30 April 2011
Huh, Roommateku Ada Stalker??
19 April 2011
Buat Jejaka2 yg Pernah Kulukai...
Baru2 ini, dikala kebosanan setelah menatap nota2 dengan agak lama, hati ini tergerak untuk membaca semula segala post2 blog ini, post2 blog org lain, mesej2 dan juga komen2 di facebook. Kemudian kenangan2 lama yang pernah cuba dilupakan muncul semula tanpa diminta. Tanpa disedari terbit rasa bersalah yang mendalam terhadap insan2 terutama jejaka2 yang pernah hadir dalam hidup org suatu ketika dulu.
Org sejujurnya tak pernah ingin berada dalam situasi 'in the relationship' dengan sesiapa. Prinsip org ialah org ingin bercinta selepas berkahwin. Tapi mungkin ada layanan baik org sebagai kawan telah mengundang salah faham kepada mereka. Melalui post ini, org nak merakamkan sejuta kemaafan buat jejaka2 ini yg mungkin pernah org lukai hati mereka. Selama ini org tidak pernah ada kekuatan utk meluahkan, maka melalui post ini ingin org coretkan apa sebenarnya yang org pendamkan dan terbuku dalam hati selama ini..
Buat MFSH..
Sampai sekarang saya takkan lupa panggilan terakhir yg saya buat satu ketika dulu yg merubah segala2nya. Yg meleraikan persahabatan kita. Persahabatan kita selama bertahun2 terus renggang sekelip mata. Maaf kerana ketika itu saya belum cukup matang untuk memikirkan kesan kata2 saya kepada awak. Maaf saya tak ada kekuatan untuk memohon maaf dgn awak secara berhadapan. Tapi saya lega dapat memohon maaf dengan awak walaupun hanya sekadar melalui tulisan. Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya sentiasa mengikuti perkembangan awak secara diam2. Dan saya lihat awak gembira dgn kehidupan awak sekarang. Sorry for everyting & all the best in your future undertakings :)
Buat NHHT..
Saya menyenangi awak sebagai seorang classmate. Malah saya suka bila awak bergurau dan membuat lawak pada saya sehingga saya ketawa. Namun pada satu hari apabila awak berterus terang tentang perasaan awak dan hajat awak untuk menjadikan saya sebagai seorang teman istimewa, saya terkedu. Kerana saya menyangka awak sekadar bergurau. Dan saya menolak dengan cara sebaik mungkin tanpa melukakan hati awak. Saya minta maaf, pada masa itu saya cuma ingin fokus untuk SPM. Dan setelah beberapa tahun berlalu, awak kembali dan menyatakan hajat awak untuk meminang saya andai saya masih single pada usia 25 nanti. Saya cuma mampu berserah kepada Allah. Saya harap awak faham.
Buat MZF..
Maaf dulu saya sendiri yg menjarakkan diri lepas saya mula rasa tak selesa dengan perhatian melampau yg awak berikan. Mungkin saya yg mula dulu menghulurkan salam perkenalan, tapi niat itu hanya untuk menyambung ukhuwah sebagai seorang schoolmate lama, hanya sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu. Maaf sebab kawan saya yg terpaksa menyampaikan luahan saya terhadap awak. Saya tak mampu berterus terang, kerana saya tak ada kekuatan. Saya takut untuk melukakan hati awak. Tapi saya nak awak tau, saya tak pernah benci awak. Cuma saya rasa mungkin kita tak boleh jadi kawan macam dulu. Sorry ya.
Buat SM..
Mungkin silap saya dulu yg beri 'lampu hijau' untuk awak berkenalan dgn saya melalui kawan baik awak, yang juga merupakan kawan baik saya. Kemudian selepas kita mula berkenalan saya mula mendiamkan diri. Maafkan saya, saya rasa saya tak bersedia. Saya lebih senang keseorangan tanpa ada sesiapa yg memberi perhatian lebih terhadap saya. Tapi saya nak awak tau awak antara lelaki yang terbaik yg pernah muncul dalam hidup saya. Awak rajin, gigih, tabah, kuat semangat. Mungkin awak deserved someone lagi better dari saya. Minta maaf. Dan saya juga nak awak tau yg saya tak pernah berhenti membaca blog awak. Teruskan ye :)
Buat MANS..
Pengenalan kita melalui YM memutikkan persahabatan yg cukup erat. Saya sangat selesa berkenalan dengan awak, walaupun kita tak pernah bersua muka. Dan saya tahu antara kita pernah wujud seketika satu ikatan 'lebih dari kawan' yg kita sendiri faham tanpa perlu mengungkapkannya dengan kata2. Tapi selepas beberapa ketika saya dapat rasa awak mula mengongkong saya, awak cuba mengubah saya menjadi org lain tanpa kerelaan saya sendiri. Dan entah kenapa perasaan sayang yang pernah wujud untuk awak dulu hilang secara tiba2. Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya tau perkara antara kita perlu dibincangkan dan saya akan menunggu masa yg sesuai untuk membincangkan perkara ini dengan awak. Maaf atas kekhilafan saya.
Buat ISS..
Bermula dengan SMS pertanyaan sebagai classmate, kemudian kita jadi sahabat baik yg sentiasa berkongsi masalah dan pendapat. Saya menyenangi awak sebagai seorang sahabat baik. Dan tipu untuk saya katakan yang saya tak sedar yang awak mempunyai perasaan terhadap saya, setelah apa yg kita lalui bersama selama ni. Tapi maaf saya berpura2 tak mengerti dan berpura2 tak nampak. Dan akhirnya awak memilih org lain walaupun awak akhirnya berterus terang tentang perasaan awak terhadap saya. Tapi saya tahu saya bukan untuk awak, setelah saya lihat awak gembira dengan pilihan hati awak sekarang. Janji dengan saya ya, kita tetap sahabat baik sampai bila2 dan saya sentiasa ada bila awak perlukan saya :)
Buat AD..
Request awak untuk berkawan dengan saya melalui FB satu masa dulu saya approve. Dan kita mula bertukar2 mesej. Walaupun tak pernah mengenali awak secara dekat, saya tahu awak seorang lelaki yg baik dan sopan. Ia terserlah melalui tulisan kata2 awak. Namun apa yg tidak saya jangka ialah awak meluahkan perasaan terhadap saya, sedangkan kita tak pernah berjumpa, tak pernah bercakap, sekadar berkenalan di ruang maya. Apakah selama ni saya seperti bagi hint dekat awak? Saya rasa tidak. Saya rasa saya melayan awak sama seperti org lain. Dan maaf saya seorang yg pesimis mengenai hubungan cinta alam maya. Dan saya juga rasa saya bukan untuk awak. Minta maaf ya.
Buat RSI..
Memandangkan saya tidak langsung mengenali awak, saya tidak approve request awak di FB. Tapi awak tak pernah berhenti menghantar request dan tak berhenti menghantar mesej terhadap saya. Saya hilang sabar dan mula memarahi awak. Tapi awak tak pernah putus asa malah menggunakan adik saya sebagai medium untuk berkenalan dengan saya. Malah melalui adik saya saya tahu awak sempat mencuri gambar saya di FB sebelum saya block awak. Dan awak juga meluahkan persaan terhadap saya. Apakah?? Kita tak pernah kenal pun. Mungkin salah saya kerana saya tak pernah bagi peluang langsung dekat awak untuk mengenali saya, tapi saya nak awak tahu perbuatan awak ni melampau. Maaf, untuk awak saya rasa sebagai kawan pun saya tak mampu.
Sekian untuk kali ini. Bukan niat org untuk mendedahkan kisah peribadi org untuk tatapan org ramai, tapi ini sahaja medium yg boleh org gunakan untuk menyampaikan rasa maaf dan isi hati org yg xpernah org luahkan selama ni kepada jejaka2 dia atas ni. Mungkin kisah di atas sudah lama, tapi org harap jika ada kekhilafan yg berpunca daripada org, sudilah kiranya dimaafkan. Dan org rasa anda semua deserved someone yang lagi better daripada diri org di luar sana, mungkin anda yg tak jumpa lagi. Sabarlah menanti dan mencari ye :)
Assalamualaikum wbt :)
p/s : Hati sudah rasa lega. Boleh sambung study kembali :)
10 April 2011
Finishing School : Lots of Memory Created :)
Checkpoint Kedua : Labcom FF3 Tingkat 5
Klu yg kitorg dpt untuk kesini ialah pergi ke work station, klik play. Otw tu kitorg jumpa Miss Noreen tunggu sorg2 kat tangga. Dekat labcom tu sangat banyak komputer, & kitorg kena cari satu2 komputer mana ada klu. Pastu Kak Sha jumpe satu komputer kat dekstop dia tulis 'Get your clue here'. Kitorg pun play video kat situ. Dalam video tu ada Miss Noreen, beliau suruh kitorg jumpe beliau kat tangga. Laaaaa.... tadi jumpe je beliau kat tangga tu kut. Lepas pergi kat tangga, beliau suruh kitorg buat perkataan 'Farmasi' dengan badan kitorg. So gambar kat bawah tu hasilnya. Jadi ke? Hehe.
Checkpoint Ketiga : Pantry Lecturer, FF1 tingkat 6
Sampai sini je kitorg nampak Mr Ewan ngan Cik Su dah tercegat luar pantry. Diorg mintak kitorg cabut 7 nombor. Lepas kitorg cabut, bila masuk pantry, kitorg tengok ada macam2 jenis buah ada atas pinggan yg bernombor. Oat ngan Nestum pun ada. 7 nombor yg kitorg dapat tu, ada buah cili, oren, mangga, oat, nestum pastu ada lagi la tak ingat. Rupenya sume benda tu akan diblender dan kitorg suma kena minum. Ya Allah... rasa dia toksah cakap la. Pijar mulut kut sebab pedas. Org dah terbatuk sebab oat tersangkut kat tekak. Erkkkk. Last2 sume habis. Next klu kitorg dapat, satu alamat kat KL. Kitorg pun blur jap. Rupa2nya kat Pavilion. Ada satu tempat kat fac ni kitorg panggil Pavilion. Okeh kitorg sume pun pegi situ.
Checkpoint Keempat : Pavilion
Kat Pavilion ni, kitorg nampak Miss Ruzi dah tunggu kat tangga. Nasib baik kat sini kena amik gambar je. Kitorg amik gambar, then baca klu. Klu dia bahasa inggeris, perkataan dia dipecah2kan kemudian disambung suka hati je. Penat gak nak figure out. Rupa2nya benda yg dimaksudkan dalam klu tu kereta. So next checkpoint kitorg pun pegi kat parking lot FF3. Tapi ada pulak 2 grup lain tenga tunggu turn. Takpela kitorg amik gambar lagi sementara tunggu turn.
Checkpoint Kelima : Parking Lot FF3
Actually kat sini kitorg kena kira jumlah parking lot kat situ. Tapi sebab dah nampak 2 grup before ni dah buat, kitorg tau dah kene buat apa so kitorg kira siap2 sementara tunggu turn hehe :P. Lepas Dr Nahlah suruh kira parking lot, kitorg pun buat2 kira. Bila dah dapat jawapan sume, Dr Nahlah tanya pulak 2 jenis drug untuk Hepatic Encephalopaty ngan Portal hypertension. Alamak kitorg sume memang tak ingat. Da google kat henfon baru dapat. Next klu kitorg, kitorg dapat kertas tulis bahasa melayu purba. Serius kitorg ingat bahasa jawa mula2. Kemudian kitorg pun assume next checkpoint kat tugu keris.
Checkpoint Keenam : Tugu Keris
Kat sini Miss Aida dah tunggu siap dengan payung merah. Kerja kitorg kat sini mula2 kena bergambar dulu. Kitorg pun buatla macam2 gaya, gaya Tugu Negara pun ada. Lepas amik gambar kiotrg kena jawab 3 teka teki, balas satu pantun ni dengan pantun jugak dan cipta slogan. Semua ni kitorg kena present last2 nanti. Miss Aida kata last checkpoint kitorg kat tempat mula2 tadi, iaitu DK. Before gi checkpoint last ni, kitorg solat asar & minum petang dulu.
Checkpoint Terakhir : DK, FF2
Kat checkpoint last ni kitorg kena susun puzzle. Puzzle kitorg ni terdiri daripada code subjek ngan nama subjek start dari sem 1 sampaila sem 7. Memang banyak gila kitorg tak ingat & macam biasa kene bukak tenet refer kat student portal. Akhirnya kitorg berjaya jugak setelkan puzzle ni dalam waktu yg ditetapkan sambil2 tu prepare untuk present kat depan kejap lagi.
Finally tamatla sudah sesi Explorace kitorg. Sekarang kitorg kena present kat depan gambar2 yg kitorg ambik sepanjang kitorg main tadi, beserta jawapan teka teki, slogan & serangkap pantun menjawab pantun tadi tu. Time ni lecturer2 akan pegang duit palsu ala2 saidina tu & kalo diorang rasa seronok atau best diorg akan bagi ikut berapa banyak diorang suka. So sape paling banyak kumpul la menang. Time ni memang kitorg satu kelas seronok tengok slideshow gambar2 yg diambil, sambil dengar pantun & slogan grup2 lain. Kelakar tengok macam2 kerenah grup2 yg semangat nak kutip duit dari lecturer. Yang paling lawak ada satu grup tu complete ada kak limah version bertelekung siap dengan usop naik wilcha. Memang grup tu yg buat dk riuh dengan gelak tawa & diorang gak yg dapat paling banyak duit. Serius lawak gila grup ni. Ada video dia tapi xleh share kat sini pulak huhu.
Kemudian lecturer pulak kena minum air blender yg tak sedap yg kitorg minum tadi. Sape minum paling cepat grup dia akan dapat markah tambahan paling banyak. Time ni pun riuh la jugak. Last sekali sume grup dapat hamper & kitorg pun makan beramai2 sambil snap gambar lagi utk last time. Serius finishing school ni sangat banyak mencipta memori dan org rase enjoy sangat main & ketawa sepanjang main aktiviti2 ni. Terima kasih banyak kat lecturer2 esp lecturer level 6 sebab sudi buatkan finishing school ni untuk kitorg :)
Sekian utk kali ni. Soryla panjang sangat. Moga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt.
p/s : Still tergelak2 tengok video 'usop wilcha' hahaha.
p/s 2 : Dah habis main semua baru tau oat yg diminum tadi rupenya ade binatang dalam bekas dia. Errkkkkk!
06 April 2011
I'm Done with SPA Interview! Alhamdulillah~
p/s : Harap2 ada peluang kerja kat HTAR.
04 April 2011
ABPBH & Usop Wilcha~
Kat paper ni kalo baca betul2 (sila zoom) kat situ tulis dia ni Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat gergasi yg terlibat dalam industri minyak & gas sejak empat tahun lalu. Ha jangan memain. Nampak je kat filem watak dia ni as lelaki lembut, tapi kat luar kerja pengurus tu. Kira memang betulla mesej yg dia duk cakap dalam filem 'Inilah pentingnya english education', hehe.
Ha ni link facebook terbaru yg diwujudkan sebaik sahaja ABPBH habis. Klik kat Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh ni ye. Beribu yg like kut. Gila cepat.
And kat bawah ni video Usop time ABPBH yg buat dia ni jadi satu fenomena malam tu. Ha silela layan.
02 April 2011
Selamat Tinggal Kawanku...
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Terasa nak update blog tapi taktau nk cerita pasal ape. Jadi sila la layankan lagu feveret org kat bawah ni ye. Sekali dengar lagu ni org terus addicted. Lirik dia menyentuh perasaan, ditambah lagi dengan jalan cerita mv yg sedih. To be honest, org nangis bila tengok part awal2 time budak2 ni nak berpisah. Suara dina dalam ni sedap dan mendayu2 & zizan rap pun not bad. He got talent. Oklah, cukup sampai sini, sila enjoy!
p/s : To my best friend who i left since long time ago, yes, this song is dedicated for you. Sorry for everything.