CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 October 2009

Exam oh exam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya selaku penulis dan pemilik blog ini dengan ini mengumumkan bahawa kerja2 mengupdate blog akan dihentikan buat sementara waktu sehingga satu tarikh yg akan diberitahu kelak. (Pebenda la ayat ni...). Sila doakan kejayaan saya. Semester ini sgt2 tough. Satu cabaran dan ujian oleh Allah buat saya yg lemah lagi hina ini...

Terima kasih. Sekian, wassalam..

07 October 2009

Bila Exam Semakin Hampir..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Lama dah org try nk update blog tapi nk sign in pun xboleh. Nmpaknya internet di puncak alam ni suka menguji kesabaran org. Nak check email pun xboleh, apatah lagi nak mendownload. Xpe2. Sabar je la wani. Dia nak suruh study, jangan lagha, exam final dh dekat...

Em, jadual final dh keluar. 30 Oktober ni dh stat. Tapi org blum mula study lagi. Mggu dpan ada drug delivery system punya test, ujung minggu ni plak org kena balik nk jumpa mr siva, tuan punya pharmacy tmpat org buat praktikal sbab nk bg business card. Em, bila nk stat study ni? Subjek2 sem ni suma leh tahan mencabar. Pharmacognosy, financial management, pharm biotech...etc2.. (-_-')

Maka, bila dah hampir final, maka berlakulah perkara2 seperti di bawah ini:

1) Kelas bertimbun2. Mana2 lecturer yg xcukup jam bg lecture suma nk buat kelas ganti. Stat 8.30 pagi, habis jam 5.00 petang. Lunch kadang2 kena skip.
2) Lab bnyk yg baru nak mula minggu ni disebabkan masalah2 teknikal. Jadi bnyk lab2 report yg perlu disubmit.
3) 14 Oktober : meeting tahunan sophys. So saat2 akhir ni bnyk keje tertunggak sophys yg perlu disetelkan. ( tak sabarnye nk letak jawatan~)
4) Assignment2 lain bnyk yg perlu disubmit sebagai course assessment subjek2 tertentu (kelas vet especially..)
5) Ujung minggu xdapat balik umah. Perlu stay utk study dan mengabihkan keje2 grup (Nasib baik mmg jarang balik pun...)

Ada juga janji2 yg xdapat nk ditunaikan disebabkan kesibukan melampau yg xdpt dielakkan. Tang janji ni org mohon maaf bnyk2. Mintak ditunda dulu ya, sory sgt2. Sampai satu saat pada masa yg sesuai org akan tunaikan janji tu, cuma org xtau lagi bila waktunya. Harap sapa2 yg berkenaan sudi menunggu ye.. Insyaallah, org pegang pada janji..

Sekian celoteh kali ini. Org kena btulkan balik time table ngn planner, planner dh serabut sgt2, sama je mcm tuan dia gak. Doakan org kuat dan tabah ye. Wassalam...

29 September 2009

Kenangan Persiapan Menjelang Raya..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Walaupun raya dh seminggu berlalu, org teringin nk share gmbar2 yg diambil menggunakan kamera henfon baru ana sewaktu persiapan menjelang raya yg lalu.. (actuallynya malas nk naip panjang2, tu yg letak gmbar je ni, hehe...) Silalah tengok ye, walaupun gmbar muka org xde pun dalam gambar2 kat bawah ni, huhu..

1) Sewaktu sesi mencuba baju raya, 2 hari sebelum pulang ke kampung (adik2 lelaki sahaja yg terlibat.. yg pmpuan duk tuka sarung kusyen sofa time ni)

Redha ni terlebih excited plak. Taula baju tu masuk ngan dia.. hehe

Shahmi ngan bajunya yg dipilih sendiri. Aiyooo, kuningnyeeee...

Gambar candid ni ana snap time shahmi tgh try baju baru smbil tengok tv. Shahmi kata ada gaya model. Susah betul dapat adik yg perasan ni, ish...

2) Sewaktu sesi memasak kat dapur, 1 hari sebelum balik ke kampung.. Ana yg kebosanan tiba2 masuk ke dapur dan snap gmbar2 ni. Bukannya reti nk tlong kitorg kat dapur ni, hish.


Rendang in the making.. tunggu kuah kering je tu...

Kuah kacang. Tensen betul buat benda ni. Nak meletus je kejenya. Berparut2 tangan dibuatnya..

3) On the way pulang ke kampung.. menaiki Honda Odyssey ba =)


Aja, Shahmi, Redha ngan Ana..

Ibu ngan Ba..

Melihat matahari terbenam di samping sawah padi yg luas terbentang.. Maha Suci Allah..

Sekian, itu sahaja gmbar2 yg dapat dikongsi bersama. Memandangkan bulan syawal masih lagi lama, jom kita ramai2 puasa enam...=)

Sekian.. Wassalam...

17 September 2009

Suasana Dalam Kelas Menjelang Hari Raya...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Em, lama gak org xupdate blog.. Keadaan internet di kolej dan juga rumah yg er... menyedihkan membuatkan org kepatahan semangat nk update. Macam biasa, suara insan2 yg minta org update terpaksa la org abaikan buat sementara waktu (ayat bajet, hehe). Tapi, hari ni org lepak kat ofis ba, ba pun bagi pakai internet. Thnx ye ba~

Semalam, hari rabu, kelas org pnuh dari 8.30am ke 4pm. Disebabkan hari khamis ramai dh nak balik kmpung, maka semua kelas pun diforward ke hari rabu. 2 jam pertama, kelas pharmacognosy dengan Dr Adnan. Sronok dengar beliau sebut 'bunga lawang' jadi 'bangga lawang', hehe.. Bunyi mcm 'bangla' pun ada. Lepas kelas beliau, kelas Dr Mina. Beliau kata nk ajar buat graf, tapi beliau xmuncul2 pun. Maka kelas pun menjadi riuh rendah seperti biasa. Dan gmbar2 dibawah diambil oleh jo untuk memenuhi kekosongan waktu beliau. Org lak mcm biasa, mencuri gmbar2 daripada jo utk diletakkan ke sini. Thnx untuk yg kesekian kali ye jo ~

Maka, inilah gmbar2 yg dapat disertakan di sini...

Kesian tgok sid, edy dan bulat tertido kepenatan. Ni org2 kuat majlis berbuka dgn anak2 yatim smalam. Edy pengarah prog, sid ngan bulat xhabis2 melapah kmbing bakar utk diberi kpd anak2 yatim dari mula majlis smpai ke akhir. Terima kasih bnyk2 kat diorg ni. Yg amir ngn zati, xtaula dorg smbang apa tu. Hal raya kah? hehe..

Jo, ayu n nadiah. Dorg buat2 tido ni, jgn tertipu. Org yg snap gmbar ni stelah diminta oleh mereka ber3, hehe.. Kalo betul dorg tido xde nye cun macam ni.. =p

Lagi gmbar insan2 yg tertido kepenatan. Ayu yg tgkap gmbar ni, jadi org pun xkenal sape insan2 kat atas ni.. Tapi ni adalah pemandangan biasa dlm dk kalo lecturer xde..hehe..

Em, gmbr org ngan soya. Novel tu zati baru je bagi dlm kelas. Disebabkan xdpt tido, org pun bacalah novel tu kjap. Nasib baik xtdo, kalo x sure2 Jo snap gmbar gak, huhu...

Ha, disebabkan kebosanan yg teramat sangat, video 'Salam Perantauan' ini berjaya dirakamkan menggunakan henfon baru yuh. Org yg time tu tgh mmbaca novel dan mendengar mp4 sekadar menjadi pelakon tambahan seketika tanpa suara yg blur di hujung video, haha... Video ni dhpun diupload oleh yuh di facebook dan mendapat respon yg baik daripada penonton, haha. Korg ni kelakar la, bosan sgt la tu... Ni la video lbih kurg 3 minit yg dirakamkan..



Oklah. Cukuplah takat sini. Org nak balik kmpung dah pasni. Tah bila nk update lagi. Org nk ucap slamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ye.. Kalo balik kmpung, hati2 di jalan raya. Ingatlah org yg tersyg, ok? Korg2 yg nk dtg beraya umah org kat klang, sila infom awal2 ye. Jgn main terjah je, bahaya nnt. Nanti org ngan ibu buat lontong mcm dulu, hehe. Korg msti nk kan? =p

Sekian, assalamualaikum wbt...

06 September 2009

Berbuka Puasa Beramai2 di Kl...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Semalam, org join berbuka puasa beramai2 kat kedai makan kat kl berhampiran um ngan batchmate spm 05 mrsm terendak. 30+ org gak yg join, ramai tu.. sebab org xpnh join reunion or buka puasa ramai2 tahun2 before ni (last time 2006), so bila tgok muka mmber2 skrg ni bnyk je yg dh lain. So far, majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar dan meriah, cuma part ending ada berlaku sumting yg xbest. Tapi xpe, abaikan je yg tu. Kat sini org letak gmbar2. Nasib baik Muja bwk dia punye nikon D60. So, lets the pictures tell the story...

On the way ke kedai makan, lepas habis solat maghrib dulu kat surau.. kitorg grup yg paling last smpai, huhu.. Tapi xpe, dapat bnyk food lebih..hehe

Geng2 blok I kat skola dulu.. Org, Syae, Mai, Diba...

Meja pertama, budak2 pmpuan...

Meja kedua, budak2 lelaki...

Meja ketiga, budak2 pmpuan, meja org..

Cupcakes comey lagi sedap..

Gmbar bramai2 yg diambil oleh abang meja sebelah.. gegar gmbar ni..

Atas escalator pun smpat bergmbar.. time ni kitorg cari tmpat lepak2 lpas berbuka puasa...


Malam tu org pun pulang semula ke shah alam.. Nasib baik Aus ada jadi bodyguard kitorg mlm tu.. Tapi agak lmbat jugak la smpai sbab tiba2 je hujan turun lebat sangat kat kl tu dan kitorg sesat lagi cari jalan pulang.. Alhamdulillah akhirnya selamat juga smpai.. Semalam xdapat terawih jemaah, so terpksa la buat terawih sndiri malam tu... Lpas hadir majlis mlm tu, org look forward plak utk majlis buka puasa ex terendak batch kitorg next year.. Time kasih kepada ann, s.i dan wark sbab organize bnda ni.. =)

sekian. wassalam~

p/s : Gmbar2 ni org xltak size asal krn beberapa sbab. Kalo ada ex trendak nk gmbar2 ni ke, nnt ym org ye.. org ada lg gmbar2 lain =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...