CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 January 2010

Semester ke 6 Yang...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini genap 5 hari penulis memulakan kuliah untuk semester ke 6. Buat pertama kali, penulis mula merasakan 'kegetiran' bergelar student farmasi selepas 2 tahun lebih berlalu. Baru kali ni penulis faham kenapa masa penulis part 4 dulu, senior2 part 6 selalu suruh bersedia awal2 dari segi mental dan fizikal... Disini penulis ingin berkongsi sedikit jadual serta subjek2 untuk PH210 semester 6..

Untuk jadual hari isnin, jadual kelas padat dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam. Mr Umelo siap suruh bagi clap kat diri sendiri sebab terpaksa menghadiri kuliah yang berturut2 untuk 14 jam. (Nasib baik hari isnin ada kelas tutorial, ada slot yg free). Untuk hari selasa dan rabu pulak, untuk subjek Hospital Pharmacy, penulis perlu bergerak menaiki bas ke hospital jam 7 pagi dan pulang jam 6 petang untuk melawat department2 hospital yg berkenaan...

Setiap pelajar semester 6 juga mendapat seorg supervisor untuk subjek Research Proposal. Syukur Alhamdulillah, penulis dapat Puan Nadia (dulu cik) sebagai supervisor bersama2 bekas bos penulis, shah. Nasib baik penulis dah biasa bekerja dengan Puan Nadia. Tajuk yang penulis dapat? 'Detection of Protein Changes in Female Reproductive System of Juvenile Sprague-Dawley Rats Treated with Different Dosage of Bisphenol A'. Panjang kan tajuk? Untuk research proposal ni, penulis kena kumpul banyak journal terutama daripada F.Vom Saal, dan penulis kena submit intro proposal waktu minggu ke3. Penulis juga mungkin perlu bermain2 dengan tikus2 lab yang menjadi bahan eksperimen nanti..

Dan untuk subjek Pharmaceutical Care, seluruh student part 6 dikehendaki mengadakan health karnival sebagai markah continuous assessment 10%. Maka kami decide untuk mengadakan program yg diberi nama BRAIN di Sunway Pyramid InsyaAllah 2 hari bermula 20 Februari. Penulis mendapat tugas untuk mencari maklumat tentang mental disorder dan present tentang penyakit tersebut di booth pada hari karnival. (Seronok dh tak payah jadi setiausaha, hehe) Mudah2an program ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang, amin...

Dan juga, report sepanjang penulis menjalani praktikal di farmasi pada cuti semester yang lepas perlu di submit. Dan of course, pelbagai assignment dan presentation menanti penulis untuk semester ini. Doakan penulis kuat menempuhi semester 6 ni ye. Terima kasih...

Sekian, Wassalam...

2 comments:

Sha said...

waaa pjg nye tjuk thesis hang..
sme2 la kite tabah hdpi hari2 yg mcbr ye wa..

p/s: ak pn beh krg cm ko..p xd la smpi mlm..

sollehhuddin muzaid said...

semester yang mantap...chill la..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...