CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 June 2010

Terima kasih CCM..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Lama betul rasanya penulis xupdate blog. Dulu sebab busy ngan praktikal. Jumaat lepas penulis akhirnya berjaya menamatkan 7 minggu praktikal dengan jayanya (jaya ke?) di company CCM Duopharma Biotech Bhd ini. Banyak sungguh yang penulis dapat daripada praktikal ni. Daripada menjadi translator, kemudian menjadi visitor setiap production rooms, kemudian menjadi reporter mereport apa yg penulis lakukan tiap2 hari, dan akhirnya menjadi presentor apa yg penulis dapat sepanjang praktikal ini. Alhamdulillah, tak terkira banyaknya ilmu dan pengalaman yang penulis dapat sepanjang 7 minggu ni..

Dulu, masa last day student UKM praktikal, diorang beli satu set donashi Big Apple dan belanja staf2 sterile production makan. Bila hari terakhir penulis hampir tiba, penulis xtau ape nak diberi kepada staf2 department penulis sebagai tanda penghargaan penulis. Lama berfikir, akhirnya penulis mendapat satu idea.

Akhirnya pada hari terakhir penulis bekerja, penulis membawa satu tupperware penuh berisi kek coklat dan bingka ubi. Kek dan bingka ni adalah hasil air tangan penulis sendiri. Penulis sangat lama xbuat kek, jadi ibu penulis la yang menjadi observer ketika penulis membuat kek dan bingka pada malam sebelumnya. Alhamdulillah, nasib baik menjadi.

Staf2 semua terkejut bila penulis kata penulis buat sendiri. Tak apelah, janji mereka semua makan. Nampaknya, mereka suka sangat kek dan bingka yang penulis buat. Masing2 asyik buka tupperware dan ambik satu. Asal lalu je ambik satu lagi. Sampaikan tersebar pulak berita penulis bawak kek dan bingka yang penulis buat sendiri hinggakan ada staf daripada department lain pun datang dan ambik. Abang zaki, en azizi, kak nurul, suma kata sedap. Kak mas siap mintak resipi. En azman pulak lepas makan xnak komen. Dia kata kat fb dia komen. Gembira betul penulis tengok mereka makan hasil buatan tangan penulis dengan seronoknya~ :)

Pada jam 5.45pm, penulis dah packing nak balik. Time tu major staf ada, macam tunggu je penulis nak ucap gudbye. Akhirnya penulis jumpa sorang2 dan ucap terima kasih. En azman pun ucap terima kasih dan bagi banyak sangat kata2 nasihat. Bila penulis dengar, penulis rasa sebak dan penulis rasa sendiri suara penulis bergetar. En azman perasan pulak nada suara penulis tu, lalu dia kata jangan sedih2. Boleh kontek thru fb pasni. Penulis salam kak mas dan kak nurul dan akhirnya penulis bagi sekeping kad thank you. Tapi penulis pesan bukak lepas penulis pergi. Lepas puas melambai dan berterima kasih, penulis pun pulang dengan rasa hiba. Time otw balik penulis terserempak abang zaki dan ramana. Syukur sempat jugak wish gudbye kat diorang sebelum balik.

Em, apa yang penulis tulis dalam kad tu? Isi kad tu adalah seperti dibawah..

Terima kasih Mr Krisna (Senior Manager & Pharmacist)..
Sebab beri peluang untuk saya menimba ilmu dan pengalaman di sini...

Terima kasih En Zaini (Manager)..
Sebab sentiasa tersenyum dengan saya bila kita bertembung di luar ofis..

Terima kasih En Thifla (Executive)..
Sebab selalu buat saya gelak dengan lawak entah ape2 En Thifla tu.. hehe

Terima kasih En Azman (Executive)..
Sebab selalu buat saya tersenyum bila saya curi tengok gelagat En Azman & En Thifla bila saya bosan..

Terima kasih En Azizi (Executive)..
Sebab selalu wish 'gudbye' kat saya dan trainee lain bila kami nak pulang...

Terima kasih En Jaffri (Executive)..
Sebab selalu bagi makanan free dan beri plaster kat saya time jari saya luka..

Terima kasih En Mohd Nor (Executive)..
Sebab buat saya seronok bila sekali sekala saya lihat muka serius tu tersenyum..

Terima kasih kak Mas (Clerk)..
Sebab selalu backup saya bila saya kena kacau dengan para executive..

Terima kasih Abang Zaki (Staf)..
Sebab selalu buat saya terhibur bila tengok abang zaki gaduh2 manja dengan kak nurul..hehe

Terima kasih kak Nurul (Staf)..
Sebab jadi orang pertama yang sudi bersembang dengan saya pada hari pertama saya disini..

Terima kasih Ramana (Staf)..
Sebab very caring bila dapat tau saya terdelete file SOP tu (Nasib baik dapat recover).huhu..

Terima kasih juga kepada En Khairi dan En Asri diatas ilmu yang dicurahkan sewaktu saya berkunjung ke production room..

Terima kasih tak terhingga ke atas segala ilmu dan budi baik yang telah dicurahkan sepanjang 7minggu saya di department ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Maaf jika saya ada buat silap dan tidak menyumbang apa2 kepada kemajuan department ini. InsyaAllah, jika umur panjang, saya mungkin akan kembali ke sini selepas 7 tahun nanti. Doakan saya berjaya dalam pelajaran ye.. :)

Tulah dia isi kandungan kad tu. Sebab tu penulis suruh mereka baca lepas penulis pergi. Harap2 mereka faham betapa besarnya penghargaan yang penulis berikan kepada setiap sorang daripada mereka menerusi isi kandungan kad tu. Sebab penulis sebak sangat pada hari terakhir tu, banyak yang penulis nak cakap tapi tak terluah...

Staf2 sterile department + student praktikal dalam kenangan..

Em, apa pulak komen en azman? dia kata bingka penulis buat sedap sangat sampai tak terkata. Sayang betul dia tak dapat rasa kek coklat penulis sebab dah habis. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi ye. Nanti saya bawak lagi bingka ubi ngan kek coklat, mungkin kali ni banyak sikit. Terima kasih sekali lagi :)

Sekian, wassalam..

06 June 2010

Gambaran Selepas Berlakunya Kiamat...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Penulis terbaca artikel di atas daripada sebuah blog. Kredit kepada penulis blog tersebut kerana berkongsi kisah yang sungguh menginsafkan ni dengan para pembaca blog beliau. Penulis terpanggil untuk share artikel ni dengan kawan2 di luar sana. Harap artikel ini dapat memberikan seribu keinsafan kepada kita, hamba Allah yang hina di bumi yang cuma sementara ini...


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain..Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
  • Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


*post ke 66 pada 6 Jun 2010*

Sekian, wassalam..

04 June 2010

Bila Kenangan Lama Menjelma..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kat CCM Duopharma, bila penulis keluar lunch, penulis mesti lalu tepi sekolah rendah agama penulis dulu. 4 tingkat, warna hijau putih. Setiap kali lalu mesti penulis renung sekolah tu sambil tersenyum. Banyak sangat kenangan manis penulis kat sekolah tu yang x mungkin penulis akan lupekan..Sampai hari ni penulis selalu terbayang2 kenangan tu.

Dulu penulis ada geng sendiri time darjah 4. Penulis, dan 2 orang lagi nama diorang Habibah dengan Saidatul Nadiah, Penulis darjah 4 dulu pengawas. Pakai kain kaler purple. Penulis tak ingat macam mana boleh tergeng dengan diorang. Tapi yang penulis ingat, sebelum kenal Bibah dengan Sai, penulis rapat dulu dengan sorang budak lelaki. Sebab dia ni pengawas jugak. Nama dia Naim. Kitorang baik sebab selalu dapat kerja satu grup sama2. Jaga garaj basikal sama2. Jaga pagar sama2.

Naim ni dulu mereng skit. Biasala budak belum matang la katakan. Kerja dia mengejek penulis je. Bibah pulak rapat dengan sorang budak laki. Nama dia Adam. Adam ni kira besfren dia la. Main tutup botol pun sama2. Bibah rapat dengan Adam sebelum kitorang jadi geng.

Sorang lagi budak lelaki dalam kenangan penulis, nama dia Farouk. Farouk pulak kawan baik Adam. Diorang sama sekolah kebangsaan. Farouk pun antara kawan baik penulis sebab dia ni ketua kelas. Kerja kitorang time tu sound budak2 yang suka bawak cyberpet dalam kelas. Tengah musim waktu tu, haha. Pastu kitorang selalu bersaing dalam pelajaran. Tapi dia selalu nombor 1. Penulis pulak selalu nombor 2. Tak aci betul.MySpace

Lalu Naim, Farouk dan Adam jadi macam satu geng, lebih kurang penulis dengan Bibah dengan Sai. 2 geng ni antara yang femes dalam batch la masa tu. Hehe. Dalam 3 orang budak laki tu, Adam yang penulis tengok matang sikit. Tak macam Naim dengan Farouk. Hobi diorang ni ialah memanggil penulis 'Sardin' kalau tengah bosan. Sebab nama depan penulis tu la kut. Penulis pun balas balik panggil 'Beruk'. Hahaha. Ada sekali tu, Naim dengan Farouk panggil penulis 'sardin' sampai penulis kejar diorang satu floor. Haha kelakar betul la kalau ingat balik.

Penulis ingat masa hari penyampaian hadiah darjah 4, penulis dapat pelajar perempuan terbaik darjah 4, Farouk pulak pelajar lelaki terbaik. Pastu kami berdua yang dapat hadiah paling banyak hari tu. Kitorg dapat 3 hadiah. Penulis dapat sekali hadiah nombor 2 dalam kelas, dengan hadiah untuk pengawas. Farouk dapat hadiah nombor 2, dengan jadi ketua kelas. Penulis ingat lagi, start dari sini hubungan penulis dengan Farouk mula rapat. Mungkin sebab waktu nilah kitorang paling banyak berkongsi kegembiraan. Tak terluah betapa happynya kitorang time tu. Masing2 tersenyum je memanjang. 3 kali naik pentas le katakan. Hehe.

Bila naik darjah 5 dan 6, dah mula timbul gosip. Sume sebab ada sorang minah kepochi dalam kelas kitorang. Penulis dengan Farouk, Bibah pulak dengan Adam. Sai ngan Naim xde la pulak kan orang nak gosipkan. Xfair langsung. Bila dah timbul gosip, penulis kadang2 jadi malu. Farouk pun sama. Kalau dulu kitorg selalu je cakap, siap bertekak dan mengejek lagi, tapi bila dah darjah 6, kitorang dah tak bercakap sangat. Lagipun kitorg dah terpisah kelas. Sedih betul. Tapi setiap kali penulis balik dengan basikal, Farouk yang tunggu kat luar pagar mesti tegur penulis. Time balik jela kitorang ada peluang nak bercakap.

Beberapa hari sebelum cuti sekolah darjah 6 mula, kitorang satu geng ade tukar2 hadiah. Tapi masa tu belum lagi ada rasa sedih nak berpisah. Sebab time tu belum matang lagi. Tak terfikir pun nak ambik gambar ke, nak tulis2 ucapan terakhir ke. Tapi penulis ingat sangat hari terakhir darjah 6 tu hujan. Hujan tulah yang mengiringi perpisahan kami 6 orang ni..

Lepas habis skolah rendah, nasib baik kitorang still dipertemukan. Penulis jumpa Naim time form 1, dia amik hadiah UPSR. Farouk, time kitorg form 3 dia datang sekolah penulis time pertandingan sekolah2 JAIS. Dia wakil syarahan skolah dia, penulis pulak wakil kuiz. Bila jumpa balik kat sekolah penulis yg jadi tuan rumah time tu, memang kitorg terkejut sangat2. Tak sangka betul. Adam pulak penulis jumpa waktu ujian bertulis nak masuk MRSM. Kitorg cuma sempat pandang, xtegur pun. Sai pulak langsung terputus hubungan. Dengan Bibah je yang penulis selalu kontek.

Sekarang, 10 tahun dah berlalu. Banyak benda dah berubah. Naim sekarang kat Mesir sambung Medic. Farouk kat Australia sambung TESL. Adam kat France sambung Geology. Penulis kat Farmasi UiTM, Bibah kat USM sambung Food Tech, Sai lak sambung kat Kolej Profesional MARA, amik Business. Nasib baik jumpa fb Sai. Actually penulis ada jumpa diorang ni sume kat fb. Tapi biasala kan, sebab busy, kitorang xselalu ada peluang bertegur sapa. Masing2 senyap je sekarang.. Sebab tu kadang2 penulis selalu berangan, kalau dapat kembali ke zaman skolah rendah dulu, kan seronok? MySpace

Nilah gambar ahli 2 geng kitorg. Dari kiri : Adam, Naim, Farouk. Sai, Bibah, Wawa.
( penulis cilok gambar diorang kat fb ngan frenster. Harap2 diorang xmarah )

Sekian coretan penulis kali ni. Seronok mengimbau kembali memori lame. Jumpe lagi. Wassalam..

* Tiba2 rasa nak tuka layout baru. Tuka angin =)*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...