CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 September 2012

Mesej Buatmu... Wahai Si Pencuri.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Wahai si pencuri dan juga tukang pecah rumahku....



Seminggu dah berlalu, sejak insiden yang mungkin tak boleh untuk aku lupakan buat seumur hidup.


Kejadian yang benar2 menguji imanku sebagai seorang hamba, yang sepatutnya redha menerima apa sahaja qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.


Sejujurnya, rasa geram terhadap kau dalam hati ini, tidak pernah hilang. Apatah lagi bila barang2 yang kau ambil, adalah barang2 peribadiku yang sangat penting. Salah satu barang yang kau ambil, adalah barang paling mahal yang pernah aku beli menggunakan duit gajiku bekerja setelah hampir setahun. Dan baru seminggu lima hari aku berpeluang menggunakannya, dengan sekelip mata sahaja kau rampas.

Hilangnya barang2 tersebut, menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar terputus seketika. Tiada telefon untuk menghubungi keluarga dan kenalan. Tiada internet untuk aku mendapatkan berita2 terkini dan isu semasa. Tiada laptop untuk aku melaksanakan tugas2 dan laporan.

Tapi kau tahu sesuatu wahai pencuri?

Terputus seketika hubungan aku dengan dunia luar, menyebabkan aku banyak berfikir sendiri. Waktu bekerja kadang2 aku berfikir. Waktu memandu dan makan pun kadang2 aku berfikir. Aku berfikir tentang hikmah dan sebab kenapa Allah memilih aku, untuk menerima ujian ini.

Seminggu berlalu, cukup untuk aku muhasabah diri diatas dugaan yang telah menimpa. Mungkin Allah turunkan dugaan ini sebagai balasan diatas dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Mungkin dugaan ini adalah sebagai peringatan untuk aku yang semakin alpa dan lagha dengan godaan dunia. Atau mungkin juga dugaan ini adalah sebagai ganti untuk aku menerima sesuatu yang lebih baik. Aku tak tahu. Hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan jauh di sudut hati, aku tahu masih ada walau sedikit sifat mulia dalam diri kau wahai si pencuri.

Disaat aku sedang nyenyak tidur tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku di sekelilingku pada masa itu, kau hanya mengambil barang di tepi kepalaku tanpa langsung menyentuhku walau sedikit. Sedangkan kau boleh memperlakukan aku sesuka hatimu, kerana kudratmu yang mungkin jauh lagi kuat dari diriku .Kau juga boleh menyelongkar bilikku, dan naik ke tingkat atas untuk mengambil lebih banyak barang2 berharga milik kami berdua dalam rumah itu.

Tapi kau tak buat.

Malah, sebelum meninggalkan rumah kami, kau menutup pintu itu semula. Menutup semula gril yang telah kau kopak. Sedangkan sewaktu kau menutup pintu itu, kau tahu aku boleh terjaga disebabkan bunyi pintu yang agak ketat itu. Atau bunyi besi gril itu. Apakah kau risaukan keselamatan kami? Terutama aku yang tidur berhampiran dengan pintu itu?

Dan dompet aku yang kau curi, setelah kau ambil segala wang, kau tinggalkan di tempat yang sangat mudah untuk dijumpai semula. Kau biarkan ia terletak jelas di hadapan pintu rumah jiranku. Dan kad pengenalan, lesen, malah kad bank pun kau tidak ambil. Sedangkan banyak lagi keuntungan lain yang boleh kau peroleh dengan barang2 peribadiku itu.

Aku tahu kau berada dalam keadaan terpaksa wahai pencuri. Tiada manusia di muka bumi ini yang sengaja mahu membuat jahat kerana suka2, kerana sengaja ingin seronok.

Hartaku yang kau ambil tu, jika engkau perlukan demi melepaskan dirimu yang sedang dalam kesusahan, maka ambillah. Jika hartaku itu kau ambil demi memberi keluargamu sesuap nasi, maka ambillah. Aku izinkan.

Namun jika kau ambil untuk melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah, aku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus. 

Dan terima kasih kerana telah mebuka mata dan pintu hatiku, agar lebih bersyukur dan lebih berhati2 pada masa hadapan. Membuatkan aku sedar, yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekali Allah berkata 'Jadilah', maka tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolak takdir yang telah tersurat untukku.

Walaupun aku tahu mesej ini tidak mungkin akan sampai kepadamu, aku berdoa semoga suatu hari nanti kau akan sedar akan kesilapanmu. Dan aku berharap hari itu akan tiba juga. Amin.



-nadzwareina-

17 September 2012

Dugaan di Hari Jumaat.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Jika selama ini org selalu terbaca kat dada akhbar tentang kisah2 rumah dipecah masuk & barang2 dalam rumah habis dikebas pencuri, namun kali ini org berpeluang melalui sendiri detik2 seperti itu secara real punya.


Em, mungkin ramai kawan2 yg dah tahu pada jumaat pagi yang lalu, rumah arwah atuk yg org duduk dengan sorg housemate kat Batang Kali dipecah masuk pencuri.

Terjaga kira2 pukul 5 pagi (terlihat jam dinding), tangan org tergapai2 meraba tablet yang biasanya terletak di tepi bantal dalam keadaan gelap. Tiada. Malah handphone dan dompet yang turut berada di situ pun tiada.

Eh? Jatuh katil ke? Rasa2 diri ini tidur tak lasak pun.

Lalu dalam keadaan samar2 diri ini menjeling ke bawah katil. Tak ada apa2.

Diri ini terus duduk di atas katil. Mata masih melilau2 mencari barang2 tersebut yang mungkin tersembunyi bawah bantal dan selimut. Dan ketika itulah mata menangkap imej sofa yang kosong. Tiada bag laptop yang biasanya terletak di situ. Dan di tepi sofa itu, pintu belakang tu... pintu itu tak tertutup rapat.

Pada saat itu darah terus berderau. Jantung rasa nak meletup.

Terus diri melompat bingkas dari katil lalu menuju je pintu. (katil org di ruang tamu depan tv. katil ni arwah atuk selalu guna, sebab tu tak diletak dalam bilik. Dan org selalu tidur di sini kalau ada buat keje sampai larut malam)

Daun pintu ditolak. Kemudian gril di luar juga ditolak. Maka terlihatlah gril yang sudah kopak dipotong pencuri. Dengan mangga yang masih terkunci kemas di bahagian gril yang dipotong.

Ya Allah. Aku tak mimpi. Rumah aku betul2 dimasuki pencuri. Dan pencuri tu ambil barang2 yang betul ada kat tepi kepala masa aku tengah nyenyak tidur. Ya Allah. Ya Allah.

Org terus berlari naik atas kejutkan Atun, housemate org yg nyenyak tidur. Terus buka pintu biliknya yang tak berkunci, tanpa diketuk terlebih dahulu.

'Atun, atun, rumah kita kena masuk pencuri!' org beritahu Atun yang baru terjaga dan masih terpisat2 kat katil.

Dalam gelap org nampak Atun tergamam. Lantas dia bangun lalu menuju ke pintu yang telah dikopak. Dan dalam keadaan kelam kabut itulah, org terduduk di sofa. Buntu. Tak tahu apa yang perlu dibuat.

'Wawa, jom kita bagitau kat Mak Uda,' cadang Atun. Mak Uda adalah jiran kami yang tinggal di rumah belakang. Pada saat itu masjid berhampiran sudah membaca ayat2 suci Al Quran, sebelum memulakan azan subuh.

Kami bergegas menuju ke belakang. Ketuk pintu rumah Mak Uda. Mak Uda yang masih mamai membuka pintu. Setelah menceritakan apa yang berlaku, Mak Uda bergegas menuju ke rumah kami.

Dan kemudian selepas solat subuh, kami bergegas ke balai polis berhampiran. Membuat laporan polis.

Menurut polis, kampung tempat kami duduki tu tak pernah ada laporan polis tentang pecah rumah dibuat. Sedangkan Mak Uda selalu cerita ada je rumah dikampung itu dipecah pencuri.

Apakah org2 kampung di situ sebelum ini tak pernah buat laporan polis? Hati org bertanya sendiri.

Pada jam 8 pagi, dua org polis tiba di rumah membuat pemeriksaan dan mengambil gambar. Dan pada saat itu jugalah dompet org dijumpai semula berterabur isi kandungannya di tepi rumah Mak Uda. Mujurlah kad pengenalan, lesen, kad ATM tidak diambil. Tapi wang tunai & syiling semuanya lesap diambil pencuri.

Dan pada hari itu org dan Atun masuk kerja lambat, dalam pukul 10 pagi. Dan anggaran kerugian yang org alami adalah kira2 7 ribu termasuklah laptop & external harddisk, samsung galaxy tablet, handphone, dan wang tunai. Dalam laptop tu ada banyak report yang perlu dihantar. Dan tablet tu baru je 2 minggu dibeli. Org hanya mampu redha.

Apa yang lebih menggerunkan, bukan itu sahaja barang yang diambil pencuri dari rumah kami. Setelah memeriksa, Atun tersedar bahawa pakaian dalamnya yang disidai di ampaian luar juga hilang diambil si pencuri.

Pencuri ni saiko. Memang saiko.

Namun org dan Atun hanya mampu pasrah dan redha menerima musibah ini. Memang salah kami yang terlupa check pintu sebelum tidur. Dua engsel yang berada di pintu tu tak diselak, sebab itu dengan mudahnya selepas mengumpil gril, pencuri tu dapat masuk.

Tapi jauh disudut hati, org hanya mampu bersyukur tak terhingga sebab pencuri itu langsung tak apa2kan org. Hanya ambil barang dan berlalu pergi. Sedangkan dia punya peluang untuk merogol jika dia mahu. Dia boleh ikat kami berdua dan minta barang lain jika dia mahu. Dan andai org terjaga saat dia di dalam rumah, org mungkin akan jadi mangsa bunuh jika dia mahu.

Syukur Ya Allah. Meskipun ini antara dugaan terhebat yg org pernah terima, namun kejadian inilah yang memberi banyak pengajaran untuk org lebih berhati2 pada masa hadapan.

Dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang mengambil berat akan keadaan diri org selepas musibah ini. Juga saudara mara yang tak henti2 memberi nasihat supaya lebih berhati2 dan berwaspada. 



p/s : Sekarang ni duduk kat kampung belum tentu akan aman dan selamat.Hati2 dan check semua pintu rumah sebelum tidur ye.

02 September 2012

Selepas Sebulan Sehari...

Bismillahirrahmnirrahim...Assalamualaikum wbt..


Harini dua september 2012. Sebulan sehari dari tarikh kali terakhir org update blog ni. Kalaula blog ni ada application sawang timbul kat blog kalau lama tak update, sure dah tak nampak ape dah tulisan atas blog org ni kena tutup dengan sawang huhu.


Sebulan dah berlalu. Apa benda best yang jadi?


Bulan ramadhan, org sambut kali pertama sebagai seorang government servant. Penat tu toksah cakapla. Nak2 bila kena jaga kaunter farmasi dari pagi sampai petang. Tekak kering duk explain pasal ubat2. Lenguh kaki pun ye jugak bila asyik2 kena pergi merayau sana sini dalam farmasi atau kat ward kena handle perkara berkaitan ubat. Yang bestnya bila dekat2 buka puasa, pegi kat bazar ramadhan kat tengah2 pekan KKB. So muka2 warga hospital jugakla yg memenuhkan bazar tu. Doktor2, MA, staff nurse, patient2. Kalau dah bosan sangat beli kat bazar, masak je kat rumah. Tapi lagi banyak beli la sebenarnya. Penat le katekan (alasan). Pastu buka puasa reramai. Kejap ngan staf hospital, kejap ngan bebudak UiTM, kejap ngan bebudak sekolah rendah. Time terawih pegi masjid KKB. Takpun berjemaah ngan housemate kat rumah. Seronok.

Sambut raya tahun ni, kali pertama org bagi duit raya kat anak2 buah. Perasaan bila diorg beratur panjang2 pastu salam sebab nak duit raya, memang seronok tak terkata. Sebelum berbaris tu awal2 lagi diorg terus serbu bila nampak org kuar bilik pegang sampul angpau. Kelakar je diorang ni. Lepas make sure sume anak buah dua2 belah dapat, rupa2nya banyak lagi sampul angpau tak habis. Silap bajet lah pulak. Dan raya ketiga org dh pun start kerja balik so tak dapatlah nak beraya lelama sangat.

So sekarang ni, musim open house. Tiap2 minggu kena balik sebab nak pegi beraya rumah sedara, takpun pegi open house undangan kawan2. Dan sambil memenuhi undangan open house, memenuhi undangan perkahwinan pun ye jugak. Bila bukak fb je ada je notification jemputan ke majlis perkahwinan.


Dan bila org pikir2 balik, ramai member org yang dah bertunang & berkahwin rupanya.

Kalau buat list, memang ramai la. Kalau yang single mingle lagi ni memang boleh kira dengan jari (termasuk org la tu)

Sebenarnya rasa pelik bila tengok kawan2 sendiri, nak2 yang kita kenal sejak kecik, sejak sekolah rendah, teman main sama2, teman belajar sama2, dulu comot sama2, bergaduh sama2, sekarang dah cantik berhias tengah bersanding atas pelamin. Dan bersamanya ada seorang pasangan hidup yang sedang menemani di sebelah. Pasangan hidup yang Allah dah tulis sejak azali.

Serius, rasa pelik sikit. Rasa macam slow2 diri ni masuk ke zaman baru. (padahal memang dah tukar zaman pun tapi sendiri tak sedar)

Dan oktober ni, umur org genap 24 tahun. Dan seingat org, bila umur ibu 24 tahun, ibu dah pun bernikah dengan ba. Dan apa progress org? Jangankan tunang, boyfren pun tak wujud lagi.

Pastu tiba2 pikir, hm.. mungkin betulla kut aku ni dah terlambat sikit (sikit okeh, baru 24) Mungkin kali ni org betul2 kena serius cari teman hidup org yang mungkin sedang berlegar2 berkeliaran kat luar sana tu. Taktaula dia yang sesat atau org yang sesat tak jumpa jalan, yang pasti sekarang ni kitorg still belum ditakdirkan untuk bertemu antara satu sama lain la.


Atau mungkin dah je bertemu muka, cuma masih belum bertemu hati, nak buat cemana kan?


Haha takpelah. Tang pertemuan tu org serahkan pada Allah nak tentukan bila. Biar Allah decide bila masanya yang sesuai untuk org atau 'org tu' akan mula memainkan peranan penting dalam lovestory org yg Dia tulis.


But still, org akan mula berusaha slow2. Takdelah duk menanti dia nak datang bergolek. Tang jodoh pun kena usaha gak kan. Kalau dulu setakat nak pass exam universiti sanggup berusaha bermati2an, takkan nak duduk tengok je pasal soal masa depan kan? Tapi macam mana org nak usaha tu, biarlah org simpan sendiri eh :)




Ketika Allah menginginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Bukan salah satu - Ustaz Don Daniyal



Ok cukuplah org merapu sampai sini. Jumpa dalam post akan datang eh. Assalamualaikum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...