Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Hari Sabtu menjelma lagi. Hari yang ditunggu2 oleh insan2 yang bekerja untuk berehat dan menghabiskan masa kat rumah. Orgla contohnya, hehe. Untuk hari Sabtu ni org mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah org kat Klang. Terasa nak berehat kat sini je. Memandangkan housemate org, Atun selamat dah pulang kat rumah keluarganya kat Bangi, maka weekend ni org akan habiskan masa berseorangan kat rumah pusaka tinggalan arwah atuk & nenek org ni. Oh ye buat mereka yang tak tahu, setelah memulakan posting di hospital KKB, org menetap di rumah arwah ni yang terletak di Batang Kali.
Duduk berseorangan kat rumah, org habiskan masa online, sambil2 tu layan tv, sambil tu bukak buku gak untuk study. Bekerja sebagai pharmacist menyebabkan org perlu sentiasa tahu tentang semua jenis drugs yang ada kat luar sana. Dah bosan buat kerja2 seperti yg dinyatakan kat atas tu, org terasa nak kemas2 rumah tinggalan ni. Waktu weekdays memang serius tak berapa nak sempat kemas rumah ni. Pagi2 pukul 7 lebih dah keluar rumah, malam pulak lepas makan dan study org dan Atun terus tido.
Org pun masuk bilik arwah atuk dan nenek yang terletak kat tingkat bawah. Jarang2 sungguh masuk bilik ni. Sambil mengangkut penyapu, org kemas2 dan menyusun2 barang2 tinggalan arwah. Ada banyak sangat baju yang terlipat kat rak. Ada baju kurung kedah dan kain batik milik arwah wan. Ada jugak serkup kepala yang wan gunakan nak tutup rambut. Dan waktu ni terus je memori org ni terkenang kat arwah wan.
almari & rak baju arwah wan
Arwah wan org sangat lembut orgnya. Org ingat masa kecik2 dulu org prefer tido ngan arwah wan bila org pulang ke kampung. Arwah wan masak sedap sangat. Kalau arwah wan masak lauk ikan masak asam, org memang akan tambah nasi sampai 2, 3 kali. Arwah wan dulu pun sangat tabah orgnya. Dulu arwah kena kayap, kadang2 arwah wan singkap baju untuk tunjuk kayap tu kat org. Org nampak arwah wan berkerut menahan sakit. Tapi wan dah pernah mengeluh atau merintih. Selain kayap, arwah wan juga menghidap diabetes. Org ingat lagi, arwah wan meninggal dunia pada bulan februari tahun 2010. Masa tu org dah siapkan minit mesyuarat nak pergi meeting persatuan kat fac, pastu ibu pun call kata arwah wan dah pergi. Org pun terus balik time tu gak.
Kemudian org bukak pulak almari dalam bilik tu. Penuh dengan baju arwah atuk. Ada banyak baju kemeja dengan batik. Arwah atuk org ni sangat smart orgnya. Dan arwah atuk org ni baru je pergi tahun ni disebabkan kanser. Kalau waktu arwah wan meninggal dulu org tak berapa menangis sangat, tapi bila arwah atuk pergi, org menangis agak teruk since dalam bas lagi nak pulang ke kampung. Sebab atuk dah tinggal kat rumah org kat Klang agak lama waktu arwah tengah sakit. Org pun dah terlalu lama jaga arwah atuk masa kat rumah dan kat hospital, siap masakkan lagi juadah untuk atuk dulu.
almari baju arwah atuk
Dan memori2 org ngan arwah atuk & arwah wan semakin banyak yang muncul bila org jumpa beg Haji yang tertulis nama arwah atuk & wan, beberapa buah AlQuran & yasin yang biasa dibaca oleh arwah waktu mereka hidup dulu dah berhabuk kat atas para, barang2 yang arwah atuk gunakan untuk berkebun ada banyak kat bawah katil, dan selipar dan sejadah kegemaran arwah. Serius, waktu ni terasa sangat2 rindu dengan arwah atuk dan arwah wan.
Mungkin ini hikmahnya org ditugaskan bekerja kat Hospital KKB. Org dapat tinggal kat rumah pusaka ni setelah terlalu lama rumah ni dibiarkan kosong, sambil menjaga dan membersihkan semua barang2 tinggalan arwah. Rumah yang sudah terlalu lama sunyi dan 'mati' ni 'hidup' semula setelah org dan Atun tinggal kat sini, bak kata pakcik & makcik org. Dan betul, kadang2 org terasa macam dua2 arwah masih hidup, sambil berjalan ke hulu kehilir dalam rumah ni macam masa org masih kecik, walaupun org tau apa yg org rasa tu tak lebih dari sekadar memori.
Bersemadilah dengan tenang disana wahai arwah atukku, Jamaluddin bin Abdullah dan arwah wanku, Khadijah binti Mohd. Semoga roh atuk dan wan ditempatkan dikalangan org2 beriman. Wani akan lawat kubur atuk dan wan bila ada kelapangan nanti, InsyaAllah :)
0 comments:
Post a Comment