CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 September 2012

Mesej Buatmu... Wahai Si Pencuri.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Wahai si pencuri dan juga tukang pecah rumahku....



Seminggu dah berlalu, sejak insiden yang mungkin tak boleh untuk aku lupakan buat seumur hidup.


Kejadian yang benar2 menguji imanku sebagai seorang hamba, yang sepatutnya redha menerima apa sahaja qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.


Sejujurnya, rasa geram terhadap kau dalam hati ini, tidak pernah hilang. Apatah lagi bila barang2 yang kau ambil, adalah barang2 peribadiku yang sangat penting. Salah satu barang yang kau ambil, adalah barang paling mahal yang pernah aku beli menggunakan duit gajiku bekerja setelah hampir setahun. Dan baru seminggu lima hari aku berpeluang menggunakannya, dengan sekelip mata sahaja kau rampas.

Hilangnya barang2 tersebut, menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar terputus seketika. Tiada telefon untuk menghubungi keluarga dan kenalan. Tiada internet untuk aku mendapatkan berita2 terkini dan isu semasa. Tiada laptop untuk aku melaksanakan tugas2 dan laporan.

Tapi kau tahu sesuatu wahai pencuri?

Terputus seketika hubungan aku dengan dunia luar, menyebabkan aku banyak berfikir sendiri. Waktu bekerja kadang2 aku berfikir. Waktu memandu dan makan pun kadang2 aku berfikir. Aku berfikir tentang hikmah dan sebab kenapa Allah memilih aku, untuk menerima ujian ini.

Seminggu berlalu, cukup untuk aku muhasabah diri diatas dugaan yang telah menimpa. Mungkin Allah turunkan dugaan ini sebagai balasan diatas dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Mungkin dugaan ini adalah sebagai peringatan untuk aku yang semakin alpa dan lagha dengan godaan dunia. Atau mungkin juga dugaan ini adalah sebagai ganti untuk aku menerima sesuatu yang lebih baik. Aku tak tahu. Hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan jauh di sudut hati, aku tahu masih ada walau sedikit sifat mulia dalam diri kau wahai si pencuri.

Disaat aku sedang nyenyak tidur tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku di sekelilingku pada masa itu, kau hanya mengambil barang di tepi kepalaku tanpa langsung menyentuhku walau sedikit. Sedangkan kau boleh memperlakukan aku sesuka hatimu, kerana kudratmu yang mungkin jauh lagi kuat dari diriku .Kau juga boleh menyelongkar bilikku, dan naik ke tingkat atas untuk mengambil lebih banyak barang2 berharga milik kami berdua dalam rumah itu.

Tapi kau tak buat.

Malah, sebelum meninggalkan rumah kami, kau menutup pintu itu semula. Menutup semula gril yang telah kau kopak. Sedangkan sewaktu kau menutup pintu itu, kau tahu aku boleh terjaga disebabkan bunyi pintu yang agak ketat itu. Atau bunyi besi gril itu. Apakah kau risaukan keselamatan kami? Terutama aku yang tidur berhampiran dengan pintu itu?

Dan dompet aku yang kau curi, setelah kau ambil segala wang, kau tinggalkan di tempat yang sangat mudah untuk dijumpai semula. Kau biarkan ia terletak jelas di hadapan pintu rumah jiranku. Dan kad pengenalan, lesen, malah kad bank pun kau tidak ambil. Sedangkan banyak lagi keuntungan lain yang boleh kau peroleh dengan barang2 peribadiku itu.

Aku tahu kau berada dalam keadaan terpaksa wahai pencuri. Tiada manusia di muka bumi ini yang sengaja mahu membuat jahat kerana suka2, kerana sengaja ingin seronok.

Hartaku yang kau ambil tu, jika engkau perlukan demi melepaskan dirimu yang sedang dalam kesusahan, maka ambillah. Jika hartaku itu kau ambil demi memberi keluargamu sesuap nasi, maka ambillah. Aku izinkan.

Namun jika kau ambil untuk melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah, aku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus. 

Dan terima kasih kerana telah mebuka mata dan pintu hatiku, agar lebih bersyukur dan lebih berhati2 pada masa hadapan. Membuatkan aku sedar, yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekali Allah berkata 'Jadilah', maka tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolak takdir yang telah tersurat untukku.

Walaupun aku tahu mesej ini tidak mungkin akan sampai kepadamu, aku berdoa semoga suatu hari nanti kau akan sedar akan kesilapanmu. Dan aku berharap hari itu akan tiba juga. Amin.



-nadzwareina-

3 comments:

JR said...

Setiap musibah ada hikmahnya. Setiap kesusahan ada kemanisannya. Apa yg penting bila berlaku musibah dan kesusahan jgn salahkan org lain. Ia mungkin salah kita atau memang Allah tlh mencatatkannya begitu. Terimalah ia dgn penuh kesabaran sambil bermuhasabah diri..

Rumah saya sendiri pernah dalam tempoh 6 bulan dimasuki pencuri sebantak 3 kali, 2 daripada kejadian itu berlaku dlm tempoh seminggu. Ia satu dugaan yg besar kerana dlm kejadian kedua SEMUA barang kemas isteri yg dibeli sejak sekolah hingga kerja bernilai puluhan ribu ringgit lesap...gone with the wind. Jadi sesiapa yg menghadapi musibah yg sama saya sangat memahaminya....

Azeta Abdullah said...

Umah sewa taa dh 2 kali kena masuk pncuri.lebih kurang same ngn kes wawa.pncuri kopek grill tingkap.lgsung x sedar.tgk2 sumer brg dh ilang.mujur x diapa apakan.waktu tu lebih kurg kul 530 pg..harap bersabar ye wawa

Azeta Abdullah said...

Umah sewa taa dh 2 kali kena masuk pncuri.lebih kurang same ngn kes wawa.pncuri kopek grill tingkap.lgsung x sedar.tgk2 sumer brg dh ilang.mujur x diapa apakan.waktu tu lebih kurg kul 530 pg..harap bersabar ye wawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...