CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 January 2010

Sekadar Update Tanpa Isi Penting...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Skrg ni jarang2 betul penulis update blog kan? Masa bru2 buat blog dulu, hari2 rajin je nk update. Em, disebabkan keadaan internet yg mgizinkan penulis update pada pagi2 ni, beserta insomnia penulis menyerang lagi, maka penulis pun mengambil ksempatan ini utk mmbuang sawang2 yang dah lama ada kat blog ni, hehe...

Prkmbangan terbaru? Em, penulis dah slamat ke hospital kajang utk 2 hari utk praktikal hospital pharmacy.. so far sume ok, just penat sbab hosp jauh sgt.. 1 jam 30min dari puncak alam (tp xpe sdap je tdo dlm bas tu).. Research proposal pun, intro punya draft dah siap dan dh diantar minggu lepas, pkul10 nanti nk jumpa puan nadia utk bincang isi2 research seterusnya, dan macam biasa, slide2 presentation beserta karnival BRAIN yg bakal menjelang, kerja2 tu yg penulis setelkan skrg.. Jadi hidup penulis dah tak selapang sem2 lepas...

Baru2 ni,ada satu perubahan besar yg penulis sedar berlaku dalam diri penulis. Perubahan emosi. Baru2 ni perasaan penulis menjadi sangat sensitif. Apa yg org lain ckp lepas skit, penulis senang sangat terusik. Bila ada org buat silap sikit, marah dalam hati ni meluap2. Pernah sekali tu penulis dengar satu lagu melayu ni, sedih sangat lirik dia, sampaikan penulis menangis dengar lagu tu. Agak kronik kan? Tapi penulis tak akan tunjuk terang2 apa penulis rasa tu pada org lain, cuma simpan sendiri2 je. Mungkin sebab ini la penulis rasa 'sakit'. Sebab perubahan emosi ni juga ada kawan2 yg perasan penulis skrg dah jadi blur, diam, asyik termenung... Jadi kalau ada kawan2 penulis yg terlihat keadaan penulis seperti di atas, faham2 sendiri ye. Terima kasih...

Sekian sahaja update kali ini. Tak tau la update seterusnya bila. Esok? Lusa? Minggu ni? Minggu depan? Bulan depan? kita tengok la nanti camne. Terima kasih ye sebab sudi baca celoteh penulis yang xde input2 berfaedah ni...

Wassalam..

08 January 2010

Semester ke 6 Yang...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini genap 5 hari penulis memulakan kuliah untuk semester ke 6. Buat pertama kali, penulis mula merasakan 'kegetiran' bergelar student farmasi selepas 2 tahun lebih berlalu. Baru kali ni penulis faham kenapa masa penulis part 4 dulu, senior2 part 6 selalu suruh bersedia awal2 dari segi mental dan fizikal... Disini penulis ingin berkongsi sedikit jadual serta subjek2 untuk PH210 semester 6..

Untuk jadual hari isnin, jadual kelas padat dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam. Mr Umelo siap suruh bagi clap kat diri sendiri sebab terpaksa menghadiri kuliah yang berturut2 untuk 14 jam. (Nasib baik hari isnin ada kelas tutorial, ada slot yg free). Untuk hari selasa dan rabu pulak, untuk subjek Hospital Pharmacy, penulis perlu bergerak menaiki bas ke hospital jam 7 pagi dan pulang jam 6 petang untuk melawat department2 hospital yg berkenaan...

Setiap pelajar semester 6 juga mendapat seorg supervisor untuk subjek Research Proposal. Syukur Alhamdulillah, penulis dapat Puan Nadia (dulu cik) sebagai supervisor bersama2 bekas bos penulis, shah. Nasib baik penulis dah biasa bekerja dengan Puan Nadia. Tajuk yang penulis dapat? 'Detection of Protein Changes in Female Reproductive System of Juvenile Sprague-Dawley Rats Treated with Different Dosage of Bisphenol A'. Panjang kan tajuk? Untuk research proposal ni, penulis kena kumpul banyak journal terutama daripada F.Vom Saal, dan penulis kena submit intro proposal waktu minggu ke3. Penulis juga mungkin perlu bermain2 dengan tikus2 lab yang menjadi bahan eksperimen nanti..

Dan untuk subjek Pharmaceutical Care, seluruh student part 6 dikehendaki mengadakan health karnival sebagai markah continuous assessment 10%. Maka kami decide untuk mengadakan program yg diberi nama BRAIN di Sunway Pyramid InsyaAllah 2 hari bermula 20 Februari. Penulis mendapat tugas untuk mencari maklumat tentang mental disorder dan present tentang penyakit tersebut di booth pada hari karnival. (Seronok dh tak payah jadi setiausaha, hehe) Mudah2an program ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang, amin...

Dan juga, report sepanjang penulis menjalani praktikal di farmasi pada cuti semester yang lepas perlu di submit. Dan of course, pelbagai assignment dan presentation menanti penulis untuk semester ini. Doakan penulis kuat menempuhi semester 6 ni ye. Terima kasih...

Sekian, Wassalam...

01 January 2010

Selamat Tahun Baru..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya penulis menyepikan diri daripada dunia blog ni... Baru2 ni atuk kepada penulis dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jangkitan paru2 dan juga jantung bengkak. Atuk penulis dah berumur 87 tahun dan beliau dimasukkan ke Hopital Pantai di Klang selama seminggu. Dalam tempoh seminggu itulah penulis bergilir2 menjaga beliau bersama syahmi, menyebabkan penulis jarang dapat online. Disebabkan ini juga penulis terpaksa kensel reunion dengan budak2 blok I dorm atas MRSM Terendak pada saat2 akhir. Kepada piqah, deeb, far, mai, ayeen, syae, mintak maaf xdapat datang.. ada rezeki kita jumpa lain kali ye...

Alhamdulillah, kini keadaan atuk penulis sudah semakin baik. Atuk sekarang menetap di rumah penulis. Disebabkan bergilir2 menjaga atuk selama seminggu juga hubungan atuk dengan penulis dan syahmi semakin rapat. Hubungan atuk dengan semua ahli keluarga penulis juga semakin erat. Syukur, ada hikmah di sebalik kejadian yang Allah ciptakan..

Hari ini 01/01/10. Tahun baru dah bermula. Penulis sudah menetapkan 5 azam baru yang perlu dicapai untuk tahun ini. Penulis segan nak nyatakan kat sini, tapi cukuplah sekadar menyatakan azam2 tersebut perlu dicapai untuk mengubah diri penulis menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Semoga azam2 ini dapat penulis capai tanpa banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi, amin...

Hari ahad penulis akan bertolak balik ke kampus puncak alam. Semester 6 akan bermula. Masuk sem baru ni, tinggal 3 sem lagi untuk penulis habiskan untuk menggenggam segulung ijazah, Bachelor of Pharmacy (Hons). Mudah2an perjalanan penulis selepas ini sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaan Allah..

Sekian. Jumpa ahad ni kawan2 serumahku! Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...