Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
Sedang diri ini membelek2 laman mukabuku, sesekali mata ini tertumpu ke arah beberapa status yang agak menarik perhatian mata.
Kerana apa?
Kerana isi kandungan status tersebut yang mendatangkan rasa yang agak 'menggelikan' seketika saat membacanya.
Status yang berkisar tentang kisah cinta tuan empunya status. Tuan empunya status yang sedang asyik dilamun cinta. Sedang diserang cemburu kerana buah hati tersayang diganggu gadis/lelaki lain. Sedang bergaduh dengan si buah hati akibat perselisihan pendapat. Kadangkala siap disertakan dengan gambar. Dimana status di mukabuku sudah diibaratkan seperti diari laman maya, cuma diari ini adalah untuk tatapan umum, bukan lagi hanya untuk diri sendiri seperti yang sepatutnya.
Dan ironinya, status2 seperti ini kebanyakannya datang daripada remaja2 yang berumur belasan tahun, masih lagi di sekolah menengah. Belum lagi menjejak kaki ke menara gading. Baru sahaja beberapa belas tahun hidup di atas muka bumi ini, namun pengalamannya seolah sudah hidup berpuluh tahun lamanya.
(kenapa org boleh friends dengan mereka ni dalam mukabuku? kerana org punya adik berumur belasan tahun juga)
Gambar2 yang disertakan, ada diantaranya mampu meloyakan tekak, secara jujurnya. Belum punya ikatan sah, sudah berlaga pipi, berpegang tangan, duduk rapat2, berjalan2 di pusat beli belah pada hujung minggu (disebabkan hari lain mereka ni bersekolah). Pusat beli belah yang terkemuka pula, seperti di Pavillion (tak pernah jejak kaki pun kat sini), Mid Valley, OU. Dan dengan fesyen terkini yang agak menyakitkan mata.
Kemudian minda terimbas kembali saat diri ini berumur lebih kurang sebaya dengan mereka. Melepak di mall? jarang2 sungguh. Duit pun mengharap ihsan mak ayah, kenalah berjimat cermat. Pada saat itu diri terkurung di asrama, asyik disuruh belajar untuk score exam dengan cemerlang. Ada teman lelaki? Jauh sekali. Ada beberapa orang kawan baik lelaki pun rasa dah bersyukur. Sekurang2nya kalau dalam kesusahan bolehla juga minta tolong.
Kadang2 terlihat juga remaja2 ini yang punya gadget canggih, pakai smartphone yang bukan murah. Siap dengan pakej internet. Casing yang colourful. Dalam tandas pun boleh snap gambar. Dalam kereta pun boleh update status fb dengan twitter. Teringat diri ini yang cuma memiliki handphone lepas tamat SPM. Kenal internet pun waktu2 itu juga.
Generasi sekarang dah berubah. Mungkin dah tak relevan untuk org compare diri org masa zaman dulu dengan zaman sekarang. Cuma org akui, org kadangkala terkejut bila melihat generasi kini yang semakin advance, jauh meninggalkan org yang masih terkapai2.
Dan dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi zaman itu akan semakin advance dari zaman kini. Dan org pasti akan lebih terkejut berbanding sekarang. Mungkin org dah perlu prepare dari sekarang, supaya tak terlalu terkejut bila masa itu tiba.
Dan sekarang org faham apa ibu dan ba rasa. Dan sekarang org baru tersedar yang org ni dah semakin tua rupanya.
Sekian.
p/s : Lama betul rasanya tak update blog.