CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 January 2010

Selamat Tahun Baru..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya penulis menyepikan diri daripada dunia blog ni... Baru2 ni atuk kepada penulis dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jangkitan paru2 dan juga jantung bengkak. Atuk penulis dah berumur 87 tahun dan beliau dimasukkan ke Hopital Pantai di Klang selama seminggu. Dalam tempoh seminggu itulah penulis bergilir2 menjaga beliau bersama syahmi, menyebabkan penulis jarang dapat online. Disebabkan ini juga penulis terpaksa kensel reunion dengan budak2 blok I dorm atas MRSM Terendak pada saat2 akhir. Kepada piqah, deeb, far, mai, ayeen, syae, mintak maaf xdapat datang.. ada rezeki kita jumpa lain kali ye...

Alhamdulillah, kini keadaan atuk penulis sudah semakin baik. Atuk sekarang menetap di rumah penulis. Disebabkan bergilir2 menjaga atuk selama seminggu juga hubungan atuk dengan penulis dan syahmi semakin rapat. Hubungan atuk dengan semua ahli keluarga penulis juga semakin erat. Syukur, ada hikmah di sebalik kejadian yang Allah ciptakan..

Hari ini 01/01/10. Tahun baru dah bermula. Penulis sudah menetapkan 5 azam baru yang perlu dicapai untuk tahun ini. Penulis segan nak nyatakan kat sini, tapi cukuplah sekadar menyatakan azam2 tersebut perlu dicapai untuk mengubah diri penulis menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Semoga azam2 ini dapat penulis capai tanpa banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi, amin...

Hari ahad penulis akan bertolak balik ke kampus puncak alam. Semester 6 akan bermula. Masuk sem baru ni, tinggal 3 sem lagi untuk penulis habiskan untuk menggenggam segulung ijazah, Bachelor of Pharmacy (Hons). Mudah2an perjalanan penulis selepas ini sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaan Allah..

Sekian. Jumpa ahad ni kawan2 serumahku! Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...