30 March 2012
Apa Yang Buat Saya Rindu Zaman Belajar?
20 July 2009
Kelas terakhir Dr Mina...
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Semalam, (ptutnye 'hari ni' sbab after 12.ooam) org tido lebih kurang pukul 2.ooam. Agak lambat jugalah utk org yg ada klas jam 8.3oam nanti. Baru jam 12.28am org nk naik ke katil, tibe2 my big bos call, mntak buat surat urgent, hntar kat timb pengarah HEP, nk by tomorrow morning. Baik bos, arahan diterima. Dengan lemah (sbb otak dah mindset nk tido) org pun bukak laptop n taipla surat yg diminta tanpa banyak soal... xpela wani, memang ur duty kan?
Time buat surat jugalah, my lady bos pulak call. Nak bagi takwim SOPHYS time tu gak, sebab maybe esok beliau tak dpt menghadirkan diri ke kelas.. (nape ye kak mun? hehe) Jam menunjukkan 12.40am. Ok. Boleh. Xde hal. Kak Mun pun datang antar takwim. Dan time org buat surat sambil mengisi takwim (nak hantar kpd penasihat SOPHYS rabu ni), someone menghantar mesej gudnite pula. Jadi pada waktu itu, org menaip surat, mengisi takwim dan membalas mesej pada waktu yg sama. Terer x? hehe.. =p Setelah sumenya selesai lebih kurg jam 2.00am, org pun tido..
Jam 5.00am pulak, org terjaga. Pastu lgsung xleh tido. Xpelah. Pegi sahur. Pastu xboleh tido gak lagi. Sape suruh sahur minum nescafe? Mana nak tidonye.. Akhirnya pas bersahur sampaila ke 8.30am, org xdapat lelapkan mata. Jadi, org tido hanya 3 jam semalam. Org kena tido paling kurang 4 jam baru otak leh function well keesokan harinya. Xpe2.. Sabar ye wani. Mulakan hari anda dengan senyuman, meskipun senyuman itu palsu semata-mata.. =) (hehe..)
Kelas Dr Mina, or nama penuhnya Dr Minaketen Tripathy yg berasal dari India, adalah kelas yg ditunggu2 sume pelajar fakulti farmasi part 5 setiap pagi Isnin (yeke? haha) Kelas beliau bermula jam 8.30am dan berakhir jam 10.20am. Hari ni hari terakhir kelas beliau sebab next week lecturer lain pulak masuk utk topik lain. Hari ni beliau menyambung tajuk agglomerates utk subjek drug delivery system II. Beliau pun mula bercerita pasal method2 penghasilan agglomerates. Mula2 stil bleh fokus, tapi then baru org perasan untuk setengah jam pertama, slide kat depan tu tak berubah2 pun. Still slide yg sama. Hebat sungguh Dr Mina ni...
Macam biasa, sesi soal jawab diadakan mcm minggu2 lepas. Luckily org xkena. Otak xberapa nk function time2 ni. Kalo kena, maybe jawapan yg diberikan tah apa2 jadinya. Then, lepas 1 jam, otak mula terasa penat. Selalunya jam 9.30am, mana2 lecturer akan bagi break 5minit, tapi Dr Mina tiada tanda2 nak berhenti bersyarah. Org tengok keliling. Semakin ramai mengeluh penat, bergerak kesana-sini macam cacing kepanasan. Org tak terkecuali. Pinggang dah lenguh. Tapi xpe. Fokus2. Kjap lagi beliau bagi break la tu..
Jam menginjak ke angka 10.00am. Still belum ada break. Dr Mina semakin laju bercakap. Belum pernah rasanya beliau mengajar selaju ini. Bercakap tanpa henti dan tanpa penat. Orang dah mula pelik. Mungkin nk kejar masa. Maklumlah, ni kuliah terakhir dgn beliau. Daripada 1 word yg org miss, lama2 jadi 1 sentence, hinggalah semakin bnyk sentence yg org miss, lalu org pun letak pen. Tak masuk apa2 dah. Dr Mina sangat khusyuk bersyarah sehinggakan ada student angkat tangan utk mintak repeat pun beliau xperasan. Akhirnya semakin ramai org meletak pen dan bersandar pada kerusi. Maybe dah penat macam org gak. Even ada gak yg tido depan beliau smpai ditegur. Akhirnya kak Ainul mengangkat tangan minta break 5minit. Mujur Dr Mina nmpak. Tapi break yg diberi hanya 3minit. Xpela...Janji ada break...
Kuliah disambung selepas break. Kali ini okla sikit. Boleh fokus balik. Tapi ramai gak yg xleh nk fokus even dah bagi break. Maybe skejap sangat kut. Jam 10.22am, kelas tamat. Sebelum menamatkan kelas, Dr Mina menunjukkan slide yg tertera 'Long Questions' dimana terdapat 7 soalan di atasnya. Beliau meminta kami menyalin dan menjawab di rumah. Alamak, baru simpan pencil case. Xpela.. Lalu org pun salin la soalan2 tersebut..
Beginilah serba serbi cerita org waktu kuliah yang pertama pada hari pertama pada minggu ketiga di Puncak Alam ni. Orang perasan, stiap kali kelas Dr Mina je mesti ada yg tak hadir. Sejak sem lepas lagi. Xpela. Maybe diorang ada reason sendiri.. (Atau maybe melarikan diri kerana takut disoal?) Em, entahla.. no comment..
Sekian sahaja post pada hari ni yg banyak mengarut aje. Org nk qadha tido. Jam baru 11.31am. Lama lg nk zohor. Org puasa pada hari ni. Doakan org terus bertahan ye! Wassalam..:-)
18 July 2009
Hari ini hari Sabtu...
Oklah, kat sini nk tunjuk gambar yg diambil spnjang berada di puncak alam selama 2 minggu..
(kredit to jo n zati krana snap gmbar2 ini)
Hari kedua kat kelas, aida mewakili grup kitorg cabut undi utk presentation subjek pharm biotech n bioengine. Resultnye? dpt group 1st..wuhuu.. (Tahniah shahnaz yg tiba2 dilantik mnjadi ketua, hehe)
Trio nasyid berwarna biru yg tiba2 je diwujudkan sementara menanti dewan kuliah.. er, dewan peperiksaan dibuka.. (komander hana kat depan tu vokalis die)
Suasana dlm kelas yg membosankan sementara mnunggu lecturer subjek finance management, Mr Ahmad datang.. (sian lecturer tu datang dari jauh..)
Ni betul2 tengah bosan ni.. (Jo buat, bukan org.. Kagumla cmne jo leh susun tinggi camni.. Terer2~ Ptut smbung highlight merah ijau tu, bagi lg tinggi, hehe)
Tangga batu caves yg menjadi trademark utama kampus puncak alam (Pelancong yang nak amik gambar dipersilakan.. nak try naik lagi bagus..)
Ni apa ramai2 tunggu kat bus stop ni? pegila naik tangga batu caves tu kalo nak balik kolej...(penulis tiada di sini pada waktu ini, harap maklum =p)
Gambar 10 minit sebelum semua insan dalam gambar ni tercungap2 kepenatan (hehe)
Em, cukuplah dulu 7 keping gambar ye. Nanti org upload lagi. Takat sini dulu. Jumpe lagi~
wassalam... :-)
14 July 2009
Meeting..oh meeting...
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Di petang yang hening ini, disebabkan ketidakbolehtiduran (ada ke word ni?) utk hari yang entah keberapa dan kejelesan melihat housemate yg sedap tido akibat keletihan kerana berpuasa, hati tergerak untuk mengupdate blog ini walaupun baru je create blog ni smlm.. (konon malas update ye, hehe)
Tapi, apa nk crita ye? em... crita pasal life harini la. name blog pun my life, my story, my world kan? =p (chup. ni nama blog dulu sbelum ditukar)
Pagi tadi, lpas klas Pharm Biotech n Bioengine, tibe2 Kak Mun merangkap my lady bos bgtau org yg my big bos aka Mr Presiden SOPHYS (SOPHYS = Society of Pharmacy Students) nk jumpa. Tbe2 org teringat, oh, org stil ada komitmen as setiausaha persatuan.. cmne leh lupa ni, huhu.. dan setelah meeting yg singkat diadakan di tmpat yg xberapa nk proper, akhirnya bermulalah kmbali kerja2 org yg dulu, iaitu : buat agenda meeting, mesej sume ahli persatuan bgtau ada meeting, catat kehadiran meeting, catat isi2 meeting, dan akhirnya siapkan minit mesyuarat untuk diberikan kepada sume ahli persatuan..
Dan esok, jam 12.30pm, Kak Mun & Mr Shahariz (my big bos) perlu join meeting ngan Dekan, MPP, dan wakil daripada setiap batch. Nasib baik setiausaha tak perlu join, nama org xde dalam memo (yes~ sori bos2 org, org mmg xsuka gi meeting), tapi jam 3pm stil ada meeting SOPHYS kali pertama utk sem ni n org stil perlu buat kerja2 yg disebutkan seperti diatas... Terfikir pun dah penat, tapi penat lagi 2 org bos org tu kan... xpe2.. Wani.. selamat bertugas kembali dan sila kuatkan semangat anda~
Oklah, asal update je nk panjang2, nmpak sangat tgh bosan n xtau nak buat apa. Padahal agenda meeting xtaip pun lagi, nanti nak print, fotostet lagi, ish, kena buat cepat ni. So, org mengundur diri dulu n sila nantikan update org yg akan datang~
wassalam...:-)
13 July 2009
Malam yang mendamaikan di Puncak Alam...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt...
Pada hari Isnin, bersamaan 13 Julai 2009, hati ini akhirnya tergerak untuk mewujudkan blog sendiri. Ada seorang hamba Allah pernah bertanya kat org (org adalah ganti nama diri yg digunakan dalam blog ini), 'Wawa tak teringin ke nak ada blog sendiri?' waktu tu org hanya terdiam berfikir...'Em, ada blog best jugak. tapi kena slalu update. org bukannya rajin nak update2 ni...huhu' akhirnya pada hari ini statement itu berubah.. tahniah buat diri sendiri~ hehe...
Hari ini juga, genaplah seminggu satu hari org berada di puncak alam, kampus UiTM yang sangat unik kerana letaknya di tengah2 hutan yang masih banyak lagi tanah hijau yang belum dibangunkan... Pernah org terfikir, macam mana kehidupan org kat sini? lagi seronok atau sebaliknya? di sini org sertakan komen2 dari orang lain tentang kampus baru org ni...
1) Ba = eh, best kat puncak alam tu, bangun pagi2 sejuk... (ba telah selamat menetap di puncak alam selama 2 hari untuk menjalani bengkel sebelum org berpindah kesini...)
2) Ibu = tangga ni kalau hari-hari naik sure wani boleh kurus.. (ibu berkata setelah melihat gambar tangga batu caves di dalam laman facebook org)
3) Prof Bakar@ ex-dekan = udara di puncak alam ni segar... (beliau berkata sewaktu kuliah CVS di dalam dewan kuliah.. eh... dewan peperiksaan)
em, akhirnya kesimpulan yang dapat dibuat setelah seminggu satu hari menetap di sini:
1) Kata-kata ba, ibu, dan Prof Bakar tak dapat disanggah lagi... Kata2 mereka benar belaka..
2) Terdapat beberapa kemudahan yang tiada seperti mesin ATM... Insyaallah mpp kata seminggu lagi adalah tu.. (xtau la bila sebenarnya.. sebulan lagi kut)
3) Dapat kemudahan internet kat sini.. (alhamdulillah walaupun kena pakai kabel n sangat slow kadang2 dan sangat menguji kesabaran)
4) Line telefon juga kadang2 buat hal (mpp juga kata menara celcom akan dibangunkan.. alhamdulillah.. kita wait n see aje)
5) Makan.. em, choice tak banyak sebab ada 2 tmpat sahaja, iaitu di dewan Rafflesia dan PSB..kalau nak merasa makanan luar kena drive agak jauh...
6) Tarikan utama kampus ini, iaitu tangga batu cavesnya... dua kali naik untuk pulang ke kolej dan akhirnya petang itu tertidur kepenatan... sesuai untuk mereka yang sukakan senaman tapi agak xsesuai untuk mereka yang berstamina rendah..( macam org la kut, hahaha)
7) Agak bosan di waktu petang sebab jadual kosong akibat lab ditunda sehingga awal ogos... jadi, aktiviti yang dilakukan adalah : tido, main game di laptop, baca novel, chatting, jogging...(tu aktiviti org je.. yg lain xtau la buat ape..)
8) Sape2 yang xde kereta agak sukar untuk keluar... memandangkan jarak antara kolej dengan pondok pakguard dan pondok pakguard ke papan tanda kampus puncak alam..em..jauhhh.. kalau jalan kaki maybe stgh hari kut baru smpai kat papan tanda tu... (papan tanda la baru, blum lagi ke tempat yg nak dituju)
em, rasanya macam dah banyak sangat menulis kat sini... baru 1st post kut wani.. simpan2 untuk post yang lain pulak.. kepada insan2 yang membaca, doakan org tabah dan sabar menempuh dugaan sebagai pelajar di tempat baru ni.. banyak lagi yang perlu untuk org biasakan diri dan pelajari di sini...oklah, jumpa lagi dalam post yang berikutnya..
Assalamualaikum wbt... :-)


