CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 March 2012

Apa Yang Buat Saya Rindu Zaman Belajar?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan org meninggalkan zaman universiti dan memasuki fasa pekerjaan. Cepat betul masa berlalu, tak terasa pun dah hampir 5 bulan. Kerja kat hospital semakin menimbun, dan bila balik rumah, rasa nak rehat je & tidur cepat. Org sedar, bila mula bekerja, org dah hilang satu enjoyment in life. Enjoyment yang org rasa waktu belajar dulu, yg org dah tak rasa sekarang. Rasa enjoy ketika melepak dengan kawan2 sesuka hati kita, pergi ke mana2 je yang kitorg nak dan pada bila2 masa. Sekarang ni rasa agak susah dah nak buat balik benda2 tu semua akibat kekangan kerja. Betul kan insan2 yang bekerja?

Ada sekali, org terbelek2 semula album2 lama kat facebook. Tengok betapa happynya muka2 kitorg waktu zaman belajar. Tak perlu nak stress melampau (except time nak exam ngan VIVA je). Terasa nak kembali ke zaman tu balik dan enjoy semula kehidupan as a student. Tapi apakan daya, hidup perlu maju ke depan. Habis zaman belajar, masuk zaman pekerjaan. Sambil melalui zaman pekerjaan, kita akan lalui satu fasa perkahwinan pulak. Eh?

Oklah, cukuplah melalut dalam 2 paragraphs di atas. Kat sini org list down apa yg buat org rindu zaman2 universiti dulu :)


1) Duduk dalam dewan kuliah (disamping itu tidur, baca novel, main handphone, laptop, PSP etc..)

Org sangat rindu nak duduk dalam dewan kuliah balik, berkumpul seisi kelas esp waktu pagi. Waktu pagi la selalunya, boleh nampak ramai student duk terlelap nak2 bila dapat lecturer boring yg ajar subjek dry (org tergolong dlm insan2 yg wajib tidur pada waktu pagi hehe). Bila lecturer tak masuk, time tu lah sume org main internet kat laptop ngan henfon masing2 (mentang2 dapat wireless free), baca novel la, yang bawak game main game la. Tapi yang paling best, kitorg satu kelas melantak jajan yang dijual oleh businesswoman dalam kelas kitorg, iaitu Ili Nadhirah hehe.




2) Meronggeng aka berjimba-jimba bersama teman2 serumah.

Biasanya habis kelas, kitorg beramai2 akan decide nak makan mana. Kalau memang free sampai malam, apa lagi, sasaran yang dituju mestilah ke shopping mall seperti Sunway Pyramid, OU, The Curve, JJ Bt Tinggi, paling koman JJ Bt Raja. Bila dah keluar pegi sana bukan takat makan je lagi, adela beberapa aktiviti tambahan macam tengok wayang, shopping beg, shopping kasut, tak pun window shopping je. Pastu dah petang2 sikit ataupun malam, baru ingat nak balik, hehe. Takpun kalau tak keluar, layan tv sama2 kat rumah. Takpun pegi pasar malam borong makanan ngan tudung sama2. Pastu rotate makanan satu bulatan. Hu rindu2.




3) Beraktiviti bersama rakan2 sekelas.

Kelas org agak ramai, dalam 100 lebih semuanya. Dan of course dalam 100 lebih org ni ada beberapa grup kecil yang lain. Melalui aktiviti2 kelas atau persatuan la kitorg boleh bercampur dan masuk je mana2 geng, asalkan kerja yang nak dibuat tu boleh settle on time. Takpun kalau ada member sekelas kahwin, maka satu kelas akan buat konvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin. Dan melalui aktiviti2 ni jugaklah akhirnya kitorg tau perangai masing2 yang selama ni tak pernah diexpect, yang pendiam rupanya kecoh gila, yang pemalu rupanya kuat gelak, macam2 lagi la. Dan akhirnya kitorg boleh masuk & kamceng dalam mana2 geng tanpa perlu rasa janggal & tak selesa. Kan seronok?




4) Trip di hujung semester bersama geng2 serumah/sekelas.

Setiap kali cuti sem menjelma, mesti ada je plan yang akan dibuat oleh kitorg, nak bercuti kat mana, sape nak jadi projek manager. Pastu buat discussion kat fb ngan YM, plan aktiviti nak buat apa, berapa lama nak pergi. Semangat je. Alhamdulillah selama empat tahun belajar, org dah selamat join trip2 pergi langkawi, pangkor, terengganu, johor, perlis, kuantan, melaka, dengan member2 sekepala. Cuma tak sampai sabah sarawak lagi je. Tu pun InsyaAllah ada dalam plan lepas habis PRP hehe.





5) Semangat kerjasama antara classmates menjelang musim peperiksaan.

Bila exam semakin hampir, maka soalan2 past year pun akan dicirculate dan difotostet oleh seisi kelas. Dan yang lagi bestnya, dalam kelas kitorg ada geng yang terdiri daripada student2 smart yang akan tolong buatkan skema jawapan dan upload ke dalam email batch (yup kitorg ada email batch sendiri, dimana kitorg share username & password). Skema jawapan ni kitorg panggil MIB (Modul InsyaAllah Berjaya) hehe. Selain skema jawapan, ada jugak student yg rajin buat short notes & upload jugak. So bila nak exam MIB & short2 notes ni la yang banyak membantu kitorg study. Dan yang bestnya, ada banyak kali jugak soalan exam yg keluar sebijik sama dengan MIB yang dibuat. Apa lagi bila habis exam semua kuar dewan tersenyum lebar la, hehe.






So inilah dia antara kenangan2 waktu belajar yang org takkan lupa. Actually banyak lagi, macam PBL tiap2 minggu, trip pergi hospital masing2 waktu pagi, tapi org shortkan. Bila dah masuk alam pekerjaan ni mungkin lain dah sikit pengalaman dia. Kenangan yang lain pulak yang akan org kutip & simpan. Tapi tak kisahlah walau kat mana pun kita berada, sentiasa hargai apa jua yang ada dan sesiapa yang sentiasa berada di sekeliling kita, sebab benda2 ni nanti akan jadi sebuah memori & akan kita kenang2 balik satu hari nanti :)



Till then. Assalamualaikum.

24 March 2012

Marilah Berbaik Sangka :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

 


Apabila berjumpa kanak-kanak
Anggaplah mereka lagi mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa...


Apabila berhadapan orang tua,
Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita...


Apabila berjumpa orang alim,
Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih banyak ilmu daripada kita...


Apabila melihat orang jahil,
Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya...


Apabila melihat orang jahat,
Jangan anggap kita mulia.
Katakan mungkin mereka akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.


Apabila bertemu orang kafir
Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. 




p/s : Dipetik daripada panduan Imam Ghazali untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia. Ayuh kita jadikan renungan bersama. InsyaAllah :)

02 March 2012

Apabila PRP Bertemu HO...


Wad Paediatrik 6A, 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Si PRP melilau-lilau di dalam wad mencari pesakit yang dimaksudkan. Pesakit cilik tersebut yang mengambil antibiotik vancomycin, perlu diclerk casenya untuk dipresent kepada preceptor. Apabila berjumpa dengan katil pesakit yang dimaksudkan, meja pesakit yang biasanya terdapat BHT (Bedhead Ticket) aka patient record file tidak kelihatan.

'Assalamualaikum staff nurse, ada nampak tak BHT patient katil 32 ni?' tanya si PRP kepada para nurse yang berkumpul sambil berbincang di suatu sudut wad.

'Waalaikumsalam. Oh, patient (tettttt) tu ye? Ha, ada kat sini, sekali ngan BHT lain,' kata staff nurse yang sudi bekerjasama tu.

'Kalau saya nak pinjam sekejap boleh? Ke staff2 nurse nak pakai?' tanya PRP dengan sopannya, dengan harapan untuk meminjam fail tersebut untuk beberapa minit.

'Ha boleh2, tapi kejap lagi HO kat sana tu nak pakai. Tapi buat sementara ni, pakai la dulu,' sambung staff nurse tersebut.

Kepala segera ditoleh memandang HO yang dimaksudkan. Beliau sedang khusyuk di meja menulis sesuatu.

'Okey, nanti dia nak pakai saya pulangkan,' kata si PRP sambil segera mengambil BHT tersebut menuju ke sebuah meja kosong yang berhampiran.  Segera kerja2 mengclerk case patient tersebut dijalankan. Note2 doktor dibaca (dengan keluhan dalam hati nak memahamkan tulisan diorang), beserta medication chart, vital signs dan beberapa info2 penting yang lain.

Sedar tak sedar, dah lebih 15 minit BHT tersebut dibaca oleh si PRP tersebut dengan khusyuknya. Tidak disedari HO di belakangnya sedang mencari2 BHT patient yang berada di tangannya.

'Em, awak, kalau saya nak pinjam BHT tu sekejap boleh?' suara yang tiba2 muncul di belakang PRP menyebabkan dia tersentak. Segera kepala ditoleh. HO tersebut sudah berdiri di belakangnya sambil tangan menunjukkan BHT di atas meja.

'Eh, boleh2 doktor. Sorry ye terpakai lama,' segera PRP mengemas BHT lalu diberikan kepada HO itu.

'Takpe2. Sorry ye ganggu. Saya pakai kejap je,' HO mengambil BHT lalu menuju ke katil pesakit. PRP kembali membelek2 note2 yang ditulis serta meneliti kembali senarai ubat yang diambil oleh pesakit.

Selepas beberapa minit, seperti yang dijanjikan, HO memulangkan kembali BHT pesakit dengan segera.

'Nah, habis dah, sorry ye,' katanya ringkas dan sopan sebelum menuju ke katil pesakit yang lain. Dengan ucapan terima kasih, PRP mengambil semula BHT tersebut sambil meneruskan kembali kerjanya yang tergendala.



Semenjak hari itu, setiap kali waktu petang, si PRP akan bertembung dengan HO tersebut di ward memandangkan kes pesakit tersebut perlu di follow up setiap hari. Tapi si PRP akan sentiasa memastikan BHT pesakit tersebut diguna dulu oleh HO, barulah si PRP akan mengambil fail tersebut. Dan selama seminggu lebih keadaan itu berlarutan, sebelum pesakit itu discharge dan PRP tidak lagi naik ke wad itu seperti biasa pada setiap petang. 




***


Si PRP berjalan pulang dari cafe bersama rakannya menuju ke bangunan farmasi klinikal. Ketika dalam perjalanan, dia bertembung dengan HO yang amat dikenalinya itu, sedang berjalan bersama2 dengan dua orang trainee.

'Eh, HO wad paed tu,' katanya dalam hati sebaik sahaja melihat HO yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. Wajah yang hari2 dilihatnya sewaktu di wad dulu. HO yang dimaksudkan turut memandang wajahnya.

Bertembung dengan 3 orang lelaki, si PRP sekadar berjalan menunduk, tidak memandang wajah lelaki2 yang berada di hadapannya itu.

Dan si PRP tidak tahu, dia bakal bertembung lagi dengan 3 orang jejaka yang sama ketika pulang dari cafe pada esok hari. Juga pada hari2 seterusnya. Even rakannya juga perasan akan hal itu.

'Eh wawa, kita macam selalu sangat jumpa diorang tiga tu kat sini, waktu yang sama pulak tu. Perasan tak?' tanya rakan si PRP.

'Perasan,' jawab si PRP ringkas sambil tersenyum.


***

Kali ini, si PRP sedang berseorangan pulang dari wad, apabila sekali lagi dia bertembung dengan HO yang sama di hadapan Jabatan X-Ray. 

Dan tanpa disangka2, HO itu yang sedang berjalan laju untuk masuk ke Jabatan X-Ray, memandang wajahnya sekilas, sambil mengukir senyum. Mungkin dia juga sudah mengecam wajah yang sudah banyak kali dilihatnya secara kebetulan itu.

Si PRP membalas senyum, sebelum wajah si HO hilang dari pandangan matanya.

Mungkin dia perlu tahu nama HO tersebut, supaya setiap kali mereka bertembung, mereka boleh menyapa satu sama lain. Tanpa perlu sekadar membalas pandangan dan senyuman, bisik si PRP dalam lubuk hatinya.


Sekian. 


p/s : PRP = Provisional Registered Pharmacist
        HO = Houseman Officer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...