Phew. 3 bulan dah org tinggalkan blog ni tak berupdate. Sejak berlakunya kejadian tak best pada bulan september yang lalu, org dah jarang2 nak update blog ni sebab dah takde laptop sendiri. Online pakai henfon je selalu. Lagipun kerja kat hospital memang menimbun sangat2, balik rumah je penat. Tak terasa pun nak update pasal life org yg dull and tiring tu.
Jadi apa perkembangan baru sekarang? Sekarang org dah selamat hantar 9 buah logbook beserta borang penempatan untuk FRP (Full Registered Pharmacist) bulan novmber lepas dan insyaallah penempatan untuk FRP org adalah pada bulan Januari atau Februari tahun depan. Dan kemungkinan BESAR org akan dapat sabah memandangkan dua org colleague dari HKKB dah dapat posting FRP kat sabah. huhu.
But hey, dapat tempat baru ok what? Kerja kat sabah takdelah stress sangat bak kata kawan2 org, weekend boleh pergi travel kat mana2 pulau ke, gunung kinabalu ke. Lagipun ramai sangat dah member org kat sana, org tak rasa org akan alone kat sana. Homesick? No problem. Org bukan jenis lekat kat rumah. Plus, gaji kat sana tinggi kut, hehe.
Fuh, rasa macam baru je jadi PRP (Provisional Registered Pharmacist) atau pharmacist pelatih, tau2 dah setahun berlalu, dah nak jadi FRP dah pulak. Rasa takut pun ada sebab macam banyak je lagi ilmu ni yang perlu ditambah, nak2 kes yang berkaitan dengan klinikal.
So buat masa ni, org floating kat farmasi pesakit dalam. Bekalkan ubat untuk wad2 kat HKKB dan discuss dengan doktor kalau ada apa2 intervention yang perlu dilakukan kat prescription.
Kalau dah tau tempat posting nanti org update kat sini la eh. Please wish me luck. Hehe.
Oh, and one interesting story happened lately in my life. Kalau betul2 sure, baru org share. Tapi buat masa ni org keep it as a secret dulu la eh.
Wahai si pencuri dan juga tukang pecah rumahku....
Seminggu dah berlalu, sejak insiden yang mungkin tak boleh untuk aku lupakan buat seumur hidup.
Kejadian yang benar2 menguji imanku sebagai seorang hamba, yang sepatutnya redha menerima apa sahaja qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.
Sejujurnya, rasa geram terhadap kau dalam hati ini, tidak pernah hilang. Apatah lagi bila barang2 yang kau ambil, adalah barang2 peribadiku yang sangat penting. Salah satu barang yang kau ambil, adalah barang paling mahal yang pernah aku beli menggunakan duit gajiku bekerja setelah hampir setahun. Dan baru seminggu lima hari aku berpeluang menggunakannya, dengan sekelip mata sahaja kau rampas. Hilangnya barang2 tersebut, menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar terputus seketika. Tiada telefon untuk menghubungi keluarga dan kenalan. Tiada internet untuk aku mendapatkan berita2 terkini dan isu semasa. Tiada laptop untuk aku melaksanakan tugas2 dan laporan.
Tapi kau tahu sesuatu wahai pencuri?
Terputus seketika hubungan aku dengan dunia luar, menyebabkan aku banyak berfikir sendiri. Waktu bekerja kadang2 aku berfikir. Waktu memandu dan makan pun kadang2 aku berfikir. Aku berfikir tentang hikmah dan sebab kenapa Allah memilih aku, untuk menerima ujian ini.
Seminggu berlalu, cukup untuk aku muhasabah diri diatas dugaan yang telah menimpa. Mungkin Allah turunkan dugaan ini sebagai balasan diatas dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Mungkin dugaan ini adalah sebagai peringatan untuk aku yang semakin alpa dan lagha dengan godaan dunia. Atau mungkin juga dugaan ini adalah sebagai ganti untuk aku menerima sesuatu yang lebih baik. Aku tak tahu. Hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.
Dan jauh di sudut hati, aku tahu masih ada walau sedikit sifat mulia dalam diri kau wahai si pencuri.
Disaat aku sedang nyenyak tidur tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku di sekelilingku pada masa itu, kau hanya mengambil barang di tepi kepalaku tanpa langsung menyentuhku walau sedikit. Sedangkan kau boleh memperlakukan aku sesuka hatimu, kerana kudratmu yang mungkin jauh lagi kuat dari diriku .Kau juga boleh menyelongkar bilikku, dan naik ke tingkat atas untuk mengambil lebih banyak barang2 berharga milik kami berdua dalam rumah itu.
Tapi kau tak buat.
Malah, sebelum meninggalkan rumah kami, kau menutup pintu itu semula. Menutup semula gril yang telah kau kopak. Sedangkan sewaktu kau menutup pintu itu, kau tahu aku boleh terjaga disebabkan bunyi pintu yang agak ketat itu. Atau bunyi besi gril itu. Apakah kau risaukan keselamatan kami? Terutama aku yang tidur berhampiran dengan pintu itu?
Dan dompet aku yang kau curi, setelah kau ambil segala wang, kau tinggalkan di tempat yang sangat mudah untuk dijumpai semula. Kau biarkan ia terletak jelas di hadapan pintu rumah jiranku. Dan kad pengenalan, lesen, malah kad bank pun kau tidak ambil. Sedangkan banyak lagi keuntungan lain yang boleh kau peroleh dengan barang2 peribadiku itu.
Aku tahu kau berada dalam keadaan terpaksa wahai pencuri. Tiada manusia di muka bumi ini yang sengaja mahu membuat jahat kerana suka2, kerana sengaja ingin seronok.
Hartaku yang kau ambil tu, jika engkau perlukan demi melepaskan dirimu yang sedang dalam kesusahan, maka ambillah. Jika hartaku itu kau ambil demi memberi keluargamu sesuap nasi, maka ambillah. Aku izinkan.
Namun jika kau ambil untuk melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah, aku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.
Dan terima kasih kerana telah mebuka mata dan pintu hatiku, agar lebih bersyukur dan lebih berhati2 pada masa hadapan. Membuatkan aku sedar, yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekali Allah berkata 'Jadilah', maka tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolak takdir yang telah tersurat untukku.
Walaupun aku tahu mesej ini tidak mungkin akan sampai kepadamu, aku berdoa semoga suatu hari nanti kau akan sedar akan kesilapanmu. Dan aku berharap hari itu akan tiba juga. Amin.
Jika selama ini org selalu terbaca kat dada akhbar tentang kisah2 rumah dipecah masuk & barang2 dalam rumah habis dikebas pencuri, namun kali ini org berpeluang melalui sendiri detik2 seperti itu secara real punya.
Em, mungkin ramai kawan2 yg dah tahu pada jumaat pagi yang lalu, rumah arwah atuk yg org duduk dengan sorg housemate kat Batang Kali dipecah masuk pencuri.
Terjaga kira2 pukul 5 pagi (terlihat jam dinding), tangan org tergapai2 meraba tablet yang biasanya terletak di tepi bantal dalam keadaan gelap. Tiada. Malah handphone dan dompet yang turut berada di situ pun tiada.
Eh? Jatuh katil ke? Rasa2 diri ini tidur tak lasak pun.
Lalu dalam keadaan samar2 diri ini menjeling ke bawah katil. Tak ada apa2.
Diri ini terus duduk di atas katil. Mata masih melilau2 mencari barang2 tersebut yang mungkin tersembunyi bawah bantal dan selimut. Dan ketika itulah mata menangkap imej sofa yang kosong. Tiada bag laptop yang biasanya terletak di situ. Dan di tepi sofa itu, pintu belakang tu... pintu itu tak tertutup rapat.
Pada saat itu darah terus berderau. Jantung rasa nak meletup.
Terus diri melompat bingkas dari katil lalu menuju je pintu. (katil org di ruang tamu depan tv. katil ni arwah atuk selalu guna, sebab tu tak diletak dalam bilik. Dan org selalu tidur di sini kalau ada buat keje sampai larut malam)
Daun pintu ditolak. Kemudian gril di luar juga ditolak. Maka terlihatlah gril yang sudah kopak dipotong pencuri. Dengan mangga yang masih terkunci kemas di bahagian gril yang dipotong.
Ya Allah. Aku tak mimpi. Rumah aku betul2 dimasuki pencuri. Dan pencuri tu ambil barang2 yang betul ada kat tepi kepala masa aku tengah nyenyak tidur. Ya Allah. Ya Allah.
Org terus berlari naik atas kejutkan Atun, housemate org yg nyenyak tidur. Terus buka pintu biliknya yang tak berkunci, tanpa diketuk terlebih dahulu.
'Atun, atun, rumah kita kena masuk pencuri!' org beritahu Atun yang baru terjaga dan masih terpisat2 kat katil.
Dalam gelap org nampak Atun tergamam. Lantas dia bangun lalu menuju ke pintu yang telah dikopak. Dan dalam keadaan kelam kabut itulah, org terduduk di sofa. Buntu. Tak tahu apa yang perlu dibuat.
'Wawa, jom kita bagitau kat Mak Uda,' cadang Atun. Mak Uda adalah jiran kami yang tinggal di rumah belakang. Pada saat itu masjid berhampiran sudah membaca ayat2 suci Al Quran, sebelum memulakan azan subuh.
Kami bergegas menuju ke belakang. Ketuk pintu rumah Mak Uda. Mak Uda yang masih mamai membuka pintu. Setelah menceritakan apa yang berlaku, Mak Uda bergegas menuju ke rumah kami.
Dan kemudian selepas solat subuh, kami bergegas ke balai polis berhampiran. Membuat laporan polis.
Menurut polis, kampung tempat kami duduki tu tak pernah ada laporan polis tentang pecah rumah dibuat. Sedangkan Mak Uda selalu cerita ada je rumah dikampung itu dipecah pencuri.
Apakah org2 kampung di situ sebelum ini tak pernah buat laporan polis? Hati org bertanya sendiri.
Pada jam 8 pagi, dua org polis tiba di rumah membuat pemeriksaan dan mengambil gambar. Dan pada saat itu jugalah dompet org dijumpai semula berterabur isi kandungannya di tepi rumah Mak Uda. Mujurlah kad pengenalan, lesen, kad ATM tidak diambil. Tapi wang tunai & syiling semuanya lesap diambil pencuri.
Dan pada hari itu org dan Atun masuk kerja lambat, dalam pukul 10 pagi. Dan anggaran kerugian yang org alami adalah kira2 7 ribu termasuklah laptop & external harddisk, samsung galaxy tablet, handphone, dan wang tunai. Dalam laptop tu ada banyak report yang perlu dihantar. Dan tablet tu baru je 2 minggu dibeli. Org hanya mampu redha.
Apa yang lebih menggerunkan, bukan itu sahaja barang yang diambil pencuri dari rumah kami. Setelah memeriksa, Atun tersedar bahawa pakaian dalamnya yang disidai di ampaian luar juga hilang diambil si pencuri.
Pencuri ni saiko. Memang saiko.
Namun org dan Atun hanya mampu pasrah dan redha menerima musibah ini. Memang salah kami yang terlupa check pintu sebelum tidur. Dua engsel yang berada di pintu tu tak diselak, sebab itu dengan mudahnya selepas mengumpil gril, pencuri tu dapat masuk.
Tapi jauh disudut hati, org hanya mampu bersyukur tak terhingga sebab pencuri itu langsung tak apa2kan org. Hanya ambil barang dan berlalu pergi. Sedangkan dia punya peluang untuk merogol jika dia mahu. Dia boleh ikat kami berdua dan minta barang lain jika dia mahu. Dan andai org terjaga saat dia di dalam rumah, org mungkin akan jadi mangsa bunuh jika dia mahu.
Syukur Ya Allah. Meskipun ini antara dugaan terhebat yg org pernah terima, namun kejadian inilah yang memberi banyak pengajaran untuk org lebih berhati2 pada masa hadapan.
Dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang mengambil berat akan keadaan diri org selepas musibah ini. Juga saudara mara yang tak henti2 memberi nasihat supaya lebih berhati2 dan berwaspada.
p/s : Sekarang ni duduk kat kampung belum tentu akan aman dan selamat.Hati2 dan check semua pintu rumah sebelum tidur ye.
Harini dua september 2012. Sebulan sehari dari tarikh kali terakhir org update blog ni. Kalaula blog ni ada application sawang timbul kat blog kalau lama tak update, sure dah tak nampak ape dah tulisan atas blog org ni kena tutup dengan sawang huhu.
Sebulan dah berlalu. Apa benda best yang jadi?
Bulan ramadhan, org sambut kali pertama sebagai seorang government servant. Penat tu toksah cakapla. Nak2 bila kena jaga kaunter farmasi dari pagi sampai petang. Tekak kering duk explain pasal ubat2. Lenguh kaki pun ye jugak bila asyik2 kena pergi merayau sana sini dalam farmasi atau kat ward kena handle perkara berkaitan ubat. Yang bestnya bila dekat2 buka puasa, pegi kat bazar ramadhan kat tengah2 pekan KKB. So muka2 warga hospital jugakla yg memenuhkan bazar tu. Doktor2, MA, staff nurse, patient2. Kalau dah bosan sangat beli kat bazar, masak je kat rumah. Tapi lagi banyak beli la sebenarnya. Penat le katekan (alasan). Pastu buka puasa reramai. Kejap ngan staf hospital, kejap ngan bebudak UiTM, kejap ngan bebudak sekolah rendah. Time terawih pegi masjid KKB. Takpun berjemaah ngan housemate kat rumah. Seronok.
Sambut raya tahun ni, kali pertama org bagi duit raya kat anak2 buah. Perasaan bila diorg beratur panjang2 pastu salam sebab nak duit raya, memang seronok tak terkata. Sebelum berbaris tu awal2 lagi diorg terus serbu bila nampak org kuar bilik pegang sampul angpau. Kelakar je diorang ni. Lepas make sure sume anak buah dua2 belah dapat, rupa2nya banyak lagi sampul angpau tak habis. Silap bajet lah pulak. Dan raya ketiga org dh pun start kerja balik so tak dapatlah nak beraya lelama sangat.
So sekarang ni, musim open house. Tiap2 minggu kena balik sebab nak pegi beraya rumah sedara, takpun pegi open house undangan kawan2. Dan sambil memenuhi undangan open house, memenuhi undangan perkahwinan pun ye jugak. Bila bukak fb je ada je notification jemputan ke majlis perkahwinan.
Dan bila org pikir2 balik, ramai member org yang dah bertunang & berkahwin rupanya.
Kalau buat list, memang ramai la. Kalau yang single mingle lagi ni memang boleh kira dengan jari (termasuk org la tu)
Sebenarnya rasa pelik bila tengok kawan2 sendiri, nak2 yang kita kenal sejak kecik, sejak sekolah rendah, teman main sama2, teman belajar sama2, dulu comot sama2, bergaduh sama2, sekarang dah cantik berhias tengah bersanding atas pelamin. Dan bersamanya ada seorang pasangan hidup yang sedang menemani di sebelah. Pasangan hidup yang Allah dah tulis sejak azali.
Serius, rasa pelik sikit. Rasa macam slow2 diri ni masuk ke zaman baru. (padahal memang dah tukar zaman pun tapi sendiri tak sedar)
Dan oktober ni, umur org genap 24 tahun. Dan seingat org, bila umur ibu 24 tahun, ibu dah pun bernikah dengan ba. Dan apa progress org? Jangankan tunang, boyfren pun tak wujud lagi.
Pastu tiba2 pikir, hm.. mungkin betulla kut aku ni dah terlambat sikit (sikit okeh, baru 24) Mungkin kali ni org betul2 kena serius cari teman hidup org yang mungkin sedang berlegar2 berkeliaran kat luar sana tu. Taktaula dia yang sesat atau org yang sesat tak jumpa jalan, yang pasti sekarang ni kitorg still belum ditakdirkan untuk bertemu antara satu sama lain la.
Atau mungkin dah je bertemu muka, cuma masih belum bertemu hati, nak buat cemana kan?
Haha takpelah. Tang pertemuan tu org serahkan pada Allah nak tentukan bila. Biar Allah decide bila masanya yang sesuai untuk org atau 'org tu' akan mula memainkan peranan penting dalam lovestory org yg Dia tulis.
But still, org akan mula berusaha slow2. Takdelah duk menanti dia nak datang bergolek. Tang jodoh pun kena usaha gak kan. Kalau dulu setakat nak pass exam universiti sanggup berusaha bermati2an, takkan nak duduk tengok je pasal soal masa depan kan? Tapi macam mana org nak usaha tu, biarlah org simpan sendiri eh :)
Ketika Allah menginginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Bukan salah satu - Ustaz Don Daniyal
Ok cukuplah org merapu sampai sini. Jumpa dalam post akan datang eh. Assalamualaikum :)
Manusia. Khalifah Tuhan di atas muka bumi. Yang Allah ciptakan dengan pelbagai rupa dan ragam. Ada yang muda, ada yang tua. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang indah wajahnya, ada yang sedap mata memandang, dan ada yang biasa2 saja. Ada yang menyenangkan sekali tatasusilanya, ada yang punya hati yang busuk dan perangai yang menyakitkan hati. Allah menjadikan manusia itu lain2 sifatnya. Agar dunia ini meriah dihiasi dengan pelbagai kancah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat sesama sendiri.
Kadangkala dalam ramai2 manusia yang Allah takdirkan untuk mewarnai hidup kita, sejak kita kecil hinggalah sekarang, pasti ada diantara mereka yang bisa menarik, bukan sekelumit, tapi hampir sepenuhnya perhatian kita. Yang mampu menjadikan dirinya sendiri sebagai sebuah memori yang memilih untuk menetap dalam fikiran kita sehingga bila2. Yang kadangkala selepas berbelas atau berpuluh tahun berlalu, dia masih punya tempat dalam ingatan kita. Atau mungkin ia pernah berhenti seketika, namun ia tidak pernah hilang.
Dan sudah tentu, org juga ada.
Org masih ingat lagi seorang rakan tadika org, dia berbangsa cina. Kami sangat rapat, setiap masa di tadika kami bersama. Org ingat nama penuhnya. Org ingat lagi dimana rumahnya. Namun sayang, selepas masuk sekolah rendah, dia hilang tanpa khabar berita. Org pasti, jika kami bertemu dimana2, mungkin kami sudah tidak mampu mengenali satu sama lain. Hampir 20 tahun berlalu, sudah tentu begitu banyak perubahan yang kami lalui. Namun masih, dia ada lagi berlegar dalam memori org.
Masuk zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan, ramai lagi insan2 yang menjadi penyumbang kepada memori buat diri ini. Mereka yang buat org menangis, mereka yang buat org marah, mereka yang buat org ketawa. Mereka yang tidak berhenti mengusik org, mereka yang sentiasa memberi senyuman manis kepada org, mereka yang secara tiba2 mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kepada org, masih ada yang segar dalam ingatan ini.
Namun org akui, dalam ramai2 manusia yang org pilih untuk disimpan sebagai memori dalam kotak fikiran org, masih ada diantara mereka yang org asingkan, dan kategorikan sebagai 'istimewa'.
Ya, istimewa. Istimewa pada tafsiran diri org sendiri. Istimewa kerana mereka ini berbeza daripada insan2 lain dalam memori org. Mereka ini yang punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain.
Ada diantara mereka ini adalah istimewa bukan sahaja di mata org, tapi juga di hati. Bagaimana? Dengan hanya melalui cara mereka menyebut nama org yang mungkin kedengaran agak unik itu. Atau dari mimik wajah mereka yang tersenyum saat menyebut nama org. Juga ada yang istimewa dari segi perilaku mereka yang cukup indah di mata org. Hampir sempurna, tanpa ada cacat cela dalam melaksanakan suruhan Allah.
Atau wajah mereka yang suci dan bersih di mata org, sehingga kadangkala org sendiri cemburu melihatnya. Mungkin juga personaliti sesetengah mereka, yang pada org amat misteri dan menarik sekali untuk diexplore sendiri oleh diri ini. Atau melalui bakat mereka yang sememangnya semulajadi dan mengagumkan mereka yang melihat. Dan ada juga diantara mereka ini, istimewa dimata org, hanya melalui sikap selamba dan cara ketawa mereka yang bersahaja.
Dengan sesekali mengingati insan2 istimewa inilah, org mampu tersenyum sendiri secara tiba2. Terasa gembira dan seronok apabila teringat, juga secara tiba2.
Kadangkala org bersyukur, kerana ditakdirkan untuk dipertemukan dengan mereka ini. Mereka inilah yang mewarnai dan menghiasi hidup org, dan ada yang mampu mendorong diri org untuk berubah menjadi lebih baik. Meskipun insan2 ini tidak pernah tahu betapa istimewanya mereka di mata dan hati org, org berharap dengan keistimewaan2 mereka itulah, mereka juga mampu menggembirakan insan lain dan menjadi pembakar semangat untuk insan lain juga berubah ke arah yang lebih baik.
Jauh disudut hati, org juga berharap yang org pernah mendapat tempat yang istimewa dalam memori dan hati sesiapa jua insan di luar sana.
Dan mampu menggembirakan insan itu dan membuatnya tersenyum, walaupun hanya sekadar sesekali mengingati diri ini. Meskipun cuma sesaat :)
-nadzwareina-
p/s : Mungkin salah seorang daripada insan2 istimewa di atas ini, adalah kamu?
Sedang diri ini membelek2 laman mukabuku, sesekali mata ini tertumpu ke arah beberapa status yang agak menarik perhatian mata.
Kerana apa?
Kerana isi kandungan status tersebut yang mendatangkan rasa yang agak 'menggelikan' seketika saat membacanya.
Status yang berkisar tentang kisah cinta tuan empunya status. Tuan empunya status yang sedang asyik dilamun cinta. Sedang diserang cemburu kerana buah hati tersayang diganggu gadis/lelaki lain. Sedang bergaduh dengan si buah hati akibat perselisihan pendapat. Kadangkala siap disertakan dengan gambar. Dimana status di mukabuku sudah diibaratkan seperti diari laman maya, cuma diari ini adalah untuk tatapan umum, bukan lagi hanya untuk diri sendiri seperti yang sepatutnya.
Dan ironinya, status2 seperti ini kebanyakannya datang daripada remaja2 yang berumur belasan tahun, masih lagi di sekolah menengah. Belum lagi menjejak kaki ke menara gading. Baru sahaja beberapa belas tahun hidup di atas muka bumi ini, namun pengalamannya seolah sudah hidup berpuluh tahun lamanya.
(kenapa org boleh friends dengan mereka ni dalam mukabuku? kerana org punya adik berumur belasan tahun juga)
Gambar2 yang disertakan, ada diantaranya mampu meloyakan tekak, secara jujurnya. Belum punya ikatan sah, sudah berlaga pipi, berpegang tangan, duduk rapat2, berjalan2 di pusat beli belah pada hujung minggu (disebabkan hari lain mereka ni bersekolah). Pusat beli belah yang terkemuka pula, seperti di Pavillion (tak pernah jejak kaki pun kat sini), Mid Valley, OU. Dan dengan fesyen terkini yang agak menyakitkan mata.
Kemudian minda terimbas kembali saat diri ini berumur lebih kurang sebaya dengan mereka. Melepak di mall? jarang2 sungguh. Duit pun mengharap ihsan mak ayah, kenalah berjimat cermat. Pada saat itu diri terkurung di asrama, asyik disuruh belajar untuk score exam dengan cemerlang. Ada teman lelaki? Jauh sekali. Ada beberapa orang kawan baik lelaki pun rasa dah bersyukur. Sekurang2nya kalau dalam kesusahan bolehla juga minta tolong.
Kadang2 terlihat juga remaja2 ini yang punya gadget canggih, pakai smartphone yang bukan murah. Siap dengan pakej internet. Casing yang colourful. Dalam tandas pun boleh snap gambar. Dalam kereta pun boleh update status fb dengan twitter. Teringat diri ini yang cuma memiliki handphone lepas tamat SPM. Kenal internet pun waktu2 itu juga.
Generasi sekarang dah berubah. Mungkin dah tak relevan untuk org compare diri org masa zaman dulu dengan zaman sekarang. Cuma org akui, org kadangkala terkejut bila melihat generasi kini yang semakin advance, jauh meninggalkan org yang masih terkapai2.
Dan dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi zaman itu akan semakin advance dari zaman kini. Dan org pasti akan lebih terkejut berbanding sekarang. Mungkin org dah perlu prepare dari sekarang, supaya tak terlalu terkejut bila masa itu tiba.
Dan sekarang org faham apa ibu dan ba rasa. Dan sekarang org baru tersedar yang org ni dah semakin tua rupanya.
Pada suatu petang, di Kaunter Pesakit Luar, Hospital Kuala Kubu Bharu...
Bakul2 yang berisi ubat dan prescription doktor diambil dari meja belakang lalu diletakkan di atas meja berhadapan kaunter. Kemudian bakul2 disusun mengikut nombor giliran yang distapler bersama prescription dalam bakul tersebut. Jari lalu menekan sebuah butang di atas remote QMS (Queue Management System) dan nombor giliran berangka empat digit dilaungkan oleh suara seorang gadis beserta nombor kaunter yang harus dikunjungi oleh pesakit.
'Selamat petang encik. Boleh saya tahu nama?' Si gadis bertanya sopan sambil cuba mempamerkan senyuman manis, sebaik sahaja melihat seorang lelaki melangkah kearahnya di kaunter. Di tangan gadis itu terdapat sebuah bakul berisi ubat2 patient tersebut beserta prescription doktor.
Encik tersebut yang merupakan seorang lelaki muda, mungkin berumur dalam lingkungan 20-an tidak terus menjawab. Sebaliknya matanya dijeling kearah prescription yang berada ditangan gadis tersebut.
'Dalam surat doktor tu takde nama saya ke?' tanyanya acuh tak acuh.
'Oh, ada encik. Cuma nak pastikan saya bagi ubat kat patient yang betul, takut salah org,' si gadis cuba menjawab dengan lembut. Masih ramai lagi pesakit yang tak tahu apa tujuan sebenar kami pharmacist selalu bertanyakan nama terlebih dahulu sebelum mendispense ubat. Memang itu tujuannya, supaya tidak keliru dan tersalah memberi ubat kepada pesakit.
Selepas memberitahu nama penuhnya bersama bin sekali (mungkin memerli?), si gadis dengan laju meneliti ubat2 yang berada di dalam bakul. Terdapat ubat Diclofenac (tahan sakit), Papase (surut bengkak), Gelusil (angin dalam perut), dan ubat sapu Methyl Salicylate. Dan dengan pantas si gadis bertanyakan soalan.
'Ada sakit and bengkak kat mana2 ke?' tanyanya sambil meneliti wajah dan tangan pesakit sekilas, cuba2 melihat kalau ada kesan bengkak dan merah dimana2.
'Eh tak adelah, saya saje je datang hospital ni suka2 nak ambik ubat. Tak ada sakit pun,' kata lelaki itu dengan sinis sambil tersengih2 macam kerang busuk.
Si gadis mengetap bibir. Telinganya berdesing mendengar kata2 lelaki itu. Hati terasa panas. Namun cuba disembunyikan daripada pandangan lelaki itu. Kata2 lelaki itu tidak diberikan sebarang respons oleh si gadis, lalu tangannya laju mengeluarkan ubat2 di dalam bakul, untuk diberikan kepada lelaki itu.
'Takpelah encik. Ni doktor bagi empat jenis ubat ye. Ni ubat surut bengkak, makan sebiji 3 kali sehari, kunyah atau hisap dulu ye, jangan terus telan, ubat ni pulak.....' kata2 si gadis terhenti di situ.
Matanya menangkap perlakuan lelaki di hadapannya itu yang sedang khusyuk bermain dengan telefon bimbit yang diletakkan di meja kaunter. Kata2nya berkaitan ubat tadi langsung tidak diendahkan. Mata lelaki itu sedikitpun tidak memandang ubat2 di hadapannya, malah sibuk dialihkan ke arah skrin telefon di tangannya itu.
'Kurang ajar mamat ni,' spontan terdetik ayat itu di lubuk hati si gadis.
Kali ini si gadis betul2 marah. Pesakit ni dah melampau. Lantas si gadis berhenti berkata2 lalu merenung sahaja gelagat lelaki di hadapannya itu.
Lelaki itu yang menyedari gadis di hadapannya itu yang sedang sibuk bercakap tadi tiba2 terdiam, lantas mengangkat kepala. 'Eh, kenapa berhenti? Sambungla lagi,' katanya ringkas.
'Eh takpelah, sambung jela main henfon tu. Main puas2 dulu bagi habis, pastu bagitau saya. Kemudian baru saya sambung okey?' kata si gadis sinis. Nada suaranya mula berubah riak.
'Eh, marah ye?' tanya lelaki itu bila menyedari si gadis dah mula berubah kelakuan.
'Eh tak marah, seronok. Bukan selalu dapat patient perangai macam encik ni,' sambung gadis itu lagi, masih berbaur sinis. Kemudian dia diam semula sambil memerhati saja kelakuan lelaki itu. Lelaki itu mula serba salah.
'Okey2 saya simpan henfon ni. Sambungla. Sorry,' kata lelaki itu dengan perlahan kemudian laju dia menyimpan telefonnya kedalam poket. Selepas itu barulah dia membelek satu2 ubat di hadapannya. Si gadis tersenyum puas.
***
Itu baru seorang patient. Belum lagi patient2 lain yang ada diantara mereka berloyar buruk dengan agak melampau, meninggikan suara sesuka hati, berlagak seperti Datin/Datuk yang sesuka hati meminta ubat atau menukar ubat selain dalam prescription, dan juga membebel apabila hanya menerima sebulan sahaja bekalan ubat.
Inilah yang harus dihadapi oleh si gadis saban hari selama 4 minggu di kaunter pesakit luar, sebelum dirinya berpindah ke department bekalan wad. Namun si gadis cuba tersenyum cekal. Berhadapan dengan insan2 seperti yang disebutkan diatas menjadikan si gadis lebih tabah dan matang untuk melayan kerenah ribuan manusia di luar sana. Setakat perkara2 tersebut yang menguji kesabarannya, apalah sangat kan jika dibandingkan dengan ujian Allah yang Maha Hebat.
Namun ada juga ayat2 patient yang dirasakannya agak melampau, contohnya :
'Dik, comel la pipi tu. Rasa nak gigit2 cubit2 je,' kata seorang lelaki dengan perlahan kepada si gadis ketika dia menjaga kaunter berseorangan pada waktu petang. Mujurlah tiada siapa yang mendengar.
Mata si gadis buntang mendengar kata lelaki itu.
'Ya Allah, tabahkanlah hatiku & kuatkanlah imanku.' katanya di dalam hati, lalu terus mendispense ubat tanpa mempedulikan kata2 lelaki itu.
Sekian.
p/s : Si gadis dalam cerita di atas adalah diri org sendiri. Dan org tau pharmacist2 yang jaga kaunter, turut merasai nasib yang sama dengan org macam cerita diatas ^^
Perlahan-lahan baju dilipat lalu diletakkan berhampiran beg pakaian yang agak besar. Buku2 dan nota2 lama pula disusun lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg lain. Sedar tak sedar, rupanya dah empat bulan berlalu. Begitu cepat bagaikan sekelip mata. Baru sahaja rasanya menjejakkan kaki buat pertama kali di HTAR pada 23 Januari 2012, Kini, pada 11 Mei 2012, diri ini bertungkus lumus berkemas untuk pulang ke Batang Kali dan kembali bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu. Rumah arwah atuk disana yang dilanda banjir beberapa hari lepas, memaksa org untuk pulang awal untuk dikemaskan, kerana rumah yang lama terbiar kosong tu akhirnya akan berpenghuni semula.
Bermula sebagai seorang asing yang perlu menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, akhirnya alhamdulillah, perlahan-lahan keserasian dan keselesaan bekerja di sebuah tempat baru itu dapat dirasai. Dapat bertemu dengan pegawai2 Farmasi yang hebat2 belaka daripada pelbagai department, dapat berkenalan dengan rakan2 PRP lain yang berbilang bangsa, serta bekerja sekali dengan trainee2 daripada universiti dan kolej, adalah antara kenangan2 yang amat bermakna yang dapat org kutip di HTAR.
Serius, banyak sangat yang akan org rindu tentang HTAR.
Org akan rindu Puan Asmawarni, pegawai pertama yang ajar org sangat banyak ilmu berkaitan TDM..
Org akan rindu Cik Mazni yang sangat sempoi dan sering meriuhkan farmasi dengan gelak tawanya..
Org akan rindu Mr Ivan yang sangat lincah, ligat dan comel macam kanak2 riang..
Org akan rindu Mr Wong yang selalu buat muka selamba dan sengal tapi pada org agak kelakar..
Org akan rindu Puan Hanim yang punya dua side, kadang2 garang dan kadang2 lembut..
Org akan rindu Miss Teoh yang suka gelak terbahak2 walaupun dalam suasana serius.. Org akan rindu Miss Choo yang lembut & sabar melayan karenah kami2 yang blur masa assessment ICU.. Org akan rindu Puan Azura yang selalu org curi2 tengok masa sedang bekerja dalam clean room TPN.. Org akan rindu Puan Asmahani yang sentiasa busy melayan student2 universiti yg datang praktikal.. Org akan rindu Puan Norima yang sangat baik dan lembut walaupun sebenarnya sedang marah..
Dan org akan rindu juga Puan Aziah, Puan Rose, Puan Aliza, Puan Rozian, Puan Adilah, Miss Low, Miss KarMaine, Miss Ang, Mr Lim, Miss Carilyn, Miss Adeline, Miss Tan, Puan Arina dan juga pegawai2 lain..
Org juga akan rindu dengan PRP2 HTAR yang banyak sangat membantu org sepanjang 4 bulan kat sini..
Org akan rindu suara manja Kak Anum yang sentiasa ceria tak kira tempat dan masa..
Org akan rindu Kak Na dengan cerita2 sweet pasal suami & anak2nya..
Org akan rindu Mar yg comey dengan slang englishnya yang sangat fluent..
Org akan rindu Hanisah yang funny & suka peluk org tiba2 dari belakang..
Org akan rindu nak dengar Farah mengomel dan bercerita tentang department2 lain..
Org akan rindu Radhika yang selalu je senyum bila tengok gelagat2 kami yg tak matang ni..
Org akan rindu moment berwafarin dengan SeeNee & Eunice yang brilliant & smart..
Org akan rindu moment2 buat IV Ad & TPN dengan Jia Xin & MeiKee..
Org akan rindu nak tersenyum dan berbual2 dengan Mui Wen tentang cerita kami sejak 2 tahun lepas ..
Org akan rindu Yan Ying yang beria2 cuba nak kenenkan org ngan teman baiknya..
Org akan rindu Larry yang sangat comel & nampak naif bila berbahasa Melayu..
Org akan rindu Alif yang nampak je serius tapi sebenarnya kelakar & selalu layan org punya blur..
Org akan rindu Kah Hang yang sentiasa dengan lawak dan kalutnya tapi sangat2 helpful & baik hati..
Org akan rindu Hamidi yang setiap masa smart dan tak lekang dengan samsung notenya..
Org akan rindu dengan usikan & ketawa Farhan yang macam businessman bak kata Mar.. Org akan rindu nak lunch sama2 setiap hari & ketawa dengan ayat2 selamba Jeanne..
Org akan rindu senyuman manis Yu Siang bila kitorg share moment2 funny together.. Org akan rindu King Yong, yang sentiasa senyum dan buat tanda bagus bila kami bekerja sekali.. Org akan rindu Geetha yang selalu tegur dan panggil org dengan nama 'Raden' instead of 'Wawa'..
Org akan rindu nak dengar lagi cerita2 Khairul pasal restoran2 best yang dia pernah pergi..
Dan juga PRP lain macam Stacy, Lih Jiuan, Chew, Daveena, Weai Jiet..
Dan juga Auntie Puspa dengan jeritan nyaringnya terutama pada waktu pagi, Auntie Tan yang sangat nice dan lembut, kak Shiqin, kak Yat, Kak Sally, Encik Sahar, Encik Amir, dan juga semua warga Farmasi ward supply yang selalu org berbalas senyum setiap kali bertembung :)
Begitu juga dengan PRP2 dari hospital lain yang turut sama bekerja sekali dengan org di department CDR dan TPN macam Fauzana, Yazmin, Nadiah, Ally dan Nik dari Hosp Sungai Buloh, Safura dan Izni daripada Hosp Kajang dan Amalina daripada Hosp Slim River. Terima kasih sebab banyak membantu dan mengajar org saat bekerja dan menjadi peneman org waktu minum pagi dan lunch :)
Tak dilupakan juga trainee2 yang org sempat bekerja sekali. Walaupun ada antara korg yang dah habis, tapi org nak juga ucapkan terima kasih buat korg semua sebab dah banyak membantu org kat setiap department, terutama Nisa, Ziana, Sujitha, Azira, Nana, Haziq, Syakir, Napie, Jali, Bahari, Ronnie, Vitalis, Marwan, Gayathree, Temah, & juga trainee2 lain yg org tak sempat nak tau nama. Sorry banyak2 ye..
Walaupun anda semua mungkin tak baca post ini, org tetap nak ucap terima kasih atas segalanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ni akan terus berkekalan sampai bila2. Andai ada rezeki, moga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Gudluck & all the best untuk semua :)
Jari ini laju menggerakkan cursor menari2 di monitor laptop tanpa tujuan yang jelas. Mata memandang satu persatu website yang terpapar di skrin yang sering dikunjungi ketika sedang online. Email, Facebook, Twitter, 9Gag, Youtube, MIMS.com, Wikipedia, Bharian, 4Shared, RedFM, namun tiada satupun yang menarik hati untuk diklik dan dilihat. Lalu hati tiba2 terdetik,
'Oh, aku lupa aku ada blog,'
Punyalah lama blog sendiri tidak dijenguk, sehingga ia langsung tidak tersenarai dalam list website2 tadi. Lalu laju jari menaip semula alamat blog yang terlalu lama ditinggalkan sepi itu. Kalaula blog itu punya hati dan perasaan, mesti dia dah merajuk kerana terlalu lama dibiar berseorangan tanpa dilawati. Kalaula dia punya nyawa, mesti dah lama mati terbiar tanpa dipeduli. Kesian, huhu.
Mata kemudian membaca tulisan2 kecil yang tertera di atas blog yang sudah terbuka itu. Update terakhir adalah pada 30 Mac 2012, hampir sebulan yang lalu. Hati terus terasa ingin mengupdate blog yang sudah terlalu lama sepi ini dengan satu cerita baru.
Tapi cerita apa?
Cerita tentang pengalaman attach di ward selama sebulan? Jumpa macam2 ragam pesakit di empat jenis ward yang berlainan? Ataupun cerita tentang pengalaman baru di department baru, buat ubat IV Admixture atau bag TPN untuk pesakit2 yang tak mampu nak makan ikut mulut? Atau cerita tentang rezeki Allah bagi untuk lulus forensic exam walaupun hanya mampu study selama dua hari je?
Nahhh. Bosan. Asyik2 cerita pasal kerja, mungkin diri ini perlu menyentuh sesuatu isu yang berkaitan dengan luar bidang kerja. Dari pagi hingga ke petang bekerja, mungkin bila di luar waktu kerja, org perlu cuba menulis sesuatu yang berlainan dan lebih menarik minat org lain (atau mungkin diri sendiri) untuk membaca.
Maka benak ini tiba2 bertanya sendirian.
'Bagaimana kalau kita cerita tentang hati?'
Tentang hati?
Ya, tentang hati. Tentang hati ini yang selalu keliru dengan benda2 remeh yang tak masuk akal. Benda2 remeh yang sering sahaja mengganggu fikiran dan seringkali datang menyerang tanpa diminta dan disangka2.
Diri ini termenung sendirian. Tangan ini perlahan menyentuh dada, cuba menyentuh tepat di atas hati walaupun hati itu tidak dapat dilihat secara zahir.
Hati itu yang kebelakangan ini sering sahaja terasa pelik dan tidak menentu.
Kejap-kejap hati itu terasa berbunga mekar, gembira dan terasa ingin melayang2 disebabkan bahagia datang menyapa...
Kejap-kejap hati itu terasa sedih, mungkin kerana terlalu merindui seseorang yang tidak pasti apakah memang patut dirindui..
Kejap-kejap hati itu terasa seperti dihembus api cemburu dan amarah, hingga kadangkala perlu ditenangkan dengan istighfar...
Kejap-kejap hati itu terasa sakit, sakit kerana seringkali hanyut dengan benda2 yang mengarut namun tidak mampu untuk ditolak jauh-jauh.
Kenapa dengan hati ini?
Em, tak mengapalah. Mungkin cerita hati ini tidak perlu diceritakan sejelas-jelasnya kepada insan2 di luar sana. Mungkin cukuplah hanya si pemilik hati sahaja yang tahu apakah dia punca kepada masalah yang sedang melanda hatinya pada saat ini.
Dah tu nak update blog pasal apa, kalau tak nak tulis tentang hati tadi?
Eh, cukuplah. Ni dah tulis panjang2 kira dah update blog la ni kan? Oklah tu.
Tangan lalu mengupload satu gambar, menulis tajuk di atas, klik Save, lalu Publish.
Okey, dah siap update blog. Kan senang je,apa yang susah sangat?