CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 December 2011

Buat Si Penggila Buku...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..





Terjumpa video ni kat fb. Tersenyum sorg2 bila tengok habit2 tu.


Ingat lagi dulu novel Harry Potter org yang tujuh buah tu, tersusun cantik kat rumah. Siap selotape hujung bucu buku tak mau bagi terlipat. Bila ada org pinjam memang warning suruh jaga elok2. Bukan takat novel Harry Potter tu, boleh kata kebanyakan buku2 motivasi & buku2 org yang dihadiahkan oleh member (ramai member suka bagi hadiah buku, sebab tau org suka membaca) sume tersusun elok kat rak dalam bilik. Takpun dalam bilik bacaan.


Satu lagi habit yang org terasa tang amik buku kat paling belakang kat rak. Yang tu memangla wajib, haha. Sebab buku kat depan mesti dah lunyai. Kalau yang bersusun atas meja tu mesti sanggup angkat beberapa buah buku kat atas tu, nak amik yang kat bawah. Tapi tulah, yang tak bestnya amik buku2 kat belakang ni, dia sure berhabuk punya. Tapi takpelah. Janji isi cantik hehe.


Habit org yang lain bila beli buku, org akan baca betul2 sinopsis kat belakang buku tu. Dapatkan dulu apa main point yang nak disampaikan dalam buku tu. Bila rasa menarik, tengok harga, agak2 dalam target range ke tak. Kalau agak2 mahal melampau sampai beratus tu, org akan pikir lama sikit. Tapi kalau harga below 50 tu org selalu beli 2, 3 buah sekali la (padahal sama je harga dia jadi beratus gak, hahaha). Dan bila dah beli tu, selalu org amik masa tak sampai seminggu pun habiskan buku2 tu. Pastu beli lagi, hehe. Satu lagi, org akan mintak org kedai tu bukakan plastik buku tu. Tobat dah dulu beli novel dapat yang mukasurat tak lengkap. Boleh pulak time2 baca tiba2 ada page yang blank -____-


Jadi kesimpulannya, org saja je nak bagitau yg org ni seorang penggila buku, hehe. Kalau nak bagi org hadiah, toksah pikir lama2 nak bagi apa, bagi je buku apa2 sebuah, sure org baca sampai habis & simpan elok2 hehe (bajet ada org nak bagi hadiah kat ko pulak ye)


Oklah takat sini dulu. Thanksla baca post yang macam takde motif ni hehe. Assalamualaikum :)

18 December 2011

Maybe The Sweetest Video Ever.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..



Terjumpa video ini menular macam virus setelah dishare oleh member2 di fb. Lalu saya merajinkan diri untuk tengok.

Dan tak dapat dinafikan, video ini sumpah comel. Buatkan diri saya ni dan housemate duk merepeat perkataan 'sweet' start dari mula video sampaila habis.

Bertuah gadis tu. Gentleman sungguh lelaki tu. Semoga mereka bahagia ke akhir hayat setelah disatukan tidak lama lagi. Amin.

Buat future husband saya, saya tak mintak awak buat special2 macamni untuk propose diri saya yang serba kekurangan ini.

Tapi saya harap awak ada kekuatan & keberanian untuk bersemuka dengan parents saya, minta izin mereka terlebih dahulu untuk menjadikan saya sebagai milik awak seorang di dunia dan akhirat.


Tanpa perlu melakukan perkara2 romantik atau menggunakan ayat2 jiwang untuk menambat hati saya. Sebab saya tak biasa dengan itu semua.

Dan saya yakin saya tak ada sebab untuk mereject awak kalau awak buat macam tu. 


InsyaAllah :)




*tamat mood jiwang. bukak balik buku. sambung balik mood serius*



16 December 2011

Senyum Je...

Bismillahirramanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Dalam hidup ni, kita akan jumpa dengan macam2 ragam manusia..



Bila kat kaunter farmasi time panggil sorg patient nak dispense macam2 jenis ubat..
Tiba2 pakcik tu bising bebel2 nak ubat melebihi banyak mana yang doktor prescribe..
Layan je la sebaik mungkin apa pakcik tu nak Wani... senyum je..



Bila dah habis isi trolley2 ward dalam 2 jam lebih , dah siap double check semua..
Tiba2 datang prescription baru rupanya2 lebih 10 patient kena discharge hari tu..
Kosongkan la balik laci2 trolley tu Wani, kemas fail ward tu balik.. senyum je..



Bila tengah bersungguh2 explain 12 jenis ubat kat sorang patient kat ward..
Tapi dia malas nak dengar dan buat2 faham dan tau je pasal semua ubat tu..
Teruskan je la explain Wani, memang kerja kau kan.. senyum je..



Bila bertembung ngan sister atau staff nurse waktu pergi/balik dari ward..
Kita bagi senyuman ikhlas, mereka pandang tapi sekadar buat tak tahu dan tak nampak..
Takpela Wani, mereka tengah takde mood tu, penat kut.. senyum je..



Bila tengah panjang lebar counsel & demo kat diabetic patient cara2 pakai insulin pen..
Tiba2 anak patient tu tertendang sampai berdarah tangan ni terkena jarum kat pen..
Lap je la darah tu ngan tisu Wani, budak tu tak sengaja... senyum je..



Bila dah semangat study macam2 untuk VIVA sampai tiap2 malam tidur lambat..
Tapi bos asyik tunda sebab busy, last2 tunda minggu depan sampai ada 2 VIVA next week..
Redha je la Wani, dah mereka busy nak buat macam mana.. senyum je..




Sebuah senyuman, walaupun pada mulanya tidak diberikan seikhlas mana, tapi lama kelamaan ia mampu memberi ketenangan pada diri. Mungkin bukan setakat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain yang sekadar melihat tanpa mengetahui apa2.


Senyum je :)



12 December 2011

The Answers :)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Hari ni serius org lesu dari pagi sampaila habis kerja. Malam tadi org hanya boleh tidur pada pukul 3 pagi, pastu harini org kena dispense ubat seorang diri kat 14 orang patient kat lima buah wad dalam keadaan kaki yang masih sakit (akibat joging kelmarin) sebab partner org mc, petang, time org duk nervous study untuk VIVA tiba2 sorang nurse datang mintak org tolong counsel sorang pesakit kat wad pakai insulin pen. Akhirnya, VIVA org pun ditangguh ke hari esok atau lusa, huhu.


Berbalik kepada tajuk post diatas, org ingatkan bila buat segmen tanya soalan kat post lepas org dapat soalan dalam 5-6 soalan je. Tapi dapat lebih 10 pulak. Tak sangka. Ramai yang anonymous, tapi ramai jugak yang org dapat teka siapa, hehe. Baiklah, seperti yang dijanjikan, inilah dia jawapan kepada soalan2 yang ditanya haritu. Disebabkan org terlebih rajin pulak menaip untuk menjawap panjang2 malam2 ni kan, so panjanglah sikit entry kali ni. So here it goes :



Q1 (from sai) : Apakah perkara / peristiwa yang membuatkan Raden mula merasakan bahawa tujuan kita hidup ini adalah untuk kembali kepada Allah SWT dan hidup kita haruslah sentiasa berada di landasan-Nya untuk mendapatkan ketenangan?

Kalau sai tanya org, org ada satu peristiwa yang berlaku dalam hidup ni yg maybe org takkan lupa sampai mati. Agak panjang org nak share kat sini, harap sai sudi baca la ye?

Masa org umur 13 tahun nk masuk ke umur 14 tahun, org tinggal kat sekolah asrama kat shah alam. Time tu ibu org tengah mengandungkan adik org yang last. Dah sampai saat ibu nak bersalin, org tak boleh balik sebab ada final exam. Bila org call ba, org ingat lagi, ba cakap macam ni :

Wani, ibu dah selamat bersalin. Tapi ibu sekarang kat ICU, doktor cakap peluang ibu hidup 20% je. Bila2 masa ibu boleh pergi. Doa banyak2 ye’ Org terkedu masa org dengar tu. Jantung rasa nak stop time tu gak.

Ibu ada complication. Ibu kena anemia tahap kronik sampai level darah ibu tinggal 30% je daripada jumlah darah yg normal. Doktor kata darah yang dimasukkan dalam badan ibu hilang, taktau kenapa. Bila org dapat balik sekejap, org tengok ibu macam mayat hidup. Ba yg selama ni sangat bergantung kat ibu yang jadi housewife, jadi tak terurus sangat, sambil tu nak menjaga 3 lagi adik org yang masih kecik yang jadi tak terurus jugak. Bila tengok semua ni ngan mata kepala sendiri, org jadi sayu, sedih, nangis tak henti2. Sampai kawan2 sekolah ramai yang tegur diorg perasan org asyik menangis kat bilik ngan surau.

Ibu kena masuk hospital dalam 3-4 bulan. Masa tu dah cuti sekolah, org sebagai anak sulung la yang menjadi pengganti ibu menguruskan adik2 kat rumah. Sambil tu org asyik berulang-alik melawat ibu kat HKL. Hari2 org menangis tengok keadaan ibu, sampai satu saat org betul2 putus asa dan org tak nampak apa2 harapan lagi, org berdoa bersungguh2 merayu kat Allah supaya pulihkan ibu macam dulu. Waktu ni org dah bayangkan lepas ni org akan jadi anak yatim, kena uruskan hal adik2 berdua dengan ba. Org siap berjanji (bukan nazar) yang kalau ibu pulih, org akan jadi anak yang taat, nak jadi muslimah solehah, takkan tinggalkan suruhan Allah, takkan lakukan larangan Allah. Org rasa semua ni masa umur org baru 14 tahun, masih belum belajar banyak lagi tentang erti sebenar kehidupan.

Dan alhamdulilah, mungkin Allah dengar doa org. Kesihatan ibu semakin pulih. Lama2 level darah ibu naik balik, walaupun tak sampai tahap normal sepenuhnya. Ibu dah boleh keluar hospital, lepas kena masuk wad dalam 4 bulan lebih. Masa nilah org terfikir, kita ni hamba yang lemah, bila sampai satu saat kita dah betul2 putus harapan, tak boleh nak mintak tolong kat sape2 lagi, hanya kat Allah je, Tuhan dan Pencipta kita, kita harus kembali dan memohon pertolongan. Hanya Dia je boleh tolong kita. Dan bila lihat sendiri keadaan ibu yang semakin lama semakin pulih sampai sekarang, org jadi gembira & tenang, sebab org yakin lepas ni kalau ditimpa lagi ujian yang berat, org mampu nak menghadapinya dan kalau kita betul2 ikhlas mintak kat Allah, Allah takde sebab nak tolak doa kita.

Sekian. Harap menjawab persoalan sai ye walaupun mungkin bukan semua ^^


Q2 (from ayu baik) : bila cik raden azwani nak kawin? whahhahahahah

Hahaha ayu nih. Kalau ikut target org, umur 25 tahun. Sebab ibu kata 26 tahun tu dah dikira lambat untuk perempuan. Tapi depends jugak, kalau lambat sampai jodohnya, maybe terpaksa extend jugakla ke 26 tahun atau lebih. Tapi kalau jumpa jodoh awal, dah ada org masuk minang, tahun depan pun leh kawin dah, hehehe. Buat ape nak lambatkan benda yang baik kan? :p


Q3 (from sean) cik wawa ni macam mana orgnya? cuba explain sikit selain dari kat profile atas tu hehe.

Soalan pasal explain diri sendiri ni la org rasa paling payah nak jawab. Em, org rasa selain daripada kat side kiri blog tu, org baru tersedar yang org ni jenis lurus dan senang percaya cakap org, huhu. 1st week keje, org dh kena bahan ngan sorg staf kat ofis sampai satu ofis tu duk gelakkan org bila org percaya salah sorg staf yang ada kat situ ialah doktor (cesss). Bila ingat2 balik memang kawan2 rapat pun selalu kenakan org sebab kelemahan org yang satu ni, huhu.

Lagi, org jenis cepat cool. Org jarang marah, tapi kalau dah start marah tu dahsyat gak la. Dan org kalau marah tu memang sekejap je, sebab selalu cuba istighfar banyak2. Pastu ok la balik dengan insan yg buat org marah tu. hehe. Lastly, org ni jenis perahsia, esp ngan family. Hal2 berkaitan hati & perasaan ni memang org tak share ngan family la, sampai satu tahap ibu kena korek ngan adik2, hehe.
Tiga cukup la eh? ^^


Q4 (from anonymous) : hubungan dengan insan dari wellington tu macam mana? dapat teddy bear dari dia kan? :p

Err err sape la ni eh. Insan dari wellington tu just kawan je. Dia pembaca setia blog org ni, tapi org tak pernah tau dia ni sape dan actually dia ni pun tak kenal org sape. Lepas buat post dulu kat sini pasal dia, lepas dia memperkenalkan diri, kitorg pun jadi member. Sepupu org kawan dia rupanya, so org add la dia kat fb. Kat fb kitorg asyik perang mulut je, haha. Tapi ada sekali tu org gurau2 nak souvenir dari sana, so bila dia balik sini dia bawakla sebijik teddy bear tu, pass kat org melalui sepupu org.

Tula 1st time org dapat teddy bear dari sorg lelaki. Lelaki yang tak pernah jumpa pulak tu. Teddy bear tu la jadi teman tidur org sekarang. Begitula akisahnya, hehe.


Q5 (from anonymous) : errr nak tanya apa ye??err..apa rasanya bila di lamun cinta?? :p

Haha baca je soalan dah tau dah sape nih. Em, org tak sure kadang2 perasaan tu actually cinta atau crush semata, sebab memang asyik confuse je (pengalaman ni), tapi kalau nak describe rasa dia camne, kalau dengar atau tengok nama dia hati rasa semacam, kalau dapat tengok gambar dia sekejap pun dah tersenyum, kalau dapat jumpa depan mata rasa gembira macam nak melayang je, kalau sesekali teringat boleh rasa malu kat diri sendiri.. Macam tu la yang org pernah rasa (sila jangan gelak >_<)


Q6 (from adik junior) : lama dah nak tanya akak ni...akak tak bercinta sebab akak percaya cinta lepas kahwin ek? kannn? hihihi

Tau jugak sape ni, hehe. Hm, actuallynya bukanlah sebab percaya kat cinta lepas kahwin tu penyebab akak tak bercinta sekarang ni, tak. Cuma akak rasa sebelum ni masa tu tak sesuai lagi sebab akak ade komitmen lain, dengan study, dengan family. Akak takla anti dengan cinta before kawin ni, cuma akak rasa lagi singkat tempoh percintaan before kawin tu, lagi bagus. Barula kemanisan sebenar bercinta tu dapat dirasai selepas kawin, sebab dah boleh dizahirkan tanpa ada batasan2 macam before kawin, betul tak? :)


Q7 (from anonymous) : apa jadi kalau kita grad dgn second lower utk degree frmasi? apa kesan utk diri, keluarga, msyrkt dan negara. serius ni.

Wah, seriusnya soalan. Pada org kelas apa kita grad nanti tu sekadar atas kertas je. Kelas grad tu sekadar membantu kita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lepas habis ijazah. Yang penting performance waktu kita kerja nanti. Sebab banyak kajian menunjukkan biasanya yang perform time kerja ni adalah mereka yang waktu belajar keputusan average je, sebab diorg ni banyak belajar melalui skill dan pengalaman, bukan sekadar melalui buku.

Kalau untuk diri dan keluarga, pada org kalau diri kita sendiri dan keluarga boleh accept kemampuan kita setakat itu, tak ada masalah. Kalau pada masyarakat dan negara, macam org cakap kat atas tadi, kalau performance kita time kerja tiptop, pun tak ada masalah. Diorang takkan pandang pun walau serendah mana degree kita kalau kita kerja dengan bagus. Tapi kalau kita kerja tak bagus, kelas degree kita tu la yang akan dijadikan bahan utk menghentam kita dengan lebih teruk nanti.

Harap menjawab soalan ye :)


Q8 (from insanjeles) : apa hubungan cik raden azwani dengan afiq? anda brdua nampak sangat mesra, hehe

Hahaha adoila sapela insan jeles yang tanya ni? Ramai dah member2 kitorg tanya soalan ni. Untuk pengetahuan encik/cik insanjeles, saya dengan afiq bestfren sahaja. Kitorg dah kenal sejak umur 10 tahun lagi, kitorg sama kelas, dan ibu kitorg berdua pun bestfren. Kitorg selalu dengar cerita satu sama lain thru mak masing2 je. Sebab tu la kitorang rapat sebab family masing2 dah kenal. Kitorg dah tahap besfren yang bila hangout kat klang ni kitorg selalu keluar sama2 (keluar ramai2, tak pernah berdua), bila perlukan pertolongan kitorg akan contact each other, bila ada masalah kitorang share sama2 dan share pendapat masing2, even kitorg pun share sama2 jugak siapa dia insan yang kitorg minat, hehe.

So tak perlu jeles ye. Afiq single lagi, anda masih ada peluang :D


Q9 (from anonymous) : saya nk tny jgk!! ape prasaan anda bila melihat org yg anda suke bejalan menuju ke arah anda?

Okeh, tau dah sape tanya ni, haha. Perasaan? Em kalau org nervous kut. Time tula rasa terkena tachycardia (sila google) dan time tu jugak rasa nak sorok muka sebab maybe waktu tu muka tengah blushing. Pernah dulu waktu zaman belum matang sanggup patah balik sebab malu sangat (tah ape yang malunya -__-). Tapi kalau terpaksa lalu sebelah tu, lepas dia pergi hati rasa berbunga2 pulak. Entah ape2 je -.-



Q10 (othman@man) : Kalau wawa boleh kembali ke satu zaman dulu, nak balik ke zaman bila?

Sepanjang 23 tahun org hidup ni, org rasa saat paling manis org pernah lalui masa org sekolah rendah agama darjah 4 5 6. Masa tu tiap2 tahun org naik pentas amik hadiah akhir tahun, masa tu org jadi pengawas yang outspoken yang selalu diingati ustazah2, org ada geng sendiri seramai 3 org yang sangatlah happening, kerja kitorg dulu main macam2 jenis permainan yang ada, asyik bergaduh ngan satu geng budak laki yang tak habis2 duk ejek nama org, dan ada seseorg yang mesti tegur org tiap2 hari bila org seret basikal ke luar pagar sekolah time nak balik.

Seronoknya kalau dapat balik zaman tu :)


Q11 (from anonymous) : haha banyak soalan psal cinta nmpknye. nk tnya jugaklah. ada sape2kah dalam hatimu sekarang? aicewahhh

Adeh, dah agak mesti dapat soalan macam ni. Ni macam adik org nama ana je yang tanya ni....
Em, ada. Tapi tak menaruh harapan tinggi sebab dia taktau langsung. Mungkin takkan confess sampai bila2. Kalau ditakdirkan satu hari nanti tiba2 ada sorg lelaki masuk minang org secara mengejut (kalaula), mungkin waktu tu baru org akan berani nak bagitau & tanya dia sendiri kut2 selama ni org tak bertepuk sebelah tangan.


Q12 (from ain) : siapakah raden azwani dalam 5/10 tahun akan datang??

Akak rasa kan ain, dalam 5 ke 10 tahun akan datang, akak dah naik pangkat jadi pegawai farmasi UF44 atau UF48. Mungkin juga dah ada Master in Clinical Pharmacy (InsyaAllah dalam planning), dah ada aset sendiri, dah bergelar seorang isteri kepada (sila isi tempat kosong), mungkin ibu kepada beberapa orang anak, dan masih juga Raden Azwani yang sama : simple, lurus, tapi mungkin lebih matang :)

Ain doakan akak bejaya ye. Akak rindu Ain gak, nanti ada masa akak lawat ain kat puncak ye, hehe.


Q13 (from anonymous) : Perkara yang membuatkan cik wawa trauma adalah?

Org trauma bila nampak kucing kat atas jalan, samada yang hidup atau dah mati. Trauma sangat2 lepas tengok ngan mata sendiri kucing kena gilis bawah tayar kereta dan juga kucing yang dah nyawa2 ikan lepas kena langgar. Kalau jumpa bangkai tengah jalan, sambil drive tu org sanggup tutup mata. Kalau jumpa yang tengah nak lintas jalan tu org pernah stop kereta and alih kucing tu ke tepi jalan, huhu.


Q14 (from hambaAllah) : berapa gaji starting kerja pharmacist ni?

Wah, gaji pun tanya. Kalau gaji pokok 2.3k, kalau gaji yang dah campur allowance (kitorg setahun housemenship ni dapat macam2 allowance, org pun tak paham) dalam 3.6k. Tapi dapat gaji pertama lepas bulan kedua atau ketiga la. Lambat sikit.




So ni jelah soalan2 yng org dapat & dah jawab semua. Terima kasih banyak2 kat org yang sudi tanya, malam ni terhibur sikit buat benda ni sambil layan Cinta Elysa, hehe. Oklah, org nak kena sambung study, jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum :)


11 December 2011

Satu Soalan Untuk Raden Azwani :)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt...


Sejujurnya, disaat post ni ditulis, kepala org dalam keadaan yg sangat tepu setelah pelbagai jenis maklumat2 berkaitan asthma & COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) telah disumbat dalam otak sejak siang tadi untuk difahami dan diingat. Ini kerana pada hari Selasa ni,org akan menghadapi VIVA merangkap counselling validation bersama pharmacist2 hosp KKB untuk minggu yang kedua. Org akan ada VIVA ni straight selama 4 minggu, dan alhamdulillah, VIVA untuk last week org dah pass walaupun ada part2 yang perlu diulang.


Jadi, bagi mereleasekan sikit rasa tensen yang mula hadir dalam diri org ni (akibat kena study setelah 2 hari berehat) maka org akan bukak satu sesi khas untuk pembaca blog 'Apabila Jejari Mula Menari' ni untuk bertanyakan apa jua soalan kat org, tapi setiap org hanya boleh tanya SATU soalan sahaja. Walaupun org tau blog org ni bukannya ada pembaca sangat, tapi takpela, dah dekat 200 lebih post org tulis kat blog ni, tak pernah sekalipun org buat segmen macam ni kan?




Org akan kumpul soalan2 yang ada (kalau adela, harap2 ade) dan akan dijawab dalam satu post pada hari selasa malam, lepas VIVA org tu habis. Konon2 nak merehatkan fikiran la dengan menjawab soalan2 anda bagi ni, hehe. Anda yang ingin bertanyakan soalan, bolehla tinggalkan kat ruangan komen kat post ni eh. Anda boleh nak jadi anonymous, tapi jangan tipu ye bagi soalan lebih. Bagi satu soalan je okeh? Orang menipu ni org munafiq :D


Org akan cuba jawab apa jua soalan, tapi yang proper je eh. Kalau ada soalan2 yang menyimpang tu org reject awal2. Ni mungkin the first & the last time org buat post gedik macamni, so untuk anda yang kut2 ada nak tau ape2 pasal diri org, sila la tulis kat ruangan komen ni. InsyaAllah org akan cuba jawab semua nanti. Tapi mana yang org rasa terlalu private, yang tu org mintak maaf awal2, yang tu tak dapek la den nak jawab penuh ye :)


Buat anda yang ada nak bagi soalan nanti, terima kasih awal2 org ucapkan. Tu menunjukkan yang anda ada baca blog org, walaupun mungkin tak selalu, hehe. Takpe2, baca sekali pun org dah cukup bersyukur ^^


Jumpa post seterusnya pada hari Selasa malam ni (InsyaAllah). Assalamualaikum :)

09 December 2011

Andai Allah Berbicara Lisan Dengan Diri Kita Sendiri..



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Kadangkala, apabila manusia sudah terlalu leka, sudah terlalu alpa dengan segala jenis nikmat dan urusan dunia yang ada, perlahan2 diri mula berubah menjadi lain daripada biasa tanpa diri sendiri menyedari. Maka akan berlakulah perkara2 seperti di bawah ini :


Habis sahaja solat, usai sahaja memberi salam laju2, sejadah terus dilipat atau digulung. Tiada langsung zikir2, bacaan ayat kursi, tasbih, tahmid dan takbir diungkapkan di bibir. Apatah lagi doa panjang memohon pengampunan dari Allah. Semuanya kerana mengejar urusan dunia yang dianggap lebih penting.

*
Apabila menerima berita gembira daripada seseorang, atau mendapat apa yang dihajati selama ini, laju sahaja diri menjerit2 keriangan. Ataupun lagi hebat melompat2 kegembiraan. Kerana usaha yang dilakukan selama ini berbaloi. Lantas dikhabarkan kepada sesiapa yang disayangi. Tiada langsung ungkapan ‘Alhamdulillah’ atau ‘Terima kasih Ya Allah’ terpacul keluar dari bibir secara spontan.

*
Mata terlihat sesuatu yang melalaikan. Namun sangat menyeronokkan. Lantas timbul keinginan di dalam hati untuk mencuba juga, sama seperti insan2 lain yang melakukannya. Hati berkira2 kerana tahu perkara itu boleh mendatangkan mudarat. Namun tidak berapa lama selepas itu, terdengar satu suara jauh disudut hati berkata ‘Alah sekali sekala apa salahnya, bukan selalu’. Lantas hati menurut sahaja kata2 itu kerana kononnya, hati tak pernah berbohong.

*
Diri terjaga dari tidur di tengah malam.  Cubaan untuk menyambung kembali tidur gagal pula. Dalam cahaya lampu tidur yang samar2, otak berfikir apakah yang perlu dilakukan agar mata dapat mengantuk untuk tidur semula. Al Quran di atas meja dan sejadah di rak pakaian hanya dipandang sepi. Kemudian novel cinta di sisi katil dicapai lalu dibaca. Ataupun kaki melangkah menuju ke televisyen lalu ia pun dihidupkan.

*
Masuk sahaja mesej di telefon bimbit, diri tersenyum lebar. Hati berbunga-bunga membaca ayat kiriman kekasih hati. Di fikiran terbayang wajah si dia tersenyum yang mampu meluruhkan jantung dan menggugatkan iman. Senyuman semakin melebar apabila si dia mengajak keluar meluangkan masa bersama pada hujung minggu. Dapatlah melepaskan rasa rindu yang terpendam selama ini.

*


Namun pernahkah kita terfikir, setelah melihat setiap detik segala apa yang kita lakukan selama ini, apa agaknya yang Allah, Tuhan kita itu rasakan? Dan andai kita bisa mendengar sepatah demi sepatah kalam Allah itu dalam bentuk lisan secara direct, apa agaknya yang akan Allah bicarakan kepada kita setelah Dia melihat perlakuan kita seperti di atas?

Mungkin kata Allah :


''Wahai hambaKu, sesungguhnya Aku sangat rindu untuk mendengar kata2 pujian untukKu terungkap dari bibirmu. Aku rindu untuk melihat senyuman kesyukuran terpancar diwajahmu apabila Aku menurunkan pelbagai nikmat dan rezeki kepadamu yang kau nanti2kan selama ini. Aku rindu melihat bagaimana kau berusaha bermati2an menetapkan hatimu untuk menolak hasutan syaitan yang Kulaknat yang menyuruh kau melakukan maksiat. Aku rindu untuk melihat kau menangis tersedu-sedan sendirian pada tengah malam mengenangkan dosamu yang lampau sedangkan kau tahu bahawa Aku ini Tuhan yang Maha Pengampun. Dan Aku amat rindu untuk merasai cinta yang selama ini kau curahkan padaKu yang Kutahu saban hari semakin berkurangan kerana telah kau berikan kepada hambaKu yang lain.

Oleh itu wahai hambaKu, Aku mengizinkan kau untuk terus bernafas di atas muka bumiKu setiap kali kau bangkit dari tidurmu, Aku mengizinkan kau untuk terus menikmati rezeki yang Aku turunkan padamu pada setiap hari, Aku mengizinkan tubuh badanmu berfungsi seperti sedia kala tanpa ada kurang walau sedikitpun, Aku mengizinkan kau untuk terus tersenyum bahagia walaupun senyuman itu bukan kerana rasa syukurmu padaKu, dan Aku mengizinkan juga rasa cinta tetap ada dalam hatimu, walaupun cinta itu bukan lagi untukKu.

Kerana Aku tahu, pada suatu hari nanti, kau akan berhijrah, kembali seperti dahulu, apabila tiba masanya kelak. Dan Aku takkan berhenti memberikan peluang dan peluang seterusnya kepadamu, kerana seperti yang kau tahu, tiada lagi Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, melainkan Aku’’




Andainya Allah berbicara seperti ini dan andainya kita sebagai hambaNya yang serba kurang lagi hina ini mampu mendengarnya, apakah kita masih lagi tegar untuk melakukan perkara2 di atas?

Hanya kita yang punya jawapannya. Fikir2kanlah.


Sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum WBT :)


03 December 2011

Alkisah Si Gadis dan Komuter...



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.. 


Pada suatu petang, disaat cuaca mendung dan hujan turun renyai2 membasahi bumi..

*




Seorang pakcik tua di sebuah bangku di hadapan landasan komuter kelihatan resah gelisah. Kejap2 dia bangun. Kemudian melihat jauh ke penghujung landasan.  Mungkin ternanti2 kelibat munculnya komuter dari jauh. Kejap2 dia duduk semula bila komuter masih tidak kelihatan di pandangan. Dia keseorangan tanpa ada isteri atau anak yang menemani. Beg besar yang dibawa ditinggalkan begitu sahaja di tepi bangku.

Kelibat pakcik ini sedang asyik diperhatikan oleh seorang gadis yang duduk di bangku belakang. Walaupun telinganya yang dilitupi tudung itu terlindung di sebalik sebuah headphone, namun matanya tak lepas memerhatikan pakcik tua itu. Entah kenapa pakcik tua itu yang menarik perhatiannya walaupun terdapat beratus2 org lagi di stesen komuter itu.

Pakcik itu bangun lagi lalu berdiri lama. Tiba2 datang seorang remaja perempuan bertudung labuh duduk lalu mengambil tempat pakcik itu. Pakcik itu yang baru sahaja bercadang untuk duduk semula terus terbantut niatnya bila tempat duduknya dirampas orang. Remaja itu sekadar mendongak sekilas memandang pakcik tua itu yang juga sedang memandangnya, kemudian dia terus bersembang dengan rakan sebelahnya tanpa mengendahkan pakcik itu. Perlahan2 pakcik tua itu mengambil begnya lalu pergi ke belakang.

Si gadis yang sedari tadi menjadi pemerhati sekadar memendam rasa geram dalam hati terhadap remaja tadi. Kalaupun dia tidak tahu tempat yang didudukinya itu kepunyaan pakcik tua itu, apa salahnya dia bangun semula dan beri tempat duduk pada seorang lelaki tua yang sedang berdiri? Itu common thing bukan?

Pakcik itu lalu berjalan dihadapan si gadis itu. Secara spontan si gadis itu memandang wajah pakcik itu, tersenyum sambil menuding jari kearah kerusi yang didudukinya, sebagai isyarat mempelawa pakcik itu untuk mengambil tempat duduknya. Pakcik tua itu sekadar tersenyum sambil menggeleng kepala dan mengangkat tangan sebelum berlalu. Kemudian dia berdiri berseorangan di ceruk stesen, bersama beg baju di kakinya.

*

Komuter akhirnya tiba. Si gadis tadi yang sedang leka mendengar lagu terus mengangkat beg pakaiannya lalu menuju ke komuter yang hampir berhenti. Kakinya laju menapak ke arah coach tengah, iaitu coach khas untuk wanita. Meskipun saat komuter itu berhenti dirinya betul2 di hadapan pintu coach yang terakhir, tapi tak mengapalah. Tak betah rasanya si gadis itu berkongsi coach dengan lelaki, apatah lagi disaat waktu puncak seperti waktu itu. Tak sanggup bersentuhan dan bergesel dengan mereka dalam keadaan penuh sesak, meskipun dalam keadaan tanpa sengaja. Lalu si gadis berjalan ke pintu terakhir coach wanita.


Seperti yang dijangka, coach wanita penuh dan tiada tempat duduk yang tinggal untuk si gadis. Dia sekadar bersandar di dinding komuter dengan beg pakaian di kakinya. Sementara menanti penumpang2 lain masuk memenuhi komuter, headphone tadi dipakai semula dan lagu pun diputarkan sambil matanya memerhatikan wanita2 yang berpusu2 masuk.

Saat coach wanita hampir penuh dan saat pintu komuter hampir ditutup, secara tiba2 muncul seorang lelaki benggali lengkap dengan serbannya terus masuk ke dalam coach tersebut. Perbuatannya mengundang rasa terkejut dan kurang senang para wanita dalam coach itu. Tambahan pula lelaki itu berbadan agak besar dan keadaan agak sesak dan berhimpit. Dan itu bukanlah kejutan pertama.

Bila pintu ditutup dan komuter mula bergerak, serentak dengan itu semerbak bau badan lelaki tersebut memenuhi segenap ruang udara dalam komuter. Bau masam yang agak kuat seakan2 bau peluh. Lelaki itu sekadar berlagak biasa sambil mengangkat sebelah tangannya memegang palang besi di atas.

Si gadis yang turut terhidu sekadar menutup rongga hidung dengan MP4nya. Cuba 'cover' untuk tidak kelihatan seperti menutup hidung. Dia melihat gadis2 lain sekeliling lelaki itu ada yang berkerut-kerut wajahnya, ada yang memegang dan menggosok2 hidung, ada yang menutup hidung dengan tudung, malah ada yang terbatuk2. Dan seperti tadi juga, lelaki itu masih berlagak selamba.

*

Komuter tiba di KL Sentral. Pada saat ini coach sudah dipenuhi dengan ramai manusia, tak ubah seperti tin sardin. Saat pintu automatik dibuka, berpusu2 insan dalam komuter bergerak keluar. Si gadis yang turut hendak keluar memberi laluan terlebih dahulu kepada makcik2 tua yang juga hendak keluar. Sudahla waktu komuter bergerak tak ada budak2 muda yang sudi bagi tempat duduk, waktu nak keluar pun tak ada siapa yang bagi keutamaan pada makcik2 ini. Kesian sungguh.

Si gadis menjadi org terakhir yang bergerak keluar dari komuter itu. Namun belum sempat kakinya melangkah melepasi pintu, secara tiba2 manusia di luar komuter berpusu2 masuk lalu menolak semula si gadis tadi kedalam. Si gadis itu yang kecil badannya dengan mudah sahaja diseret masuk, apatah lagi dia agak sukar bergerak kerana membawa beg pakaian. Headphone yang dipakai di kepalanya hampir sahaja tertanggal dan mungkin hampir putus wayarnya. Puas si gadis itu cuba menolak manusia yang berpusu2 sambil mencari laluan untuk keluar, malangnya usaha itu gagal. Dia semakin lama semakin masuk ke dalam komuter semula. Ini tak boleh jadi, bisiknya. Si gadis perlu berbuat sesuatu sebelum pintu komuter tertutup semula.



Tanpa berfikir panjang, si gadis itu segera meninggikan suara, lebih tepat menjerit sambil menyuruh org ramai yang berebut2 masuk memberi laluan untuk dia keluar. Ramai orang yang terperanjat, namun selepas itu mereka buat2 tak dengar dan terus merempuh masuk. Mujurlah seorang makcik di luar komuter perasan akan si gadis itu, lalu dia turut sama menjerit ke arah org2 yang berpusu masuk sambil tangannya merentap tangan si gadis itu dan menariknya keluar dari komuter. Dan akhirnya si gadis itu berjaya keluar.

Sambil2 membetulkan pakaian yang renyuk dihimpit org ramai, si gadis mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut, yang mungkin sudah give up untuk berebut masuk. Pengawal berbaju biru yang baru sahaja muncul akhirnya meniupkan wisel dan mengarah sebahagian manusia keluar memandangkan keadaan semakin tak terkawal dan pintu hampir ditutup. Sebahagian org yang cuba merempuh tadi terpaksa berundur dengan wajah tak puas hati kerana mereka terpaksa menanti komuter yang seterusnya.

Setelah keadaan terkawal, pintu komuter tertutup dan mula bergerak meninggalkan destinasi dengan penumpang yang masih lagi sendat seperti tin sardin. Si gadis yang masih lagi belum hilang penatnya 'bertempur' dengan org ramai sebentar tadi hanya menyaksikan peristiwa tadi sambil menggeleng2 kepala.

*

Begitulah keadaan biasa dalam komuter bagi mereka yang tidak tahu dan tidak pernah menaiki public transport, lebih2 lagi pada waktu puncak. Dan andai apabila tiba masanya suatu hari nanti giliran anda pula untuk menaiki komuter, silalah beri tempat duduk dalam komuter kepada mereka yang sepatutnya. Masuklah ke dalam coach yang betul dan biarlah org dalam komuter keluar dulu sebelum kita masuk ke dalam. Benda2 ini adalah common thing yang tak perlu sentiasa diingatkan kepada kita. Sebagai manusia yang berakal dan bijak, benda2 yang melibatkan moral value seperti ini kita tahu untuk buat sendiri tanpa perlu disuruh2.


Okeh, sekian sahaja cerita untuk kali ini. Moga bertemu di post akan datang. Terima kasih sebab sudi baca post ni ye. Assalamualaikum wbt :)




p/s : Cerita di atas adalah kisah benar dan si gadis dalam cerita ini tak lain tak bukan adalah diri org sendiri. 


p/s 2 : Itu mungkin kali terakhir org balik rumah naik komuter sebab saje2 nak naik sebab rindu padahal ade je kereta. Pasni org memang sure balik rumah drive je. Dah serik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...