecturer gak kat fakulti ba. Lagipun abang syahir tu abang kepada junior penulis tahun 2 kat fakulti farmasi, jadi penulis kenal sangat.

‘Oh, abang syahir anak pakcik nazir tu? yang pakai spek suka senyum tu? Kenapa? dia pun nak kawin gak ke bu?’ penulis bertanya dengan mata still melekat kat tv. Best pulak layan drama anugerah skrin ni kat tv3 ni…

‘Ibu cakap dekat ba kalau syahir tu jadi menantu kita, hui, seronoknyee….’

Erkkk, terbeliak kejap mata penulis. Kenapa ibu tiba2 cakap hal ni pulak? Ish2. Terus penulis pandang muka ibu. Terlupa kejap drama kat tv tu.

‘Eh, ibu ni. Tiba2 je. Kenapa pulak nak abang syahir tu?’

‘Along tau, syahir tu hafal Quran lebih 20 juzuk tau. Dulu dia tu student maahad tahfiz. Along tengok dia masa family day dulu, kan baik, sopan je budaknya. Muka dia pun boleh tahan. Mana nak cari lagi lelaki macam tu sekarang? Lagipun ibu ngan ba dah kenal rapat mak ayah dia,’

Penulis terkejut. Wah, tak sangka… Bukan calang2 orang rupanya abang syahir tu. Masa family day tu memang nampak abang syahir tu baik. Dia selalu tolong angkat beg penulis dan adik beradik penulis yang berderet2 dan berat tu. Penulis ingat, masa bertembung dengan penulis kat mana2 waktu tu, abang tu suka senyum. Abang tu pun tak berapa sosial dengan student2 perempuan, xmacam student2 lelaki lain. Ba pun nampak paling rapat ngan abang tu berbanding student lain. Tapi..

‘Haha. Takpelah bu. Kalo ibu nak dia jadi menantu, ibu kenenkan je la abang syahir tu ngan ana or aja. Org tak mau,’ penulis bersuara acuh tak acuh.

Tiba2 ba pulak join sekaki…

‘Ana tak sesuai dengan syahir tu. Ana tu degil sangat. Aja pulak lasak sangat. Ba tengok syahir tu paling sesuai ngan along je,’ ba berkata dengan selambanya sambil mata still atas kad kahwin. Penulis mula tak senang duduk.

‘Ba ni. Tah2 abang syahir tu dah ade gelfren. Suka2 je nak kenenkan org ngan anak bujang org lain. Lagipun manela org layak ngan abang tu…’

‘Em, ke…. along dah ada ‘kawan’?’ ibu terus tanya bila penulis ye ye tunjuk reaksi tak berminat.

‘Eh, mana ada bu. Ibu tengok org ni ada gaya macam ada ‘kawan’ ke?’ penulis tanya sambil berseloroh. Terkejut bila ditanya soalan macam tu tiba2.

‘Tu ana ngan aja duk kacau along ngan mamat tu la, mamat ni la…’

‘Ibu ni macam tak kenal je ana ngan aja tu. Diorg kan suka selongkar henfon org. Pastu kawan2 org dalam tu sume diorg cakap pakwe. Ibu rasa kalo org ada pakwe, org biar henfon org sepah2 bagi diorg selongkar ke? hehe..’

Ibu sengih je..

‘Takde, ni ha, wak madi sibuk duk korek cerita along dari ibu ngan ba. Dia sibuk tanya along ni dah berpunya ke belum?’ kata ba pulak.

‘Eh, nape pulak ngan wak madi tu?’

‘Yela, anak dara dia 2 org dah tergedik2 nak kawin. Dia pelik tengok along rileks je. Padahal anak dia tu dua2 lagi muda dari along…’ Haha ba ni, selamba je kata anak buah dia gedik…

‘Ba ngan ibu ni macam tak kenal anak sendiri je. Diorg lain, org lain… Lagipun, org penah gedik ke? Hehehe’

‘Hahaha, Tapi dalam semua anak2 ibu, along la yang paling perahsia. Dari kecik sampai sekarang tak penah nak share ape2 ngan family. Sebab tu ibu tanya ni. Manela tau kan, senyap2 je…’

Ish, bahaya2. Tak boleh diam je ni. Parah jadinya nanti. Penulis terus buat2 pegi toilet pastu terus masuk bilik. Tak taula nape penulis langsung tak selesa nak bincang pasal hal ni ngan parents. Lagipun ni la 1st time penulis bincang sekali ngan ibu ngan ba pasal benda ni. Tak selesa langsung…

Hm, kalau sorg perempuan tu umur dah cecah 21, mesti pasal jodoh jugakla yang ditanya orang. Kalau bukan parents tanya, sedara mara yang tanya. Bukan sikit sedara mara ngan kawan2 ibu ngan ba yang tanya penulis dah ada ‘kawan’ ke belum. Mungkin sebab penulis anak sulung perempuan dalam family yang paling perahsia kut bak kata ibu.. haha

Penulis mula berfikir… Perlu ke nak cari ‘kawan’ sekarang? Bahaya kalau parents dah mula kenen2 ngan anak org ni… Uish….

(Tak perlu kuttttt…Buat dek je laaaa… bisik hati kecil penulis akhirnya)

Hahaha. Sekian saja karutan kali ini. Wassalam…

9 comments:

izzati said...

salam wawa,
haha.alhamdulillah ada jugak parents wawa nak jodohkan.kalau dah parents perkenan cuba je wawa.parents zati awal2 dah suruh cari sendiri.diorang tak mau campur.tapi kelakar laa.hehe

mierabear said...

wow...
senang la edy kali nie...
lead konvoi ke klang jer...
mkn naci minyak wawa katekan...hahaha..
bunyi cm xlamer lg jer...huahuahua

M.Affan Ns said...

hehehe.. wani.. hukhuk.. i wish u the best..

Anonymous said...

hoho.. as anak sulung mmg mcm 2 wawa.. lebey2 lagi perempuan.. mmg cepatla org berbicara pasal jodoh.. pasal nak cari 'kawan'tuh.. saje je nak kctao.. org2 yg dah berkerjaya + berumahtangga ade cakap kat dyh.. the best time to find ur spouse is during campus life.. means masa kite belajar kat u ni la.. masa dah keje nanti bukan tak boleh cari.. boleh.. tapi kite tak boleh nak choosy sgtlah.. huhu itu ape dorang cakapla.. terpulangla kepada diri kite sendirik.. huhu

AMiRU said...

haha...dkt je la kalo nk konvoi neh..
hehehe...
well, sbnrnye trpulg pd situasi, pemikiran n keadaan bila brckp psl ni..
skang laki2 umur 21 pn dh ditnye mcm ni, bkn prm je tau...
wat rilek je, awa...mmg x salah kalo parents nk jodohkn, tp trpulg juga kpd yg empunya bdn...bila msk situasi kritikal, bwk2 berbincang ngan famly.

nadzwareina said...

huhuhuhu, terima kasih kawan2ku sbab begitu prihatin...
xpe2, bnda ni kite just wait n see je la ye, hehe =p
thnx atas komen2 anda..=)

M.Affan Ns said...

same2 kasih... =P

MummyMeowMeow said...

lawak la wa..
biase la musim org kawin ni..
sibuk jugaklah mak ayah nk tnye anakya..
ape2 pon, doa la diketenukan jodoh yang soleh. amin.

Ain said...

soal jodoh dan kahwin akan jadi bnda biasa bagi seorang gadis yg dh masuk alam 20-an..ain pun mcm akak jgk..perahsia...kdg2 mak ayah ni dia sedikit terpengaruh dgn anak jiran2..yela..asyk tgok ank dara org je kawin..mst dorg terpkir, bilelah turn anak aku plak??haa...akak plak ank dara sulung..sbb tu akak kne attack..dlm usia ain yg masih di awal 20-an ni pun dh kne attack bertalu2 psl kawin..baik parents, sedara mara..kawan2 lagilah x pyh cter..huhu..so just stay cool n rilex je akak..wish u all the best..jgn lupe jmput kite nnt ye..miss u kak..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...