CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 November 2010

Monolog Seorang Along..


Bismillahirrahmnirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Buat ibuku yang dikasihi,
Tanpa henti walaupun hanya sesaat,
Norhasmah binti Jamaluddin..

Ibu..
Along ingat lagi..

Masa along tadika dulu..
Tiap2 pagi ibu mandikan dan sikatkan rambut along..
Ibu cium pipi along setiap hari sebelum along pergi tadika..

Bila along masuk darjah satu..
Ibu tunggu along kat luar kelas sampai waktu rehat..
Ibu beratur panjang2 kat kedai buku semata2 nak belikan buku2 teks along..

Bila along darjah empat..
Ibu gembira sangat dan asyik tersenyum bangga..
Bila along dapat hadiah pelajar perempuan terbaik..
Dan ibu buat benda yang sama bila keputusan UPSR along cemerlang..

Bila along masuk tingkatan satu..
Ibu bersusah payah sediakan kelengkapan along untuk pergi asrama...
Ibu selalu luangkan masa melawat along setiap hujung minggu..
Sebab ibu tau waktu ni along selalu rindukan ibu..

Ibu,
Along ingat lagi..

Bila along masuk tingkatan dua,
Ibu nazak sebab sakit lepas lahirkan Redha..
Doktor cakap kat Ba peluang untuk ibu selamat adalah tipis..
Tiap2 kali lepas sembahyang along nangis..
Along doa supaya Allah tak ambil nyawa ibu..
Along tak nak ba susah payah menjaga kami berlima seorang diri..
Along tak nak Ana, Aja, Syahmi ngan Redha jadi anak yatim dalam usia muda..
Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan along..
Lama kelamaan penyakit ibu semakin pulih..
Dan ibu mampu tersenyum bila along dapat keputusan cemerlang dalam PMR..
Memori ni along takkan lupa sampai bila2..
Sebab memori hampir kehilangan ibu..
Adalah memori paling pahit yang along pernah ada..
Ibu,
Along ingat lagi..

Bila along tak dapat straight A dalam SPM..
Ibu pujuk along bila along rasa kecewa..
Ibu kata keputusan along tu jauh lagi baik dari orang lain..
Along akhirnya mampu tersenyum kembali..

Bila along dapat tawaran masuk universiti,
Ibu cakap ibu bangga dengan along,
Ibu pesan supaya along belajar dengan bersungguh2..
Supaya dapat jadi contoh yang baik untuk adik2..

Kini, along dah tahun akhir kat universiti..
Along kadang2 sibuk dengan assignment dan projek tahun akhir..
Along lama tak balik rumah jenguk ibu..
Along lama tak telefon rumah tanya khabar ibu..
Lalu ibu yang telefon along tanya khabar..
Ibu bagi kata2 semangat dan nasihat kat along..
Ibu kongsi cerita kat rumah yang buat along gembira..

Banyak lagi memori along dengan ibu yang tak tertulis..
Dan memori along tentang ibu akan bertambah tahun demi tahun..
Along janji dengan diri sendiri..
Biarpun selepas along ada seorang suami kelak..
Biarpun 50 tahun akan datang..
Biarpun hingga akhir hayat along..
Along akan sentiasa bawa bersama..
Segala memori along dengan ibu, sampai bila2..

Selamat hari lahir yang ke 47 wahai ibuku..
Along berdoa agar ibu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Agar ibu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..
Agar ibu ditempatkan oleh Allah ke dalam syurga..
Kerana andai Allah menakdirkan ..
Tempat Along juga adalah di syurga di akhirat kelak..
Along berharap kita dapat bertemu kembali..
InsyaAllah..

Terima kasih Ya Allah..
Kerana mengurniakan along dan adik2 along..
Seorang malaikat pelindung yang tiada galang gantinya..
Yang kami semua panggil dengan nama… ‘IBU’


Sekian,
Dari Along yang sentiasa mengasihimu,
Raden Azwani

09 November 2010

Penangan Nota Pharmacokinetic...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Semalam org jeling jam, dah pukul 11. 35pm. Mata still melilau2 baca nota clinical pharmacokinetic by Prof Mansor bertajuk 'Anti-Epileptic Clinical Application'. Tapi mata je la yg bergerak ke kanan, turun bawah, kiri balik pastu ke kanan, mambaca satu2 ayat dalam nota tu. Malangnya takde satu pun yg masuk dlm kepala org. Tembus dah baca. Otak dah tepu ngan macam2 rumus. Aminoglycoside la, Digoxin la, Methotrexate la. Pening2.

Kemudian org nampak kertas A4 atas meja. Kertas2 tu tujuannya nak menulis rumus2 untuk setiap drug, bagi senang nk paham and cari bila nk buat calculation. Org pun amik satu kertas A4 ngan satu pen biru. Lalu ni la hasilnya...


*Ok org tau sketching ni x lawa & figure minah ni pelik tapi org xleh padam sbab dah sketch pakai pen.. hehe*

Pling! Tibe2 jadi benda lain la pulak kan. Nampak sangat otak xleh nak fokus dah ni. Lalu org pun kemas2 lalu plan la nk tido. Buat ape la baca kalau tak masuk kan. Baik tido.

Time kemas2 tu ingat nk buang sketching ni. Tapi dah sketch sayang la pulak kan nk buang walaupun sketching xlawa pun. So org pun amikla gmbar. Dah amik gambar barula buang kertas ni *ini serius memang xde keje*

Oklah. takat sini dulu. Moga bertemu di lain waktu. Yg mana tgh exam tu tolong jgn malas study mcm org okeh. Dah paper last ni bape kerat je mood nk study yg tinggal.. huhu.

Sekian, Assalamualaikum wbt :)

08 November 2010

Terbaca Post Lalu Ditag...


Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt ..

Disebabkan xleh tido sebab dah tido sejam lepas isyak tadi, org pun blogwalking. Org baca satu blog junior org yg bernama
matpek ni, beliau telah kena tag. Pastu beliau kata sape2 yg terbaca automatik kena tag. So org yg xde keje ni pun menggagahkanla diri utk buat tag ni.. :)

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note 25 random facts, or goal about you. At the end choose 25 people to be tagged, you have to tagged the person that tagged you. If I tagged you, it means I want to know more about you.


1) Nama penuh seperti yang tertera kat i/c : Raden Azwani binti RM Puja Seti

2) Dapat nama Raden through ayah. Actually RM tu stands for Raden Mohd. Taktau la nape ba shortkan dalam i/c beliau. Bagi senang tulis kut.

3) Seorang yg berketurunan jawa tapi langsung taktau cakap jawa. Cakap sepatah dua tu bolehla. Tapi ramai cakap muka memang muka jawa.Ye ke?

4) Banyak nickname. Wawa. Wani. Raden. Along. Wa. Awa. Nadzwareina. Boleh panggil ape2 ikut suke. (except nadzwareina sebab tu nama chat ngn nama pena)

5) Anak sulung dalam 5 beradik, 3 pempuan 2 laki. Tapi paling pendek dalam adik beradik perempuan.

6) Suka 2 kaler, biru ngan hitam. Tapi taktau la nape banyak barang terbeli kaler purple plak.

7) Very simple & plain girl yang xreti fesyen2 ngn mekap2 nih. Cara fikir pun macam lelaki sikit. Tak amik kisah benda2 remeh, tak reti merajuk & tak reti mengada2 ngan org lain.

8) Boleh baca tulisan korea. Penah chat & cakap bahasa korea ngan org2 korea kat ym satu ketika dahulu. Sume penangan kpop. Tapi dah retired jadi fan kpop.

9) Amat suka novel, terutama novel thriller yg ada main teka2 pembunuh macam Sidney Sheldon punya. Mitch Albom ngan Cecilia Ahern punya pun best. Ada collection Harry Potter. Collection Twilight on the way.

10) Suka dengar lagu2 by Lifehouse, Nickelback, The Fray, Incubus, Coldplay, Secondhand Serenade, One Republic. Lagu2 slow diorang best dilayan sorang2. Tak dilupakan, Maher Zain gak, hehe.

11) Suke layan filem action, komedi ngan seram kat wayang. Filem action ngan komedi selalu la layan kat wayang tapi filem seram jarang sebab member2 sume takut layan filem seram.

12) Addicted kat air teh. Sehari mesti minum sekali. Kat kedai makan pun mesti order air teh.

13) Sangat suka kat kucing. Kalo jumpe kat jalan mesti tegur. Selalu gak bercakap dan tidur ngan kucing2 kat rumah.

14) Ada PS2, PSP ngan Gameboy Colour kat umah. Tapi satu haram xreti main. Adik2 je conquer.Rugi tak?

15) Muka sangat bulat lagi tembam. Sebab selalu release stress dgn makan & tido. Dahla jarang exercise. Kalau exercise pun just ronda fasa2 ni naik basikal yg saya bawak dari umah. Tah bila la nak kurus. Hahaha.

16) Darah jenis A. Research kata orang darah A ni jiwa seni. Betulla kut sebab saya suka muzik, suka tulis cerpen dan sketching kartun time xde keje (walaupun tak lawa mane hehe)

17) Makanan feveret : Tomyam. Ibu tau dan beliau suka masak kalau saya balik umah. Tapi saya xpandai buat sesedap ibu saya buat.

18) Tak penah tuka nombor sejak 1st time pakai henfon 5 tahun lepas. Henfon baru tuka 2 kali. Satu rosak sebab jatuh satu lagi rosak lepas masuk laut.

19) Housemates saya suka nasi goreng yg saya masak, hahaha.

20) Pakai jam kat tangan kiri. Bawak beg pun kat side kiri.

21) Takleh berenggang dengan lagu. Time tido, dalam kereta, kat kelas (kalau ngantuk) ngan certain2 time study wajib dengar lagu. Ada satu MP4 brand Samsung.

22) Sangat x comply ngan ubat. Jarang abiskan antibiotik. Tah macamane nak jadi pharmacist nih.

23) Sehari tak bukak facebook tak sah. Sekarang ni buat twitter pulak. Mimpi ape taktau.

24) Selalu rasa ada krisis identiti. Satu side lembut, sopan, satu side lagi kasar dan mereng sikit. Haha.

25) Saya pelat huruf R. Nak lagi best kebetulan nama saya start ngan huruf R pulak.. ^_^

Em, saya nak tag insan2 kat bawah ni :
Syu
Amir
Dayah
Aten
Zati
Mar
Naoh
Deeb
Syae
Myralove
Dya Adriza

Dan sape2 rase nk buat tag ni buatla ye. Nanti saya baca ek.

Sekian, Assalamualaikum wbt :)

07 November 2010

Seronok~ :)


Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni saya seronok sangat. Asyik gelak je. First sekali, sebab saya dah habis paper 2nd last. Paper IBM aka International Business pukul 5 suku petang tadi. Kemudian saya lepak kat petronas makan aiskrim ngan waffle * kesian betul lepak dalam petronas.. nampak sangat kat puncak ni xde tempat lepak yg best..* Bila dah balik bilik saya pun online tengok blog2 yg saya dah bookmark. Kemudian terjumpa pulak satu video yang sangat lawak ni. Tajuk die Bas Cirit, dihasilkan oleh MBB yg femes ngn video gelimat. Kredit kat diorang sebab buat video yg buat saya gelak guling2. Dah puas gelak2 saya pun pegi mandi dan solat..




Kemudian dah solat saya bukak website penulisan2u.my. Dalam tu ada banyak cerpen2 yg pembaca2 hantar. Bila saya tengok list2 cerpen tu kan, saya perasan ada satu tajuk cerpen dia 'Tiada Lagi Rahsia'. Saya terus senyum. Tu cerpen yang saya hantar 3 minggu lepas. Dah publish akhirnya. Ada 2 ulasan yg memberangsangkan. Budak2 umah saya pun baca gak. Diorang kate best. Saya pun tersenyum lagi :) Kalau anda semua terasa nak baca, boleh la klik kat link ni. Pastu sila2 la komen ye. Lama dah saya buat cerpen ni, 3 tahun lepas kut. Sebab tak nak terbuang macam tu je, saya pun anta la kat website tu. Tak sangka pulak dia keluar, hehe.

Oklah, takat sini dulu. Saya nak tido sebab saya sangat ngantuk. Esokla baru saya sambung study untuk paper last. Paper pharmacokinetic. Doakan saya boleh buat yang terbaik ye. Sape2 yang masih tengah exam, gudluck! :)

Terima kasih ye sudi baca coretan saya ni. Assalamualaikum wbt.

27 October 2010

Bila Exam Week Bermula...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu post yg org jumpe dan terasa nk share kat sini :)


Symptom symptom student bila time final exam..

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan2 tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  1. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  1. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  1. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam2 (dan2 tapi alhamdulillah)
  1. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  1. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  1. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya2. Dahsyat.)
  1. Kalau main message tu balas sikit2 je. Pendek2. Tak de mase nak fikir taip panjang2.
  1. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota2 (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  1. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  1. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  1. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  1. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  1. Asyik2 tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  1. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi janda, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  1. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  1. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  1. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai2. Nanti ade je bende nk borak.
  1. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek2 sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan2. Nak borak2. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  1. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


Hahahaha.. serius major ciri2 kat atas ni ade kat org.. korang lak cmne? Sure ade kan..

Sekian celoteh kali ini. Yang masih lagi ade exam, gambatte kudasai!

Assalamualaikum wbt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...