CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 February 2010

Buat Ahli Keluargaku Yang Disayangi...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Banyak kata2 along yang tak mampu terluah yang ingin along sampaikan... Walaupun along tau kalian semua xbaca dan xtau pun akan kehadiran blog ni, izinkan along tulis luahan hati along kat sini ye..

Ibu...
Bila kat rumah, along sibuk sangat buat kerja research proposal. Asyik memerap kat bilik je, hadap laptop 24 jam. Kadang2 along buat kerja sampai pukul 4 pagi. Pastu esoknya sure bangun lambat. Tapi ibu tak marah. Ibu tak kejut pun. Kerja rumah ibu suruh aja buat. Pastu lagi separuh ibu buat. Along mintak maaf bu sebab tak tolong ibu sangat waktu cuti..

Ba..
Kadang2 org lupe nak bagi ayam ba makan. Orang mintak maaf.. Lepas tu org plan nak naik bas balik kolej dari shah alam. Org mintak ba anta ke shah alam awal sikit sbab malam tu nak setelkan assignment grup, memandangkan ba pun plan nak pegi ofis ba kat shah alam skali.. Last2 ba ikut jalan lain, ba straight pegi puncak alam, bukan shah alam. 'Takpela.. ba hantakan...' Terima kasih ba... Along mintak maaf sebab susahkan ba..

Ana..
Ibu ngan ba selalu cakap ana yang paling degil dalam family. Sebab ni jugalah along selalu tegur perangai ana, and penah buat ana nangis. Along mintak maaf. Ni untuk kebaikan ana gak... Tapi along tau ana sebenarnya baik.. Ana selalu beli magazine yg along suka tiap2 bulan bila along xsempat nak beli sendiri. Walaupun ana xbaca langsung magazine tu, ana xpenah pun claim duit kat along.. Time kasih ana..

Aja..
Along mintak maaf sebab selalu menyusahkan aja suruh buat keje2 umah. Kadang2 along selalu bebel kat aja padahal apa salah yang aja buat tu xle besar mana. Mintak maaf sebab kadang2 along bebel tanpa sedar sebab selalu ikut emosi dan perasaan.. Time kasih sebab selalu tolong ibu buat keje rumah sepanjang along ada kat puncak alam ni..

Syahmi..
Kadang2 along saje sakat ami ngan ana ngan aja, sampai ami selalu je nangis. Along tau adik along ni sensitif skit... Maybe sebab ami ramai kakak. Along mintak maaf.. Tapi along nak bgtau ami yg along bangga sebab ami selalu tunjuk kat along yang ami boleh lindungi ibu bila along ngan kakak2 lain xada kat rumah. Ami pun penah cakap ami nak sekolah dekat ngan umah sebab senang nak jaga ibu. Terima kasih sebab jadi anak lelaki yg sangat2 boleh diharap dalam family..

Redha..
Redha adik along paling kecik.. So redha stil suka habiskan masa ngan main macam2 game kat umah tu. Along kadang2 masih mentah, xfaham pemikiran budak kecil. Bila along ajar redha waktu redha nak test, along marah2 redha bila redha xtau buat. Along lupe yg redha belum fikir lagi pasal study, pasal masa depan. Along selalu sorok psp tu bila redha rebut nak main ngan ami. Along mintak maaf..


Along tau, dalam family, along yg paling pendiam.. paling perahsia.. Kadang2 apa yang along nak cakap tu tak mampu terluah, macam tersekat dekat kerongkong dan akhirnya dipendam dalam hati.. Along mintak maaf.. Terima kasih sebab selalu menyokong along selama ni... Along doakan family along sentiasa dilindungi Allah walau dimana pun berada.. Amin..

15 February 2010

Untuk Jodohku Yang Masih Belum Kutemui...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…

Awak…
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Saya tak tahu awak berada di mana sekarang..
Mungkin kita belum pernah bertemu…
Ataupun sebenarnya mungkin kita telahpun bertemu..
Mungkin pada suatu masa dahulu… Mungkin setiap hari…
Mungkinkah awak rakan sekelas saya?
Atau rakan sekampus saya?
Atau anak jiran saya?
Atau kawan sekolah lama saya?
Atau kawan saya masa kecil dulu?
Saya tak tahu..
Tapi saya nak awak tahu..
Saya sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan awak..

Kadangkala saya berdoa kepada Allah..
Agar saya awal-awal tahu siapa jodoh saya sebenarnya
Supaya saya akan selalu memelihara sekeping hati ini..
Supaya saya tak akan salah memberi cinta..
Kepada insan yang tidak berhak menerimanya..
Tapi Allah itu Maha Mengetahui..
Mungkin Dia lambat menemukan kita berdua..
Dan meletakkan pelbagai rintangan sebelum kita bertemu..
Supaya apabila satu hari nanti saya bertemu dengan awak..
Saya akan menghargai awak setiap saat…

Saya tak pasti bila kita akan bertemu..
Mungkin esok? Lusa? Minggu ni? Minggu Depan?
Bulan ni? Bulan depan? Tahun depan?
Atau sebenarnya kita dah bertemu?
Cuma hati kita masih belum memberi petanda?
Saya tak tahu..
Tapi saya harap apabila kita bertemu nanti..
Allah akan memberi petunjuk kepada saya..
Bahawa awaklah insan yang telah ditakdirkan untuk saya..
Supaya saya tak lagi memandang insan lain..
Dan menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Sampai bila bila, hingga akhir hayat saya..

Saya nak awak tahu..
Saya seorang insan yang tak sempurna..
Banyak kekurangan dari segi luaran dan dalaman..
Saya tak dilahirkan dengan wajah yang cantik..
Tapi saya sedaya upaya mencantikkan peribadi saya..
Saya tak mampu memberi nasihat yang terbaik..
Tapi saya mampu menjadi seorang pendengar yang setia..
Saya tak mampu sentiasa membuatkan awak ketawa..
Tapi saya boleh berkongsi air mata dengan awak..
Saya harap, apabila kita bertemu jodoh nanti..
Banyak kekurangan saya yang boleh awak terima..
Dan saya akan cuba menjadi jodoh yang terbaik buat diri awak..
Saya cuba, InsyaAllah..

Dan andainya saya membujang hingga ke akhir hayat..
Saya tahu awak mungkin dah tiada di dunia ini..
Betapa saya mengharap perkara itu takkan berlaku..
Sebab saya teringin bertemu dengan awak walaupun hanya seketika..
Cukuplah sampai sini saja coretan saya..
Saya akan setia di sini menunggu awak..
Mungkin tak patut saya luahkan perasaan ini..
Tetapi saya kadangkala rindukan awak..
Dan saya harap jauh di sudut hati, awak juga berasa demikian…
Jaga diri baik-baik wahai jodohku..
Moga kita dipertemukan Allah pada lain waktu...
Wassalam…


Yang menantimu,
Raden Azwani


*mode jiwang menyerang, minta maaf*

13 February 2010

Pulang ke Rumah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Hari ini, 13 Februari, bermulalah cuti mid sem untuk kebanyakan universiti di seluruh Msia.. Setelah hampir sebulan xbalik (walaupun jarak ngn rumah lebih kurang stengah jam je), hari ini penulis mempacking barang dan bertolak pulang ke klang... Akhirnya dapat juga penulis menatap wajah family dan kucing2 yg dikasihi di srumah setelah agak lama memendam rindu.. huhu

Antara aktiviti2 yg bakal dijalankan di rumah pada cuti mid sem ni adalah :

1) Mendownload seberapa bnyk journal yg boleh berkaitan dengan tajuk research untuk mula menulis literature review & research proposal
2) Menghabiskan assignment2 yang dibekalkan oleh lecturer utk dihabiskan sepanjang cuti ni
3) Study untuk upcoming test.. retail 6 chapter dan juga pharm industry
4) Melawat kilang CCM pharmaceutical yg dekat ngan rumah as penulis dah diterima utk mnjalani praktikal sepanjang cuti sem ni kat situ..
5) Menjalani tanggungjawab sebagai anak sulung prempuan dalam family dengan menjadi surirumah part time.. biasalah tu..

Kesimpulannya = cuti ni bukanla cuti untuk penulis, huhuhu

Sekian sampai sini. Moga berjumpa lagi di update akan datang. Happy holiday semua.. =) Wassalam..


09 February 2010

Lelaki Idaman?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Setelah 18 hari berlalu, akhirnya penulis datang kembali melawat blog yang sudah lama kesepian... Maafkan diriku wahai blog... disebabkan kebizian melampau disamping keadaan internet through broadband yg jauh lagi teruk daripada pakai kabel kat puncak alam ni, maka penulis tidak dapat sentiasa mengunjungimu.. sorryyy (mode tengah mereng)

Em, kenapa penulis buat tajuk kat atas? Ini disebabkan setelah blog-walking ke beberapa blog, pnulis perasan ramai penulis yg suka tulis ciri2 lelaki/wanita idaman mereka. Kenapa? Adakah sebagai makluman kepada admirer2 di luar sana? Ataupun untuk memberi hint kepada sapa2? Hahaha, penulis xtau niat diorg.. tapi penulis pun teringin gak nak tulis. Asyik cite pasal assignment yg mlmbak2 ngan khidupan penulis yg semakin tension, bosan gak kan...

Kalo sebut pasal lelaki idaman, penulis nak cerita tentang penampilan luaran dulu.. Sebab penampilan luaran give 1st impression.. For some unknown reason, penulis suka tengok mamat berwajah chinese look yg pakai beanie, pakai cermin mata sambil pakai earphone/headphone. And pakai hoodie, lengan panjang tutup tapak tangan, and pakai sneakers. Then dia suka senyum. Ikhlas, tanpa ciri2 kegatalan. Kalo penulis jumpa sape2 kat luar mcm ni, sure penulis terkedu kejap. Malangnya, just dapat tengok dalam tv je, setakat ni jumpa dalam realiti belum lagi, huhu...

Kalau personality, penulis suka yg kelakar. Sebab penulis sangat suka gelak. Then dia perlu gentleman, caring dan baik hati. Tapi penulis xsuka kalau romantik2 sangat. Geli. Sbab penulis dilahirkan dengan ibu bapa yg tak romantik langsung, so macam allergic skit dgr ayat2 gitu, huhu. Cukupla kalo perasaan sayang tu ditunjukkan melalui action, bukan words.. Kalo dari segi agama, xalim sangat macam ustaz pun xpe, asalkan ikut segala suruhan agama. Kalau dari segi akademik, dia mestilah lagi tinggi dari penulis. Kalau penulis bakal pemegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (InsyaAllah), dia mesti lagi tinggi dari tu, boleh?

Haha, cukuplah rapikan penulis sampai sini. Saja2 tulis je pun, xde niat apa2. Lagipun jodoh tu di tangan Allah. Tak semua yang kita nak tu kita dapat. Tapi Allah selalu beri kita bukan apa yg kita nak, tapi apa yg kita perlu, betul tak?

Till here. Next update? 2,3 minggu lagi kut, huhu. Wassalam...

22 January 2010

Sekadar Update Tanpa Isi Penting...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Skrg ni jarang2 betul penulis update blog kan? Masa bru2 buat blog dulu, hari2 rajin je nk update. Em, disebabkan keadaan internet yg mgizinkan penulis update pada pagi2 ni, beserta insomnia penulis menyerang lagi, maka penulis pun mengambil ksempatan ini utk mmbuang sawang2 yang dah lama ada kat blog ni, hehe...

Prkmbangan terbaru? Em, penulis dah slamat ke hospital kajang utk 2 hari utk praktikal hospital pharmacy.. so far sume ok, just penat sbab hosp jauh sgt.. 1 jam 30min dari puncak alam (tp xpe sdap je tdo dlm bas tu).. Research proposal pun, intro punya draft dah siap dan dh diantar minggu lepas, pkul10 nanti nk jumpa puan nadia utk bincang isi2 research seterusnya, dan macam biasa, slide2 presentation beserta karnival BRAIN yg bakal menjelang, kerja2 tu yg penulis setelkan skrg.. Jadi hidup penulis dah tak selapang sem2 lepas...

Baru2 ni,ada satu perubahan besar yg penulis sedar berlaku dalam diri penulis. Perubahan emosi. Baru2 ni perasaan penulis menjadi sangat sensitif. Apa yg org lain ckp lepas skit, penulis senang sangat terusik. Bila ada org buat silap sikit, marah dalam hati ni meluap2. Pernah sekali tu penulis dengar satu lagu melayu ni, sedih sangat lirik dia, sampaikan penulis menangis dengar lagu tu. Agak kronik kan? Tapi penulis tak akan tunjuk terang2 apa penulis rasa tu pada org lain, cuma simpan sendiri2 je. Mungkin sebab ini la penulis rasa 'sakit'. Sebab perubahan emosi ni juga ada kawan2 yg perasan penulis skrg dah jadi blur, diam, asyik termenung... Jadi kalau ada kawan2 penulis yg terlihat keadaan penulis seperti di atas, faham2 sendiri ye. Terima kasih...

Sekian sahaja update kali ini. Tak tau la update seterusnya bila. Esok? Lusa? Minggu ni? Minggu depan? Bulan depan? kita tengok la nanti camne. Terima kasih ye sebab sudi baca celoteh penulis yang xde input2 berfaedah ni...

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...