CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Review Novel. Show all posts
Showing posts with label Review Novel. Show all posts

19 July 2009

Ketika Cinta Bertasbih...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Pada jam 7 am, org, Aida n Jo pegi berjogging. Kitorg ambil kesempatan ini utk menghirup udara segar di Puncak Alam pada waktu pagi. Org sempat meninjau pemandangan bukit bukau n hutan belukar di sekitar kampus. Hati mengucap syukur kpd Allah kerana diberi peluang untuk menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah pada pagi Ahad yg dingin ni. Ada hikmahnya kenapa Allah menetapkan org untuk belajar kat sini, yang jauh berbeza daripada kesibukan bandaraya Shah Alam. Untuk diberi peluang belajar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi belum dicemari oleh tangan2 manusia... dan juga untuk sentiasa bertasbih memuji dan mengingati kebesaran Allah yang Maha Kuasa agar org tidak mudah alpa dengan segala suruhanNya.. InsyaAllah... :-)

Pulang ke bilik, mata org tertumpu ke arah sebuah novel yang terletak di celah2 nota2 orang. Tajuknya? 'Ketika Cinta Bertasbih vol 2' (vol 1 dipinjam oleh Hana) yang ditulis oleh salah seorang penulis feveret org, Habiburrahman El Shirazy @ Kang Abik dari Indonesia. Tiba2 tergerak hati nk share review org tentang novel yg org dah baca 2 kali ni, hehe.. (1st time baca online, then baru baca novel). Xpe ye?

Novel ni mengisahkan seorang mahasiswa berumur 28 tahun bernama Azzam, seorang anak yatim berasal dari Indonesia yg belajar di bumi Mesir. Selain belajar, dia bekerja sebagai pembuat tempe dan penjual bakso di sana untuk menanggung pengajian adik2nya di Indonesia. Bekerja untuk menampung keluarga dari jauh setelah kematian ayahnya menyebabkan Azzam terkandas di bumi Mesir selama 9 tahun, tanpa pernah pulang walau sekali pun kerana tak dapat menamatkan pengajiannya. Namun Azzam tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Malah dia bersyukur kerana diberi peluang untuk memerah keringat menyara keluarga, walaupun bukan di bumi sendiri. Surat yang selalu dikirim oleh adiknya, Husna sentiasa membakar semangatnya untuk bekerja lebih kuat. Hal ini membuatkan orang kagum dan terfikir.. masih adakah lagi lelaki yang bertanggungjawab dan tabah seperti Azzam yang masih wujud di muka bumi ini? Kalau adapun, berapa kerat yg tinggal agaknya?

Kisah Azzam diwarnai dengan beberapa orang akhwat iaitu Elliana, gadis yang berfikiran moden, cantik, kaya, pintar dan ternama, Anna Althafunnisa, gadis idaman hampir setiap lelaki yang ingin dilamar Azzam tetapi sudah terlambat, Husna, adik Azzam yg dikurniakan bakat menulis luar biasa, dan juga beberapa mahasiswi lain seperti Tiara dan Cut Mala. Selain Azzam, diselitkan juga watak Furqan, rakan Azzam yang kaya raya, kuat agamanya dan bijak, Fadhil, rakan serumah yang menaruh hati pada Tiara, dan juga beberapa mahasiswa lain yang serumah dengan Azzam. Setiap dari mereka mempunyai kisah sendiri, yang menjadikan jalan cerita novel ni sangat menarik dan jauh berbeza daripada novel2 lain kerana meskipun watak dalam novel ini banyak, cerita setiap satunya disampaikan dengan begitu indah dan unik.

Novel pertama mengambil latar bumi Mesir, manakala novel kedua keseluruhannya mengambil tempat di Indonesia setelah Azzam berjaya pulang ke sisi keluarganya. Dalam novel kedua juga, watak Husna, adik Azzam yang hanya diperkenalkan melalui surat dalam novel pertama diperluas dan diketengahkan lagi, malah dipertemukan dengan Anna. Ending novel ini pulak berjaya membuatkan org menangis, bukan sebab sedih, tapi gembira. Betapa hebatnya penangan novel2 ni kan? (ke org yg emosional sgt? =p)

Novel ini juga sudahpun diangkat menjadi filem, sama seperti Ayat2 Cinta, novel oleh penulis yg sama. Filem ni dah keluar di Indonesia pada 11 Jun yang lalu. Org sgt berharap agar diberi peluang untuk menonton filem ni. Ingin sekali melihat imaginasi2 yang org cipta sepanjang mengikuti novel ini direalisasikan..

Watak Azzam, Anna, Elliana, Furqan dan Husna di dalam filem (sory kecik, xjumpa yg besar..)

Em, lupe nk crite... watak feveret org? Anna Althafunnisa... Gadis yg patut dijadikan role model oleh setiap insan bergelar muslimah. Nama dia cantik, kan? Tapi bukan takat tu je. Penulis menggambarkan Anna sebagai seorang gadis yang mungkin hampir sempurna, dikurniakan dengan kecantikan wajah yang memegunkan setiap lelaki yg memandangnya, kelembutan kata-kata namun masih lagi terselit ketegasan, keteguhan pada agama, keindahan budi bahasa serta kebijaksanaan luar biasa. Anna gadis yang tidak banyak berkata-kata, namun jika sekali dia membuka mulut, ayat2 & perkataannya boleh menyihir sesiapa sahaja. Begitulah gambaran yg diberi oleh Kang Abik tentang watak Anna dalam novelnya, yang membuatkan org agak susah nk membayangkan watak Anna ni dalam kehidupan realiti.. Soalan yg sama berlegar di fikiran, masih adakah seorang gadis sesempurna Anna di atas muka bumi ini? (bilakah saatnya org boleh dan mampu menjadi sehebat Anna? Em...)


Oklah, setakat ini dulu. Harap2 review org ni dpt menarik minat org ramai utk membaca novel2 ni. Sape2 ade rase nk pinjam bgtaula org, tp nama masuk waiting list la, hehe. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum wbt..:-)

16 July 2009

Novel & Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
,
Pada hari ini, org brjaya mghabiskan 2 novel drpd 6 bijik novel yg org borong di shah alam sabtu lepas. Tajuknya? 'Di Bawah Naungan Cinta' oleh Ibnu Hazm El Andalusy, dan satu lagi bertajuk 'Dalam Mihrab Cinta' oleh Habiburrahman El Shirazy. Em.. kenapa novel yg berkisar tentang cinta? hahaha... xdela, sbnrnya kalo beli novel benda 1st yg org tengok dulu ialah sape penulisnya. Tu yg penting, then baru tengok tajuk. Memandangkan kedua2 novel ni mndapat review yang sangat baik drpd pnulis2 novel yg lain, so org pun tertarik nak beli novel ni. Lagipun, asyik2 layan novel melayu dgn english... apa salahnya kalo kita mghayati karya penulis dari Timur Tengah & Indonesia pulak kan?

Kesimpulannya, org setuju dgn review penulis2 yg lain tadi. Gaya bahasa novel2 ni sangat indah, isi dia pulak menyentuh jiwa, menusuk kalbu dan mesti menarik hati sape2 yang baca. Ayat dia simple je, tapi mesej yang nk disampaikan sangat jelas dan kena tepat pada siapa2 yang berkenaan. Org rasa bertuah sgt sebab diberi peluang utk menghayati tulisan dan isi novel2 ni.. So, org skong 100% sape2 nak beli novel2 yg org sebut ni... (org suggest pada insan2 yg suka menghayati tulisan dan isi yg ingin disampaikan oleh penulis... kpada sape2 yg kurang menghayati novel maybe akan rasa novel2 ni membosankan)

Kat sini org nk share sumting yg org dpt dari novel 'Di Bawah Naungan Cinta' yg org sebut tadi:

Tanda-tanda Orang Jatuh Cinta :

1) Mata - Matanya bergerak seiring gerak org yg dicintai. Pandangannya mengarah pada apa yg dipandang oleh si tercinta. Pandangan matanya mengikut gerak mata si tercinta.

2) Percakapan - Selalu melayani percakapan org yg dicintai. Ia nyaris tidak pernah mahu melayani pembicaraan orang lain selain yg tercinta. Ia benarkan apa yg dikatakan oleh si tercinta, meski yang dikatakan mustahil dan bohong belaka. Ia dengarkan apa yg dikatakan oleh si tercinta dengan saksama.

3) Gerak tubuh - Segera bergegas menuju ke tempat org yg dicintai. Di sana ia duduk berdekatan dgn si tercinta. Ia hindari segala perbuatan dan percakapan yg menjauhkan dgn si tercinta. Kakinya enggan melangkah ketika tiba saat2 perpisahan.

4) Perbuatan - Melakukan pekerjaan yg tidak pernah & tidak boleh dilakukan sebelumnya. Bakhil menjadi dermawan, pendiam menjadi banyak bicara, penakut menjadi pemberani luar biasa. Cinta mengubah org yg malas berhias menjadi pesolek di depan cermin, si soleh lagi sopan menjadi genit.

5) Sentiasa ingin mendengar nama org yg dicintai. Senang membicarakan tentang si tercinta. Tiada kebosanan utk selalu brjumpa dan berkata-kata dengan si tercinta.

6) Suka bersendirian, dan merasakan dengan bersendirian ia bebas berkelana, bergerak dan berjalan ke mana suka. Fikirannya melayang, dipenuhi bayang2 si tercinta. Juga begitu kerap mengalirkan air mata apabila mendengar perkara buruk menimpa si tercinta.

7) Lahirnya kepedulian terhadap org yg dicintai. Sering memberi perhatian yg lebih terhadap segala kejadian yg menimpa si tercinta. Ia cari khabar dan berita tentangnya.

Bahasa dia indah kan? org tiru ayat2 dari novel ni je... Jadi, ada sape2 yg terasa lepas baca? Kalo ada, sah jatuh cinta la tu, hahaha. Tapi org rasa penulis tertinggal satu tanda lagi. Meh org tambah:

8) Sewaktu membaca perkara2 di atas, di kepalanya terbayang seseorang yang sejak awal lagi sudah berada di fikirannya.. (haha anda kantoi di situ)

oklah, pnjg btul post kali ni. mentang2 xupdate semalam. ok, takat sini dulu. Jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...