CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 November 2011

Jadual Rotation Udah Keluar~



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Pagi tadi, before masuk ke stor ubat, org singgah dulu kat farmasi luar di bahagian depan hospital. Sebab selalu stor ubat bukak lambat sikit, so org akan greet dulu staf2 farmasi kat situ. Kemudian colleague org, Atun bagitau ada banyak announcement untuk PRP ada tampal kat notice board. Org pun pergi tengok. Ingat nak amik fotostet, tapi sebab PRP lain pun nak tengok gak, org pun amik gambar je pakai kamera henfon.




Minggu ni org attach kat stor ubat, next 2 weeks org akan attach kat department DIS, atau Drug Info Service. Department ni selalu akan handle pasal counselling patient face to face, sambil handle jugak inquiry daripada doktor2 tentang ubat.  Apa2 aduan pasal kesan sampingan ubat dan masalah2 ubat yang lain akan diadu oleh patient kat department ni. So bila kena attach kat sini, org seriusly kena preparekan diri sebaik mungkin.


Dan akhir bulan 1, org akan pindah ke hospital besar, InsyaAllah Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk attach kat 3 departments iaitu TDM (therapeutic drug monitoring), CDR (cytotoxic drug reconstitution) & TPN (total parenteral nutrition). Kat TDM org akan buat calculation untuk tengok drug level dalam sample serum patient, CDR pulak org akan banyak handle dengan ubat2 untuk cancer, dan TPN org akan bancuh nutrition untuk diberikan pada patient yg takleh makan ikut mulut. Selain 3 department ni, org maybe akan kena clerk beberapa case kat ward dan ikut doktor buat ward round, InsyaAllah. Dan akhir bulan 9 pulak org akan attach kat Klinik Kesihatan Serendah, dalam department Pesakit Luar.


Org selalu ingat dulu time zaman student, bila dah kerja nanti tak perlu dah study. Rupa2nya org silap. Org rase time kerja ni lagi banyak nak kena study sebab dah memang kena handle real patient dan memang takleh nak buat silap. Semua benda kena tau. 2 minggu lagi akan ada VIVA oleh pharmacist2 kat hospital untuk semua PRP. Kitorg pun akan kena buat satu project research, lulus Forensic Exam bulan 3 nanti & lulus untuk markah logbook (>60%) baru org leh proceed ke FRP (full registered pharmacist). Kalau tak lulus, tempoh PRP org akan kena extend la nampaknya.


Oh ye, selain jadual rotation ni, ada jugak jadual untuk pegawai2 farmasi bagi talk tentang ubat kat farmasi setiap selasa & khamis, PRP pun tak terkecuali. Org dapat tajuk ubat Diazepam, dan org akan bagi talk akhir bulan disember nanti, InsyaAllah. Harap2 semua oklah nanti.


So beginilah serba sedikit life org sekarang yang agak hectic sikit dan memenatkan tapi org enjoy kerja org sekarang. Dapat jumpa ramai org, dapat belajar tentang banyak ubat, & macam2 lagi benda baru yang lain. Harap2 segala urusan org dipermudahkan Allah, amin. Kawan2 pun tolong doakan ye :)


Terima kasih sudi baca. Wassalam :)

5 comments:

Simon Malik said...

pergh

susah juge jadi tukang ubat nih. siap viva bagai

gud luck~

nadzwareina said...

haah.. viva ade untuk stiap department except store huhu

mekasih adam :)

Sha said...

tau xpe wa..igt kn dh stop stdy..padahal...sangattttt byk gler nk kne tau kne hafal sgle...huh sangat penatttt...stress gk..hoho

nadzwareina said...

@syae : ko takpe lama2 dah biasa kat hosp busy.. aku ni dh pindah hospital nanti sure kena shock dhsyat punya. tengah nk prepare mentally ni..

Najwa said...

Salam.. Mcm mna suasana sbg prp selama 6 bulan di sini ya? Pharmacist garang2 tak.. Hahaha.. Sy still x sure nk pilih hospital kkb,sg buloh atau selayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...