CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 August 2009

Alfatihah & Tahniah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni jam 2.00pm ada Majlis Anugerah Dekan. Majlis yg menyampaikan penghargaan kepada student2 Fakulti Farmasi yg cemerlang, yg mndapat CGPA 3.5-4.00 time exam last sem. Majlis-wajib-hadir yg paling org tak nak pegi. Sebab nama org takde dlm senarai insan2 terpilih tu. Dah 2 kali CGPA org hampir2 mencecah 3.5. Jadi bila melihat insan2 terpilih menerima anugerah diatas pentas, hati org rasa pedih. Cemburu ke? Marah ngan diri sendiri ke sbab xleh jadi secemerlang dorg? Org tak ada jawapannya. Takpela wani. Sabar2. Next time try lagi. Jangan give up!

Majlis dimulakan dengan bacaan Alfatihah buat Allahyarham Ahmad Ashraf Sulaiman, klasmate kami yg telah pulang ke rahmatullah awal julai yg lalu disebabkan accident. Seminggu je lagi sblum start sem baru. Rupa2nya arwah antara penerima Anugerah Dekan. Malah, arwah merupakan pelajar yang mendapat Anugerah CGPA tertinggi dalam batch kami, dengan CGPA 3.92. CGPA yang agak sukar dicapai oleh pelajar2 Farmasi biasa. Hebat. Ibu bapa arwah, mewakili arwah, dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah bagi pihak anak mereka. Malah, pihak majlis juga menjemput kedua ibu bapa arwah untuk memberi sepatah dua kata. Kami sebagai pelajar2 part 5 bangun untuk menghormati kedua ibu bapa arwah.

Sebaik sahaja ibu arwah memegang mikrofon, suasana serta merta menjadi senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi kedengaran. Semua menumpukan perhatian terhadap 2 org insan yg berada di atas pentas tu. Dan sebaik sahaja suara ibu arwah bergema memberi salam, sungguh jelas kedengaran suara itu menggigil menahan sebak. Serta merta air mata terus bertakung kat mata org. Sayu sungguh suara tu. Suara seorang ibu yang telah kehilangan seorg anak, yg merupakan satu2nya anak yg dimiliki. Suara seorang ibu yang redha bahawa anaknya yang terlebih dahulu dijemput oleh Allah.

Ibu arwah mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menerima anugerah mewakili arwah anaknya. Ibu arwah sempat bercerita tentang cita2 arwah ketika mereka bersama2 menunaikan umrah di mekah. Arwah begitu teringin membuka farmasi di sana, untuk membantu mereka yg sukar berkomunikasi di farmasi disebabkan kebanyakan farmasi di sana diterajui warga arab. Setiap kali ibu arwah bercerita tentang impian2 itu, getaran suara beliau semakin jelas kedengaran. Pasti menyentuh hati sesiapa jua yg mendengar.
Banyak kali juga ketika bercerita, ibu arwah terdiam seketika menahan sebak. Berperang menahan gelodak perasaan. Saat itu, bapa arwah menepuk2 belakang ibu arwah untuk menenangkan beliau. Waktu itu air mata org dah tak dapat ditahan. Tumpah laju hingga jatuh ke baju. Ramai juga yang mengalirkan air mata. Masing2 memandang wajah arwah yang terpampang di atas skrin. Suasana dalam dewan menjadi semakin sunyi, semakin hening.

Orang lihat sebelah kanan. Org nampak betapa rakan2 arwah, klasmate org, yg kesemuanya lelaki, sedang bersusah payah mengetap bibir mengawal perasaan. Sedaya upaya berusaha menahan air mata daripada tumpah. Mata mereka digenangi air. Yang perempuan, masing2 mengelap air mata dengan tangan sendiri dan tisu. Mata mereka semua merah dan berair. Org terus tunduk. Tak sanggup lagi nak tengok sekeliling. Takut kalau2 tengok mereka, air mata ni makin laju mengalir, tak dapat ditahan2 lagi.

Sebelum menamatkan ucapan, ibu arwah menyampaikan quote yg sentiasa dipegang oleh arwah. 'Man get and forget, but Allah give and forgive'. Betapa bermaknanya kata2 itu. Selepas ibu bapa arwah turun dari pentas, majlis diteruskan, tapi dalam suasana yang sedih dan sugul. Masing2 mula mengimbau dan mengingati kembali kenangan2 bersama arwah. Lebih2 lagi kami pelajar part 5 yang rapat dengan arwah.

Org xterkecuali. 2 kali berkerja dengan arwah dalam menganjurkan program, dan arwah juga merupakan slh seorang AJK dalam SOPHYS, membuatkan hubungan org dgn arwah agak baik. Kami saling bekerjasama. Bila diberikan tugas, arwah ada menghubungi org, minta dibantu. Terutama dlm urusan surat menyurat. Setelah org bantu, arwah begitu bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih. Bila arwah ada buat silap dalam melaksanakan tugasnya, arwah ada menghubungi orang memohon maaf kerana katanya, telah menyusahkan org. Ternyata arwah antara insan2 yg berperibadi mulia yg pernah org temui. Dikurniakan akhlak yg terpuji, serta kepandaian serta kegigihan luar biasa, ternyata arwah Ashraf merupakan satu insan yang sukar dicari dalam seribu....

Alfatihah buat Allahyarham Ashraf. Kepada Allahyarham Ashraf, tahniah diatas kejayaanmu. Sama2 lah berdoa semoga roh Ashraf ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin....
Sekian. Wassalam.

11 August 2009

Perubahan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Bebaru ni org call ibu, nk beritau xdapat balik ujung minggu ni sbab nak join aktiviti kolej pringkat uni. Ibu kata xpe je, ibu paham. Lagipun ana balik. Lama sembang2, then tiba2 ibu kata sumting yg buat org terkedu kejap..

'Along, ibu perasan la kan, suara along dlm telefon makin lama makin dalam la. Makin matang. Anak ibu ni dah besar la...'

Ahahahaha. Org trus gelak. Kalo lelaki tu ye la kalau dah matang suara jadi dalam. Kalau prempuan? Setau org suara prempuan pun smakin besar semakin berubah, tapi obvious kah? Sampai boleh dengar dalam telefon?

'Haha. Ibu ni kan.. Orang sakit tekak ni, tu suara jadi lain,' org berdalih walaupun sebenarnya xde la sakit tekak mana pun.. batuk2 skit je.. entah kenapa tiba2 diserang rasa malu bila ibu kata macam tu.

'Betul la long. Bukan suara along je. Banyak dah perangai along yg berubah skrg ni ibu perasan. Nak2 time along cuti seminggu kat rumah haritu,' Ibu menyambung lagi. Masuk ke satu topik yg kitorg xpenah bincang pun sebelum ni. Matang. Ingatkan nak lari dari topik ni, tapi ibu makin excited pulak. Tapi ayat last tu menarik perhatian org.

'Ye ke bu? Apa ye org buat?' Org cuba memancing isi hati ibu. Org try gak flashback apela yg org buat kat umah haritu... tapi xde la rasa bnda pelik pun yg org buat. Xsangka seminggu kat rumah ibu banyak perhatikan org..sebab org lama xbalik umah ke? Xde la lama sgt kut rasanye..

'Ye la, kalo dulu along cakap ngan adik2 kadang2 marah2 je. Tapi skrg ni cakap pun dah lembut. Makin mesra dah ngn dorg. Makin rapat dah ngan shahmi ngan redha. Lama dah ibu tak tengok along marah adik2 lagi,' Org ketap bibir dengar ayat ibu.

'Ibu, dulu tu dorg nakal, suka buat bising, suka sepah2, org marahla.. sekarang ni dorg dah besar, dah baik, buatpe nak marah2 dorg lagi kan? hehe..'

'Hehe. Tu satu. Lagi satu, dulu along nak buat keje umah kdg2 kena suruh. Pastu siap ibu repair balik. Skrg ni xpayah dah suruh2, dh pandai buat sendiri. Keje pun makin bagus dah,' Ibu kata lagi.

'Oh, ye la bu. Ana ngan aja xde. Sape lagi nk buat kalo bukan org? Xkan shahmi ngan redha?' Org gelak, ibu pun gelak.

'Em, apa lagi ye... Ha, ibu perasan dlu along duk berkepit ngan mp4 ngan henfon kehulu kehilir. Sekarang dah tak. Ibu nmpak asyik berkepit dengan novel je pulak. Pastu sejak bila rajin pakai kain batik kat rumah ni?' Ibu gelak lagi. Org pun join sama.

'Tu pun dikira matang ke bu? hahaha..' Teringat plak kat rumah tu org pakai kain batik sebab seluar org sume dah xde dlm almari. Aja bawak pegi asrama la tu. Bukan nak bgtau. Lama2 pkai kain batik ibu sronok la pulak.

'Hehe, xkisahla long. Ibu tau anak sulung ibu ni dah besar. Dah boleh diharap. Sbab tu ibu xrisau tinggalkan along ngan ana ngan shahmi bertiga masa ibu ngan ba balik kmpung aritu,'

Org diam, xtau nak cakap apa. Malu sekali lagi bila ibu kata mcmtu. Jarang dalam telefon or kat rumah kitorg sembang benda2 macam ni. Ni boleh la nk dikira 1st time. 1st time org mendengar sndiri isi hati seorang ibu tentang perubahan anaknya yg semakin dewasa.

'Along dah 21, dah semakin besar. Fikiran pun dh semakin matang. Bukan ibu je perasan tau. Ba ngan ana pun ada cakap haritu..' Org terkejut. Oh, dorg ni mengumpat aku ye, hehehe..

'Rasa pelik pulak bila ingat2 balik. Dulu2 ibu selalu dukung along bawak jalan2. Sekarang ni tengok2 along dah lagi besar dari ibu pulak. Pelik tapi sronok tengok anak2 berubah semakin besar depan mata sendiri,' smbung ibu.

'Lagi 5 tahun nanti, along nak kawin pulak. Tu, kak anum, abang amin, azi, sepupu2 along tu sume sibuk dah nk bertunang bulan ni ngan bulan depan. Ibu rasa kalo along nak gak dah boleh la ni..' Aih...ibu cakap topik ni pulak. Lantas org terus berusaha menukar topik, dan akhirnya berjaya.. nasib baik..

Perbualan org ngan ibu pada haritu buat org berfikir, kita ni semakin lama semakin tua, usia bertambah, fikiran pun berubah, begitu juga dengan tingkah laku kita. Mungkin kadang2 kita xperasan, tapi family kita, kawan2 kita, org yg dkat dgn kita, perasan perubahan tu...

Bila dah semakin tua, tanggungjawab kita semakin besar. Tanggungjawab pada family, pada status kita sebagai pelajar, pada negara, bangsa dan yang paling penting sekali agama dah jadi semakin besar. Bila usia dah bertambah, tu tandanya kita semakin menghampiri mati. Dah bersediakah kita nak menghadapi semua ni?

Umur 21 dah masuk kategori dewasa. Semakin banyak benda menanti kita kat depan, yg kita xtahu bila & bagaimana rupanya. So sama2 la kita preparekan diri utk menghadapi semua2 tu. Sentiasalah berdoa semoga Allah bersama kita tatkala kita berjuang demi menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni... Agar di akhirat kelak kita tak akan dipersoalkan kembali tanggungjawab kita itu oleh Allah...InsyaAllah..

Teringat dulu2 masa kecik bila ba asyik berkerut & org tnya kenapa, ba kata mcm ni..

'Tak senang jadi org dewasa ni wani...' Hmm...

Sekian...Wassalam..=)

07 August 2009

Assignments...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari Jumaat. Selalunya waktu mcm ni org kat kelas blaja cardiovascular system. Tapi hari ni kelas kensel. Siti, aida ngan yuh pegi shah alam. Meronggeng bak kata dorg. Jo ngan tikah pun gi shah alam ptg ni, ada tournament netball. Dorg awal2 pagi dh pegi practice, lalu skrg ni masing2 tertido kepenatan. Org janji nk kuar ngan shanaz, tp pkul 3 pm nanti. Lambat lagi. Lalu org stranded keseorangan di bilik. Berfikir apa la nak buat ni? Hm...

Lalu org trus terpikir nk mghabiskan assignment yg mula melambak. Di sini org listkan assignment2 tu, biar xde kwn2 org yg tertinggal, hehe..

1) Financial Management - Time Value of Money - submit pada Rabu 12 Ogos 09 (susah gila soalan.. 2 je pun)
2) Respiratory & Renal System & Pharmacotherapeutic - Bronchitis, Pneumonia, Expectorant, Antitussive & Mucolytic agent - submit pada Jumaat 14 Ogos 09
3) Pharmaceutical Biotech & Bioengineerg - Presentation & report utk topik Jermasia Goat - 2 weeks from now (utk ahli grup yg brkenaan shaja)
4) Intro to Veterinary Pharmacy - Produce 70-80-pages book about The Biology of Tiger - submit pada bulan Oktober

Hmmm, nmpak mcm skit. Tapi napa org rasa serabut sgt? 'Ko ni kan org busy, tetiap mggu meeting.. Mana tak serabutnya,' kata kawan org. Sabar je la wani. Kalo dah nama student, study je la kejenya. Xstudy, buat assignments. Tu je la. Nk buat apa lagi kan? So sila kuatkan semangat anda & jgn tensen2... ok?

Sekian. wassalam...

05 August 2009

Solat Diakhir Waktu...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya tak update blog.. Skrg ni mcm dah malas nk online sbab tenet sgt slow dan sgt menguji keimanan & kesabaran.. Nasib baik subuh2 ni laju skit.. Kalo tak entah bila la nk bukak..

Semalam, org baca novel kak jeeb. Terbitan alaf 21, tajuk dia Bayangan Rindu. Actually org xbrapa gemar novel alaf 21 sbab slalu crita cinta dia heavy & memberatkan kepala je (pada pendapat org la), tapi sebab dah xde novel lg nak dibaca dikala kebosanan melanda, maka org pun pinjam gak la.. And dalam novel ni org jumpa satu input menarik yg org rasa nk share kat sini...

Rupa2nya ada crita kalau kita lewatkan solat. Jika kita berpuasa, amalan kita akan smpai terus pada Allah. Tapi jika kita bersolat, ada 'posmen' pula yg hantar amalan kita kepada-Nya. 'Posmen' itu tak lain adalah para malaikat.

Setiap kali kita solat, ada malaikat yg hantar amalan kita kepada-Nya. Ia kena melalui 'tol-tol' di setiap lapisan langit. Malaikat juga yg menjaga 'tol-tol' ini. Jika kita solat pada awal waktu, tidak perlu bayar 'tol', atau kata lainnya tidak ada sekatan. Tidak ada jam. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Allah SWT utk dinilaikan.

Jika kita solat pada akhir waktu, tak perlu bayar 'tol' juga. Tapi sekatannya... masyaAllah. Di langit pertama, penjaga 'tol' marahkan 'posmen' kita. Disoalnya, kenapa lewat 'pos'kan amalan kita? Merayu-rayu 'posmen' malaikat kita minta diberi laluan, tapi penjaga langit pertama tak hiraukan, sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi, lalu jatuh berderai...
Maka tidak smpailah amalan kita pada Allah SWT seolah-olah kita tidak solat juga. Jadi, bersedialah kita menerima pembalasannya, jika tidak di akhirat, di dunia... Hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa...

Bila baca part ni, org insaf sgt. Org pun manusia jugak, tak lari dari melakukan kesilapan2 macam ni. Org tau kat luar sana ramai je insan yg suka lengah2kan solat, kadang2 smpai nk masuk waktu solat yg seterusnya pulak. So kwn2, sama2 la kita amik iktibar daripada kisah di atas ye... Kasihankan malaikat yg menjadi 'posmen' kepada amalan2 kita. Berusaha nk membawa amalan kita kepada Allah tapi di pertengahan jalan kena marah pula. Berdoalah moga2 dosa kita yg sebelum2 ni diampunkan oleh Allah SWT.. Amin...

Sekian. Tak taula bila update yg seterusnya. Masuk minggu ke4 kat kampus ni, kesibukan tu dah makin jelas terasa. Sampai ketemu lagi. Wassalam... =)

01 August 2009

Happy Friendship Day...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini, 1 Ogos, merupakan hari Friendship Day sedunia (xtau apa nama melayu dia, hehe). Org ambil kesempatan ni utk wish Happy Friendship Day buat sume kawan2 org. Kat sini org tujukan ucapan ni khusus untuk kawan2 rapat org yang majornya merupakan rakan2 pre degree & sama rumah sewa ngan org selama stahun lebih sejak kat kristal lagi. Diorg ialah Yuh, Tikah, Ayu, Siti, Shahnaz, Jo, Aida dan tak terkecuali kawan org yg slalu jadi pendatang, Syu (jgn marah Syu, hehe)

Kat sini tbe2 rasa nk share apa 1st impression org kat dorg ni masa 1st time jumpa, waktu zaman mude2 time pre degree dulu, hehe.. Tahun 2006, 3 tahun lepas..

Yuh : Senyapnya roomate aku ni... Diam je.. (time ni blum dgr lagi yuh cakap & buat lawak)
Tikah : Dia ni baik la.. nakla roomate ngan dia nanti.. (last2 mmg seroomate kat kolej =))
Ayu : Tingginyee.. Kalah budak2 laki.. (tengok sambil mendongak)
Siti : Lawa la dia ni.. Putih.. tapi napa muka sedih je.. (sory ye siti..=p)
Shahnaz : Kecik gila dia ni. Sombong pulak tu.. Spek dia, em... (sory gak shahnaz =p)
Jo : Haha, tengok dia ni gelak aku pun nak gelak.. (time ni tengok Jo gelak ngan Syu)
Aida : Comel.. sopan.. lemah lembut.. prmpuan melayu terakhir betul.. (=))
Syu : Semangat betul dia ni gelak. Cantik je geng ngan Jo.. (hahaha)

Nilah gambar insan2 di atas.. (shanaz xde, mmg dia ni cameraphobia. Post b4 ni ada pic die)


berdiri dari kiri : aida, siti, syu
duduk dari kiri : tikah, ayu, yuh, jo

Ni je? tak.. ada lagi.. kali ni geng komander plak, hehe.. Budak pre yg jadi komander ada 3 org je.. Hana, Masi, Aishah.. 1st impression org kat dorg ber3 ni plak?


Hana : Muka baik.. Ada gaya macam mak orang gak.. (hana, soryyyy)
Masi : Garang la muka dia ni.. Susah nk tengok dia ni senyum.. (ok sangat jadi komander, hehe)
Aishah : Ramah... Semangat la dia ni bercerita.. (hehe)

Gambar dorg ber3 dengan Kak Jeeb, komander merangkap klasmate org juga...
Dari kiri : Hana, Kak Jeeb, Masi, Aishah

Haha, mcm2 1st impression org kat dorg ni kan.. Moral of the story kat sini :
1) Dont judge a book by its cover.. Selak2 dalam buku tu skali...
2) Tak kenal maka tak cinta, hehe..

Org juga nk wish Happy Friendship Day juga buat semua rakan2 klasmate org, rakan2 skolah lama org, dan sape2 jugalah rakan2 yg mengenali diri ini. Kpada korg sume, org hope friendship kita kekal selamanya.. Tak kisah la 1 tahun lagi, 10 tahun lagi, meskipun 100 tahun lagi (kalo pnjg umur), org hope this friendship will never end, only till death do us apart.. InsyaAllah...
Till then. Assalamualaikum wbt.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...