CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 April 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Adik Aminulrasyid...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Arwah adik Aminulrasyid

Baru2 ni, walaupun penulis sedang sibuk menghadapi hari2 peperiksaan, penulis masih lagi berkesempatan meluangkan masa membuka facebook. Lalu penulis perasan, banyak group di facebook yang berkaitan dengan nama arwah diatas baru sahaja diwujudkan. Penulis yang agak lama tak mengikuti isu2 semasa berasa agak curious, lalu penulis pun buka group2 tersebut dan membaca cerita2 berkaitan dengan arwah. Ada group yang menyokong arwah, ada group yang menyalahkan arwah. Penulis lantas menyelongkar semula arkib2 suratkhabar online, lalu membaca berita yang berkaitan dengan arwah..

Akhirnya, baru penulis tahu, arwah yang baru berusia 15 tahun, telah mati dalam kejadian kejar mengejar dengan polis lebih kurang jam 1-2 pagi pada 26 april 2010. Arwah telah ditembak di belakang kepala oleh salah seorang pihak polis yang sedang mengejar arwah yang sedang memandu kereta pada waktu kejadian. Kejadian ini dikatakan telah mencalar imej polis negara. Sehingga berita ini heboh diperkatakan oleh pihak polis negara luar. Penulis lalu beristighfar panjang. Dalam hal ini, siapa yang patut dipersalahkan? arwah atau pihak polis?

Penulis mencari maklumat lagi. Pihak polis mendakwa arwah disyaki penyamun kerana terdapat sebuah parang dalam keretanya. Malah arwah dikatakan ditembak kerana cuba mengundur untuk melanggar pihak polis tersebut. Arwah juga memandu tanpa lesen kereta, ditemani seorang rakannya. Polis juga mengatakan bahawa mereka cuba menembak tayar kereta arwah, namun tersasar lalu menembusi cermin kereta lalu mengenai kepala arwah. Arwah lalu terkulai disebelah rakannya sebelum kereta tersebut terbabas. Akhirnya rakan arwah yang cuba menyerah diri dibelasah pihak polis.

Kemudian penulis membaca pula dakwaan keluarga arwah yang disiarkan di media. Menurut ibu arwah, dakwaan menyatakan anaknya penyamun adalah fitnah semata-mata untuk menutup kesalahan pihak polis. Arwah merupakan anak yatim yang telah kematian bapa. Arwah sebenarnya seorang yang baik. Malah menurut jiran2, arwah seorang kaki surau, dan xpernah berkawan dengan kaki rempit. Arwah seorang periang yang mempunyai ramai kawan, keluarga arwah juga baik2, tak pernah melakukan jenayah. Cuma pada malam kejadian, menurut ibu arwah, arwah hanya melakukan kesalahan dengan keluar senyap2 dengan menaiki kereta bersama seorang rakannya untuk ke kedai mamak. Dan menurut kawan arwah yang merupakan satu2 saksi kejadian, arwah ingin menolong rakannya yang pancit tayar motor pada malam kejadian.

Namun, pada malam itu, kereta arwah tergesel dengan sebuah kereta mercedes sewaktu dalam perjalanan. Disebabkan tiada lesen, arwah berasa sangat takut lalu cuba melarikan diri. Terdapat sekumpulan motor yang mungkin rakan pemandu mercedes tadi cuba mengejar arwah, menyebabkan arwah semakin takut. Pada waktu itu arwah memintas sebuah kereta peronda, menyebakan kereta polis juga mengejar kereta arwah. Arwah bertambah takut apabila polis tersebut cuba menembak tayar kereta arwah. Dan pada waktu itulah, malang tidak berbau, sebuah peluru yang disasarkan menembusi belakang kepala arwah. Beginilah kejadian yang diceritakan semula oleh kawan arwah pada malam kejadian dalam laporan polis yang dibuat. Kalau nak tengok sila refer link ini.

Akhirnya penulis menyimpulkan, dalam hal ini, ternyata pihak polis yang salah. Salah kerana menembak orang awam sesuka hati. Bukankah menembak merupakan langkah terakhir jika penjenayah cuba mencederakan pihak polis? Lagipun bukankah sepatutnya tembakan tu sekadar mencederakan penjenayah, bukan membunuh? Lagipun tiada alternatif lain ke untuk menghentikan kereta arwah selain dari menembak? Arwah yang sekadar seorang budak berusia 15 tahun yang sedang berada dalam keadaan sangat panik tak bersenjata pun pada waktu itu. Dan kesalahan arwah yang hanya tidak mempunyai lesen memandu serta terlanggar sebuah kereta milik orang lain pada malam itu tak sepatutnya dibalas dengan tembakan sehinga mati.

Kalau betul tak sengaja pun, apa salahnya kalau pihak polis minta maaf secara terbuka? Malah pihak polis menabur fitnah dengan mengatakan arwah disyaki seorang penyamun apabila menemui parang dalam kereta arwah. Ok, dalam kereta ayah penulis pun ada parang kut, sebagai langkah berjaga2. Salah ke? Apalah yang seorang budak 15 tahun boleh lakukan dengan parang? Mungkin libas parang pun arwah belum mampu. Arwah adalah seorang budak lelaki bertubuh kecil. Lagipun keluarga arwah mendakwa tiada parang, hanya kasut dalam kereta arwah. Lagi satu, dakwaan mengatakan arwah mengundurkan kereta pun tak betul sebab waktu tu arwah dah pun meninggal ditembak. Kenapa arwah perlu diperlakukan sedemikian? kemudian setelah kematiannya arwah difitnah pula? Tak dapat penulis bayangkan betapa tergurisnya keluarga arwah apabla membaca kenytaan polis seperti ini..

Mendengar berita seperti ini, penulis rasa sedih dan teringat adik lelaki penulis yang lebih kurang sebaya dengan arwah. Pada umur 15 tahun, memang normal untuk seorang lelaki berkelakuan nakal, namun, adakah nakal mereka sehingga perlu dibalas dengan ditembak mati?? Apa dah jadi dengan pihak polis negara kita sekarang? Budak yang kesalahan tak seberapa ditembak mati, padahal ramai penjenayah yang selayaknya dihukum tembak sampai mati dibiar je dalam penjara. Apabila melakukan kesalahan, bukan nak mintak maaf, malah menyalahkan pihak lain. Menabur fitnah pada arwah yang telah meninggal. Bukan penulis tak tahu, polis negara kita bukan betul sangat. Konon nak menegakkan kebenaran, tapi sendiri tak sedar diri. Major gila rasuah, kaki fitnah. Hal ini bukan penulis buat andaian, namun diakui sendiri oleh rakan2 penulis yang ayah mereka bekerja sebagai polis. Ok. Mungkin bukan semua. Tapi sebahagian golongan polis yang berperangai macam nilah yang membuatkan rakyat memberi imej yang sangat buruk kepada pihak polis, sama seperti penulis.

Tapi apa nak buat, kejadian dah lepas. Kalau pun pihak polis tu nak mintak maaf ke, buat sidang akhbar ke, arwah bukan boleh hidup balik pun. Sama2lah kita berdoa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Ramai rakyat Malaysia yang menyokong arwah tak putus2 menyedekahkan Al Fatihah buat arwah. Dan mereka juga berharap pihak berkenaan mendapat balasan setimpalnya. Al Fatihah buat arwah adik Aminulrasyid..



Remaja macam ni pun polis anggap berbahaya hingga perlu dikejar bermati-matian dan ditembak hingga mati? Sungguh penulis xfaham...

Sekian post kali ini. Wassalam..


17 April 2010

Final Exam Around the Corner...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Maaf lama juga xupdate blog. Penulis sangat busy menyetelkan report2 research, project site hospital, lab2 report serta assignment dan juga menghadiri kuliah ganti pada minggu2 akhir nak final nih. Alhamdulilah, sume kerja sudah hampir siap sepenuhnya, dan kini penulis sedang berusaha menyiapkan diri untuk menghadapi final yang akan bermula pada 21 april 2010 ni...

Berikut adalah jadual final exam penulis untuk semester ni...

21/4 - Autocoid, Anti inflammatory Agents, Gastrointestinal Tract System and Pharmacotherapeutics <9.00am>

26/4 - Central Nervous System and Pharmacotherapeutics <9.00am>

28/4 - Toxicology <9.00am>

30/4 - Hospital Pharmacy <8.30am>

3/5 - Pharmaceutical Industry Practice <9.00am>

5/5 - Pharmaceutical Care <9.00am>

7/5 - Concept and Practice of Retailing <8.30am>

Buat pertama kali setelah 3 tahun, penulis berasa diri ini belum bersedia sepenuhnya dari segala aspek, baik fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan final ni. Perkara yg sama turut dirasai oleh rakan2 sekelas penulis. Apa2pun, penulis mendoakan segala yg terbaik untuk pelajar2 semester 6 tahun 3 PH210. Goodluck kalian semua. Dan doakan juga segala yg terbaik buat diri penulis ye? =)

Dan bermula 10 Mei ini, semua pelajar2 tahun 3 PH210 akan memulakan latihan industri selama 7 minggu di kilang2 yang telah dipilih. Penulis akan menjalani praktikal di CCM Duopharma Sdn Bhd bersama 2 rakan sekelas penulis, izha ngan kak iza. Doakan segala urusan penulis berjalan dengan lancar sepanjang 7 minggu ni, ye? Time kasih...

Sekian. Jumpe di post akan datang. Mungkin selepas tamat final. InsyaAllah... Wassalam..

p/s : Sem ni tak ada trip geng serumah macam sem2 lepas... huhu... sedih2..

10 April 2010

Clash Of The Titans...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Baru2 ni, selepas habis test autacoid, penulis bersama2 dengan rakan sekereta makan lunch di sunway pyramid kunun2 utk merelease tensen. Lepas lunch, memandangkan kaunter tiket wayang xberapa ramai org, kami ber5 akhirnya decide utk menonton filem baru yg sedang hot di pawagam sekarang. Tajuk filem tu seperti nama di atas. Release pada 2 April haritu. Penulis dh tengok trailer filem ni dulu, boleh tahan gak scene action dia. Ramai gak rakan2 yg dh tengok kata best. Cinema pun hampir penuh sampai ke seat depan sekali. Lalu penulis pun menonton filem ini pada jam 2.50pm..



Selepas 1jam lebih, berikut adalah apa yg dapat penulis simpulkan mengenai filem ini (amaran : ada spoiler. sape nk tengok baik jangan baca):

Yang best :

1) Scene Perseus (hero filem ini) melawan scorpion2 gergasi, Medusa, King Acrisius dan akhir sekali Kraken pada waktu klimax. Scene lawan Kraken paling best & mendebarkan.
2) Bagaimana si hero berasa teramat sedih apabila sume familynya mati dalam bot yg karam disebabkan Hades. Terer pelakon si hero menggambarkan kesedihan yg dirasai.
3) Bila Hades muncul. Effect bila dia muncul tu agak boleh tahan la. Banyak makhluk pelik2 macam kelawar keluar. Scary & meninggalkan kesan.
4) Bila kawan2 si hero berkorban agar si hero berjaya memenggal kepala Medusa untuk membunuh Kraken. Sian tengok ada yg berubah menjadi batu sambil tersenyum.
5) Bila tengok Kraken slow2 berubah jadi batu lepas tengok kepala Medusa. Proses tu slow sebab Kraken tu besar sangat tapi best sebab watak jahat dah kalah.
6) Happy ending. Si hero dapat bersama dengan 'guardian angel'nya yg dihidupkan kembali. Si hero refuse nak jadi dewa kat Olympian dan memilih utk menjadi manusia biasa & tinggal di bumi.

Yang xbest :

1) Watak2 dalam filem ni. Zeus, Hades, Poseidon, Anthena, watak2 ni adalah dewa mengikut mitos greek yg digambarkan sebagai 'Gods' dalam filem ni. Mereka tinggal di Olympian, tempat tinggal dewa. Si hero pula merupakan anak Zeus dgn manusia biasa. Orang Islam tolong jangan terlalu percaya & terikut2 dengan mitos greek ni. Sangat menyimpang dengan ajaran Islam. Kalau setakat nak tengok xpe.
2) Teknik CGI yang xberapa nak cun. Nak2 time Medusa. Nampak sangat xreal.
3) Bila ada scene fighting, gambar jadi kelam kabut. Xnampak sape yang tengah melawan tu & apa yg jadi. Xsemua scene, tapi ada sikit.
4) Xclear apa jadi kat Hades pada akhir cerita. Akhirnya baru tau dia dihantar kembali ke Underworld lepas baca kat internet. Ingatkan dia mati. Tapi kunun2 god dalam ni xleh mati.
5) Jalan cerita yg menyimpang dengan mitos greek yg sebenar. Zeus ngan Hades tak pernah bermusuh. Perseus sepatutnya end up ngan Andromeda, puteri yg dia selamatkan, etc2... Sape yg rajin google mitos sebenar greek sure tau.. (mcm penulis yg curious dengan jalan cerita ni, hehe)
6) Ada persamaan ngan filem Percy Jackson yg org duk kata best gak. Cuma filem Percy Jackson tu ala comey2, filem ni serius sikit. Stil watak Zeus, Hades, Poseidon tu ade.

So, tu je la penulis nk cerita. Tak tau nk update ape. Filem ni kalau nak mereleasekan tensen tu ok gak la. Penulis look forward nak tengok filem Ironman 2, The Last Airbender ngan Prince of Persia. Tapi xtaula dapat tengok ke tak. Sekian post kali ini. Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...