CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 August 2012

Wahai Kamu2 Yang Teristimewa...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Manusia. Khalifah Tuhan di atas muka bumi. Yang Allah ciptakan dengan pelbagai rupa dan ragam. Ada yang muda, ada yang tua. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang indah wajahnya, ada yang sedap mata memandang, dan ada yang biasa2 saja. Ada yang menyenangkan sekali tatasusilanya, ada yang punya hati yang busuk dan perangai yang menyakitkan hati. Allah menjadikan manusia itu lain2 sifatnya. Agar dunia ini meriah dihiasi dengan pelbagai kancah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat sesama sendiri.

Kadangkala dalam ramai2 manusia yang Allah takdirkan untuk mewarnai hidup kita, sejak kita kecil hinggalah sekarang, pasti ada diantara mereka yang bisa menarik, bukan sekelumit, tapi hampir sepenuhnya perhatian kita. Yang mampu menjadikan dirinya sendiri sebagai sebuah memori yang memilih untuk menetap dalam fikiran kita sehingga bila2. Yang kadangkala selepas berbelas atau berpuluh tahun berlalu, dia masih punya tempat dalam ingatan kita. Atau mungkin ia pernah berhenti seketika, namun ia tidak pernah hilang.

Dan sudah tentu, org juga ada.



Org masih ingat lagi seorang rakan tadika org, dia berbangsa cina. Kami sangat rapat, setiap masa di tadika kami bersama. Org ingat nama penuhnya. Org ingat lagi dimana rumahnya. Namun sayang, selepas masuk sekolah rendah, dia hilang tanpa khabar berita. Org pasti, jika kami bertemu dimana2, mungkin kami sudah tidak mampu mengenali satu sama lain. Hampir 20 tahun berlalu, sudah tentu begitu banyak perubahan yang kami lalui. Namun masih, dia ada lagi berlegar dalam memori org.

Masuk zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan, ramai lagi insan2 yang menjadi penyumbang kepada memori buat diri ini. Mereka yang buat org menangis, mereka yang buat org marah, mereka yang buat org ketawa. Mereka yang tidak berhenti mengusik org, mereka yang sentiasa memberi senyuman manis kepada org, mereka yang secara tiba2 mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kepada org, masih ada yang segar dalam ingatan ini.

Namun org akui, dalam ramai2 manusia yang org pilih untuk disimpan sebagai memori dalam kotak fikiran org, masih ada diantara mereka yang org asingkan, dan kategorikan sebagai 'istimewa'.

Ya, istimewa. Istimewa pada tafsiran diri org sendiri. Istimewa kerana mereka ini berbeza daripada insan2 lain dalam memori org. Mereka ini yang punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain.




Ada diantara mereka ini adalah istimewa bukan sahaja di mata org, tapi juga di hati. Bagaimana? Dengan hanya melalui cara mereka menyebut nama org yang mungkin kedengaran agak unik itu. Atau dari mimik wajah mereka yang tersenyum saat menyebut nama org. Juga ada yang istimewa dari segi perilaku mereka yang cukup indah di mata org. Hampir sempurna, tanpa ada cacat cela dalam melaksanakan suruhan Allah. 


Atau wajah mereka yang suci dan bersih di mata org, sehingga kadangkala org sendiri cemburu melihatnya. Mungkin juga personaliti sesetengah mereka, yang pada org amat misteri dan menarik sekali untuk diexplore sendiri oleh diri ini. Atau melalui bakat mereka yang sememangnya semulajadi dan mengagumkan mereka yang melihat. Dan ada juga diantara mereka ini, istimewa dimata org, hanya melalui sikap selamba dan cara ketawa mereka yang bersahaja. 

Dengan sesekali mengingati insan2 istimewa inilah, org mampu tersenyum sendiri secara tiba2. Terasa gembira dan seronok apabila teringat, juga secara tiba2.



Kadangkala org bersyukur, kerana ditakdirkan untuk dipertemukan dengan mereka ini. Mereka inilah yang mewarnai dan menghiasi hidup org, dan ada yang mampu mendorong diri org untuk berubah menjadi lebih baik. Meskipun insan2 ini  tidak pernah tahu betapa istimewanya mereka di mata dan hati org, org berharap dengan keistimewaan2 mereka itulah, mereka juga mampu menggembirakan insan lain dan menjadi pembakar semangat untuk insan lain juga berubah ke arah yang lebih baik.

Jauh disudut hati, org juga berharap yang org pernah mendapat tempat yang istimewa dalam memori dan hati sesiapa jua insan di luar sana. 


Dan mampu menggembirakan insan itu dan membuatnya tersenyum, walaupun hanya sekadar sesekali mengingati diri ini. Meskipun cuma sesaat :)
-nadzwareina-


p/s : Mungkin salah seorang daripada insan2 istimewa di atas ini, adalah kamu?


26 June 2012

Kisah Generasi Zaman Ini...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..


Sedang diri ini membelek2 laman mukabuku, sesekali mata ini tertumpu ke arah beberapa status yang agak menarik perhatian mata.

Kerana apa?

Kerana isi kandungan status tersebut yang mendatangkan rasa yang agak 'menggelikan' seketika saat membacanya.

Status yang berkisar tentang kisah cinta tuan empunya status. Tuan empunya status yang sedang asyik dilamun cinta. Sedang diserang cemburu kerana buah hati tersayang diganggu gadis/lelaki lain. Sedang bergaduh dengan si buah hati akibat perselisihan pendapat. Kadangkala siap disertakan dengan gambar. Dimana status di mukabuku sudah diibaratkan seperti diari laman maya, cuma diari ini adalah untuk tatapan umum, bukan lagi hanya untuk diri sendiri seperti yang sepatutnya.


Dan ironinya, status2 seperti ini kebanyakannya datang daripada remaja2 yang berumur belasan tahun, masih lagi di sekolah menengah. Belum lagi menjejak kaki ke menara gading. Baru sahaja beberapa belas tahun hidup di atas muka bumi ini, namun pengalamannya seolah sudah hidup berpuluh tahun lamanya.
(kenapa org boleh friends dengan mereka ni dalam mukabuku? kerana org punya adik berumur belasan tahun juga)

Gambar2 yang disertakan, ada diantaranya mampu meloyakan tekak, secara jujurnya. Belum punya ikatan sah, sudah berlaga pipi, berpegang tangan, duduk rapat2, berjalan2 di pusat beli belah pada hujung minggu (disebabkan hari lain mereka ni bersekolah). Pusat beli belah yang terkemuka pula, seperti di Pavillion (tak pernah jejak kaki pun kat sini), Mid Valley, OU. Dan dengan fesyen terkini yang agak menyakitkan mata.


Kemudian minda terimbas kembali saat diri ini berumur lebih kurang sebaya dengan mereka. Melepak di mall? jarang2 sungguh. Duit pun mengharap ihsan mak ayah, kenalah berjimat cermat. Pada saat itu diri terkurung di asrama, asyik disuruh belajar untuk score exam dengan cemerlang. Ada teman lelaki? Jauh sekali. Ada beberapa orang kawan baik lelaki pun rasa dah bersyukur. Sekurang2nya kalau dalam kesusahan bolehla juga minta tolong.

Kadang2 terlihat juga remaja2 ini yang punya gadget canggih, pakai smartphone yang bukan murah. Siap dengan pakej internet. Casing yang colourful. Dalam tandas pun boleh snap gambar. Dalam kereta pun boleh update status fb dengan twitter. Teringat diri ini yang cuma memiliki handphone lepas tamat SPM. Kenal internet pun waktu2 itu juga.


Generasi sekarang dah berubah. Mungkin dah tak relevan untuk org compare diri org masa zaman dulu dengan zaman sekarang. Cuma org akui, org kadangkala terkejut bila melihat generasi kini yang semakin advance, jauh meninggalkan org yang masih terkapai2.

Dan dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi zaman itu akan semakin advance dari zaman kini. Dan org pasti akan lebih terkejut berbanding sekarang. Mungkin org dah perlu prepare dari sekarang, supaya tak terlalu terkejut bila masa itu tiba.

Dan sekarang org faham apa ibu dan ba rasa. Dan sekarang org baru tersedar yang org ni dah semakin tua rupanya.

Sekian.


p/s : Lama betul rasanya tak update blog.



23 May 2012

Apabila Patient Mencari Pasal...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

***

Pada suatu petang, di Kaunter Pesakit Luar, Hospital Kuala Kubu Bharu...



Bakul2 yang berisi ubat dan prescription doktor diambil dari meja belakang lalu diletakkan di atas meja berhadapan kaunter. Kemudian bakul2 disusun mengikut nombor giliran yang distapler bersama prescription dalam bakul tersebut. Jari lalu menekan sebuah butang di atas remote QMS (Queue Management System) dan nombor giliran berangka empat digit dilaungkan oleh suara seorang gadis beserta nombor kaunter yang harus dikunjungi oleh pesakit.

'Selamat petang encik. Boleh saya tahu nama?' Si gadis bertanya sopan sambil cuba mempamerkan senyuman manis, sebaik sahaja melihat seorang lelaki melangkah kearahnya di kaunter. Di tangan gadis itu terdapat sebuah bakul berisi ubat2 patient tersebut beserta prescription doktor.

Encik tersebut yang merupakan seorang lelaki muda, mungkin berumur dalam lingkungan 20-an tidak terus menjawab. Sebaliknya matanya dijeling kearah prescription yang berada ditangan gadis tersebut.

'Dalam surat doktor tu takde nama saya ke?' tanyanya acuh tak acuh.

'Oh, ada encik. Cuma nak pastikan saya bagi ubat kat patient yang betul, takut salah org,' si gadis cuba menjawab dengan lembut. Masih ramai lagi pesakit yang tak tahu apa tujuan sebenar kami pharmacist selalu bertanyakan nama terlebih dahulu sebelum mendispense ubat. Memang itu tujuannya, supaya tidak keliru dan tersalah memberi ubat kepada pesakit.

Selepas memberitahu nama penuhnya bersama bin sekali (mungkin memerli?), si gadis dengan laju meneliti ubat2 yang berada di dalam bakul. Terdapat ubat Diclofenac (tahan sakit), Papase (surut bengkak), Gelusil (angin dalam perut), dan ubat sapu Methyl Salicylate. Dan dengan pantas si gadis bertanyakan soalan.

'Ada sakit and bengkak kat mana2 ke?' tanyanya sambil meneliti wajah dan tangan pesakit sekilas, cuba2 melihat kalau ada kesan bengkak dan merah dimana2.

'Eh tak adelah, saya saje je datang hospital ni suka2 nak ambik ubat. Tak ada sakit pun,' kata lelaki itu dengan sinis sambil tersengih2 macam kerang busuk.

Si gadis mengetap bibir. Telinganya berdesing mendengar kata2 lelaki itu. Hati terasa panas. Namun cuba disembunyikan daripada pandangan lelaki itu. Kata2 lelaki itu tidak diberikan sebarang respons oleh si gadis, lalu tangannya laju mengeluarkan ubat2 di dalam bakul, untuk diberikan kepada lelaki itu.

'Takpelah encik. Ni doktor bagi empat jenis ubat ye. Ni ubat surut bengkak, makan sebiji 3 kali sehari, kunyah atau hisap dulu ye, jangan terus telan, ubat ni pulak.....' kata2 si gadis terhenti di situ.

Matanya menangkap perlakuan lelaki di hadapannya itu yang sedang khusyuk bermain dengan telefon bimbit yang diletakkan di meja kaunter. Kata2nya berkaitan ubat tadi langsung tidak diendahkan. Mata lelaki itu sedikitpun tidak memandang ubat2 di hadapannya, malah sibuk dialihkan ke arah skrin telefon di tangannya itu.


'Kurang ajar mamat ni,' spontan terdetik ayat itu di lubuk hati si gadis.

Kali ini si gadis betul2 marah. Pesakit ni dah melampau. Lantas si gadis berhenti berkata2 lalu merenung sahaja gelagat lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu yang menyedari gadis di hadapannya itu yang sedang sibuk bercakap tadi tiba2 terdiam, lantas mengangkat kepala. 'Eh, kenapa berhenti? Sambungla lagi,' katanya ringkas.

'Eh takpelah, sambung jela main henfon tu. Main puas2 dulu bagi habis, pastu bagitau saya. Kemudian baru saya sambung okey?' kata si gadis sinis. Nada suaranya mula berubah riak.

'Eh, marah ye?' tanya lelaki itu bila menyedari si gadis dah mula berubah kelakuan.

'Eh tak marah, seronok. Bukan selalu dapat patient perangai macam encik ni,' sambung gadis itu lagi, masih berbaur sinis. Kemudian dia diam semula sambil memerhati saja kelakuan lelaki itu. Lelaki itu mula serba salah.

'Okey2 saya simpan henfon ni. Sambungla. Sorry,' kata lelaki itu dengan perlahan kemudian laju dia menyimpan telefonnya kedalam poket. Selepas itu barulah dia membelek satu2 ubat di hadapannya. Si gadis tersenyum puas.

***

Itu baru seorang patient. Belum lagi patient2 lain yang ada diantara mereka berloyar buruk dengan agak melampau, meninggikan suara sesuka hati, berlagak seperti Datin/Datuk yang sesuka hati meminta ubat atau menukar ubat selain dalam prescription, dan juga membebel apabila hanya menerima sebulan sahaja bekalan ubat.

Inilah yang harus dihadapi oleh si gadis saban hari selama 4 minggu di kaunter pesakit luar, sebelum dirinya berpindah ke department bekalan wad. Namun si gadis cuba tersenyum cekal. Berhadapan dengan insan2 seperti yang disebutkan diatas menjadikan si gadis lebih tabah dan matang untuk melayan kerenah ribuan manusia di luar sana. Setakat perkara2 tersebut yang menguji kesabarannya, apalah sangat kan jika dibandingkan dengan ujian Allah yang Maha Hebat.

Namun ada juga ayat2 patient yang dirasakannya agak melampau, contohnya : 

'Dik, comel la pipi tu. Rasa nak gigit2 cubit2 je,' kata seorang lelaki dengan perlahan kepada si gadis ketika dia menjaga kaunter berseorangan pada waktu petang. Mujurlah tiada siapa yang mendengar.

Mata si gadis buntang mendengar kata lelaki itu.

'Ya Allah, tabahkanlah hatiku & kuatkanlah imanku.' katanya di dalam hati, lalu terus mendispense ubat tanpa mempedulikan kata2 lelaki itu.



Sekian.


p/s : Si gadis dalam cerita di atas adalah diri org sendiri. Dan org tau pharmacist2 yang jaga kaunter, turut merasai nasib yang sama dengan org macam cerita diatas ^^


11 May 2012

Thanks For The Memories, HTAR :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

*Lagu background, klik baru baca*


Jumaat, 11 Mei 2012..

Perlahan-lahan baju dilipat lalu diletakkan berhampiran beg pakaian yang agak besar. Buku2 dan nota2 lama pula disusun lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg lain. Sedar tak sedar, rupanya dah empat bulan berlalu. Begitu cepat bagaikan sekelip mata. Baru sahaja rasanya menjejakkan kaki buat pertama kali di HTAR pada 23 Januari 2012, Kini, pada 11 Mei 2012, diri ini bertungkus lumus berkemas untuk pulang ke Batang Kali dan kembali bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu. Rumah arwah atuk disana yang dilanda banjir beberapa hari lepas, memaksa org untuk pulang awal untuk dikemaskan, kerana rumah yang lama terbiar kosong tu akhirnya akan berpenghuni semula.

Bermula sebagai seorang asing yang perlu menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, akhirnya alhamdulillah, perlahan-lahan keserasian dan keselesaan bekerja di sebuah tempat baru itu dapat dirasai. Dapat bertemu dengan pegawai2 Farmasi yang hebat2 belaka daripada pelbagai department, dapat berkenalan dengan rakan2 PRP lain yang berbilang bangsa, serta bekerja sekali dengan trainee2 daripada universiti dan kolej, adalah antara kenangan2 yang amat bermakna yang dapat org kutip di HTAR.

Serius, banyak sangat yang akan org rindu tentang HTAR.

Org akan rindu Puan Asmawarni, pegawai pertama yang ajar org sangat banyak ilmu berkaitan TDM..
Org akan rindu Cik Mazni yang sangat sempoi dan sering meriuhkan farmasi dengan gelak tawanya..
Org akan rindu Mr Ivan yang sangat lincah, ligat dan comel macam kanak2 riang..
Org akan rindu Mr Wong yang selalu buat muka selamba dan sengal tapi pada org agak kelakar..
Org akan rindu Puan Hanim yang punya dua side, kadang2 garang dan kadang2 lembut..
Org akan rindu Miss Teoh yang suka gelak terbahak2 walaupun dalam suasana serius..
Org akan rindu Miss Choo yang lembut & sabar melayan karenah kami2 yang blur masa assessment ICU..
Org akan rindu Puan Azura yang selalu org curi2 tengok masa sedang bekerja dalam clean room TPN..
Org akan rindu Puan Asmahani yang sentiasa busy melayan student2 universiti yg datang praktikal..
Org akan rindu Puan Norima yang sangat baik dan lembut walaupun sebenarnya sedang marah..
Dan org akan rindu juga Puan Aziah, Puan Rose, Puan Aliza, Puan Rozian, Puan Adilah, Miss Low, Miss KarMaine, Miss Ang, Mr Lim, Miss Carilyn, Miss Adeline, Miss Tan, Puan Arina dan juga pegawai2 lain..

Org juga akan rindu dengan PRP2 HTAR yang banyak sangat membantu org sepanjang 4 bulan kat sini..

Org akan rindu suara manja Kak Anum yang sentiasa ceria tak kira tempat dan masa.. 
Org akan rindu Kak Na dengan cerita2 sweet pasal suami & anak2nya..
Org akan rindu Mar yg comey dengan slang englishnya yang sangat fluent..
Org akan rindu Hanisah yang funny & suka peluk org tiba2 dari belakang..
Org akan rindu nak dengar Farah mengomel dan bercerita tentang department2 lain..
Org akan rindu Radhika yang selalu je senyum bila tengok gelagat2 kami yg tak matang ni..
Org akan rindu moment berwafarin dengan SeeNee & Eunice yang brilliant & smart..
Org akan rindu moment2 buat IV Ad & TPN dengan Jia Xin & MeiKee..
Org akan rindu nak tersenyum dan berbual2 dengan Mui Wen tentang cerita kami sejak 2 tahun lepas ..
Org akan rindu Yan Ying yang beria2 cuba nak kenenkan org ngan teman baiknya..
Org akan rindu Larry yang sangat comel & nampak naif bila berbahasa Melayu..
Org akan rindu Alif yang nampak je serius tapi sebenarnya kelakar & selalu layan org punya blur..
Org akan rindu Kah Hang yang sentiasa dengan lawak dan kalutnya tapi sangat2 helpful & baik hati..
Org akan rindu Hamidi yang setiap masa smart dan tak lekang dengan samsung notenya..
Org akan rindu dengan usikan & ketawa Farhan yang macam businessman bak kata Mar..
Org akan rindu nak lunch sama2 setiap hari & ketawa dengan ayat2 selamba Jeanne..
Org akan rindu senyuman manis Yu Siang bila kitorg share moment2 funny together..
Org akan rindu King Yong, yang sentiasa senyum dan buat tanda bagus bila kami bekerja sekali..
Org akan rindu Geetha yang selalu tegur dan panggil org dengan nama 'Raden' instead of 'Wawa'..
Org akan rindu nak dengar lagi cerita2 Khairul pasal restoran2 best yang dia pernah pergi..
Dan juga PRP lain macam Stacy, Lih Jiuan, Chew, Daveena, Weai Jiet..

Dan juga Auntie Puspa dengan jeritan nyaringnya terutama pada waktu pagi, Auntie Tan yang sangat nice dan lembut, kak Shiqin, kak Yat, Kak Sally, Encik Sahar, Encik Amir, dan juga semua warga Farmasi ward supply yang selalu org berbalas senyum setiap kali bertembung :)


Begitu juga dengan PRP2 dari hospital lain yang turut sama bekerja sekali dengan org di department CDR dan TPN macam Fauzana, Yazmin, Nadiah, Ally dan Nik dari Hosp Sungai Buloh, Safura dan Izni daripada Hosp Kajang dan Amalina daripada Hosp Slim River. Terima kasih sebab banyak membantu dan mengajar org saat bekerja dan menjadi peneman org waktu minum pagi dan lunch :)

Tak dilupakan juga trainee2 yang org sempat bekerja sekali. Walaupun ada antara korg yang dah habis, tapi org nak juga ucapkan terima kasih buat korg semua sebab dah banyak membantu org kat setiap department, terutama Nisa, Ziana, Sujitha, Azira, Nana, Haziq, Syakir, Napie, Jali, Bahari, Ronnie, Vitalis, Marwan, Gayathree, Temah, & juga trainee2 lain yg org tak sempat nak tau nama. Sorry banyak2 ye..


Walaupun anda semua mungkin tak baca post ini, org tetap nak ucap terima kasih atas segalanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ni akan terus berkekalan sampai bila2. Andai ada rezeki, moga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Gudluck & all the best untuk semua :)










Thanks for the memories everyone :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...