CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 November 2009

Praktikal Bermula..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni 25 November. Dah 3 hari penulis menjalani praktikal di farmasi. Awal pagi, selepas bersarapan, lepas tangan ibu dicium, penulis lalu memakai headphone, on MP4 & mengayuh basikal ke farmasi. Jarak sepanjang 1.5km tak terasa panjang. Penulis seronok menaiki basikal, menghirup udara segar pada waktu pagi, mendengar lagu2 korea feveret sambil melambai insan2 yg dikenali spnajang prjalanan...hehe

Tepat jam 10 pagi, penulis pun sampai ke farmasi. Mr Siva, my bos, baru je bukak kunci pintu farmasi. Lepas greet good morning, penulis pun masuk sambil tolong Mr Siva kemas2 apa yg patut. 5 minit kemudian, Yuga, Aunty Thelaga, Aunty Annie ngan Aunty Ili pun sampai.. (Yuga ngan aunty Thelaga staf, Aunty Annie promoter, Aunty Ili plak cleaner). Penulis pun greet mereka dengan good morning serta senyuman.. =)

Maka bermulalah kerja2 penulis.. Bila patient datang mintak ubat, kena record ubat apa diorg mintak, demographic diorg, apa yg Mr Siva suggest & nasihat kat dorg, dan juga indication ubat yg diberi. Sume tu kena masuk log book. 1 case note per day. Tapi dah 3 hari ni penulis salin dekat 15 case notes. Takpela kalo lbih skit kut...

Dalam 3 hari ni jugak, penulis berkesempatan membuat kerja2 lain, macam packing cream ngan tablet, tlong lap meja, jadi operator jawab telefon, dan yang paling penulis suka, boleh tolong cek blood pressure, cholesterol n glucose level patient2 yang nak. Seronok bila Mr siva bagi kepercayaan buat benda2 ni...

Dan yang penulis lagi suka, dalam tempoh 3 hari ni, penulis banyak jumpa kawan2 lama dan juga bekas2 cikgu sekolah rendah dulu. Syukur ada lagi cikgu yg masih ingat nama diri ini.. Ada makcik2 melayu yg suka bila penulis buat praktikal.. Mereka kata mereka bangga bila ada anak melayu nk jadi pharmacist.. Penulis pun rasa seronok...Bila lunch time, penulis beli food skali ngan staf2. Seronok bila ada org melayu, org india, org cina ngan org indon dalam grup kitorg. Macam2 ada. Diorg pun baik dan kelakar. Penulis rasa bertuah diberi peluang bekerjasama ngan mereka sume...

Pernah org sembang2 ngn Mr Siva. Org tnya pendapat beliau tentang kerja sebagai pharmacist kat hospital ngn bukak farmasi sendiri, apa pndapat beliau? Mr Siva pun cakap kalau bukak farmasi kena kerja lebih masa, gaji pun xmenentu. Kalo keje hospital waktu kerja fixed n gaji pun tetap. Beliau kata kalo perempuan better keje hospital. Nnti senang nk spend time ngn family. Penulis pun lama berfikir, hmmm... betul gak tu...

Oklah, sekian update utk kali ini. Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. Jangan makan daging banyak2 sangat, especially daging kambing... Nanti cholesterol level naik...hehe

Wassalam.. =)

19 November 2009

Pulang ke rumah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sudah hampir seminggu berada di rumah baru penulis berkesempatan utk mengupdate blog. Itupun disebabkan ada permintaan. Internet di rumah tak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan penulis terpaksa ke cc berhampiran untuk online. Dapat menatap semula wajah keluarga tersayang, menghirup udara di rumah (walaupun xsenyaman puncak alam) dan bermain semula dengan kucing2 merupakan perkara yg sangat2 menyeronokkan penulis.. =)

Oh ye, minggu depan hari isnin bermulalah praktikal penulis di farmasi. Perlu ke persediaan dibuat? perlu ke dibelek nota2 lama @ buku2 @ MIMS sebagai persediaan? tapi diri ini sangat malas nak buat itu semua... Ish... macam mana ni ye?

Dan satu perkara, disebabkan jarak farmasi yang agak hampir dengan rumah, penulis membuat keputusan untuk menaiki basikal sahaja ke farmasi, bukan menggunakan kereta. Seronoknya pagi2 mengayuh basikal ke tempat kerja, macam zaman dulu2 pulak. Dapat bersenam setiap hari disamping menjimatkan duit minyak kereta. Parking pun xpayah susah2 nk cari. Betul kan? =)

Sila doakan penulis berjaya menempuhi 3 minggu praktikal dengan baik. Best atau sebaliknya kita tunggu update yg akan datang. Takat sini dulu. Wassalam...

09 November 2009

Rahsia Hati si Gadis Yang Ingin Single...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alkisah sebuah cerita...

Si jejaka mengeluh. Surat yang dikirim kepada si gadis dipulang kembali. Beserta jawapan yang sangat ringkas kepada isi surat yang panjang berjela. 'Maaf. Tidak berminat.' Hajat si jejaka untuk menyunting si gadis sebagai teman istimewanya musnah sama sekali. Si jejaka mula mengenangkan si gadis. Ayu wajahnya. Bijak pula. Lemah lembut, sopan santun malah kuat agamanya. Siapa yang tidak mahu?

Si jejaka lalu menilai dirinya. Rupa rasanya sudah sedap dipandang. Berjawatan tinggi malah boleh dikategorikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas. Beragama, berbudi bahasa dan berperibadi baik bak kata orang. Kenapa si gadis menolak dirinya?

Ketahuilah si jejaka di luar sana, apabila si gadis menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta, mungkin bukan disebabkan si gadis tersebut jual mahal atau terlalu memilih. Akan tetapi, mungkin juga disebabkan perkara-perkara di bawah ini:

1) Si gadis ingin menyimpan sekeping hatinya, hanya untuk milik jodohnya, atau dengan erti kata lain, bakal suaminya satu hari nanti. Si gadis inginkan hati yang diberikan kepada bakal suaminya nanti suci tanpa pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki yang tidak berhak...

2) Si gadis tahu bahawa hukum bercouple itu adalah HARAM. Walaupun mungkin hanya sekadar ikatan hati tanpa melibatkan sebarang sentuhan antara lelaki dan perempuan, si gadis tahu bahawa jika sekadar merindui sahaja sudah melakukan zina hati. Dan hukum menghampiri zina adalah haram..

3) Si gadis tidak mahu rasa cintanya kepada Allah SWT, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakannya menjadi tidak adil disebabkan rasa cintanya terhadap seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya satu hari nanti..

4) Si gadis mungkin juga memendam perasaan terhadap si jejaka. Jika bukan jejaka tadi, mungkin terhadap jejaka lain. Bohong jika dikatakan si gadis tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki. Setiap wanita dilahirkan dengan perasaan untuk menyayangi dengan sangat mendalam. Namun perasaan malu dan ketinggian maruahnya menyebabkan si gadis memendam sahaja perasaannya dan berserah kepada Allah tentang jodohnya..

5) Si gadis mungkin merasakan si jejaka bukanlah insan yang tepat untuk dirinya. Baik dari semua segi. Naluri seorang perempuan selalunya tepat. Lantas jodohnya juga diserahkan kepada Allah untuk ditentukan..

Ketahuilah juga wahai si jejaka, pada seorang gadis, apabila si jejaka :

1) Sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan si gadis di dalam solatnya..
2) Memberikan kata-kata semangat apabila si gadis hampir berputus asa..
3) Sentiasa berkata-kata yang menyenangkan dan menggembirakan hati si gadis tatkala dirinya sedang sedih dan gelisah..
4) Begitu mengambil berat tatkala si gadis sedang sakit..
5) Sentiasa meminjamkan telinga, memberikan nasihat dan pandangan apabila si gadis sangat memerlukannya..
6) Mengingati tarikh lahir si gadis dan mendoakan yang terbaik pada hari jadinya..
7) Membantu si gadis seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan apabila diperlukan..
8) Dan akhirnya si jejaka memberitahu si gadis akan keinginannya untuk melamar si gadis pada masa yang sesuai..

Tiada apa lagi yang diperlukan oleh si gadis daripada si jejaka tersebut. Semua perkara di atas sudah lebih daripada cukup. Tiada kata2 sayang, manja, rindu dan ayat2 romantik diperlukan. Hanya sekadar perbuatan yang membuatkan si gadis tahu bahawa si jejaka menyayangi dirinya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan sebarang balasan...

Selalunya si gadis senang tertarik kepada si jejaka yang tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan sayang, kerana sesungguhnya ungkapan sayang daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan, baik sebagai kawan atau lebih daripada itu, amat tinggi nilainya. Dan biarlah hanya insan yang benar-benar berhak sahaja yang menerima ungkapan sayang daripada kita. Jangan biarkan ungkapan sayang daripada kita langsung tidak membawa sebarang makna kepada insan yang berhak mendapatnya kelak..

Sekian. Wassalam...

p/s : Si gadis dan si jejaka di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia. Jika ada hanya kebetulan sahaja. Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...