CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 June 2025

10 years ahead. My current stories.

 Assalamualaikum wbt semua.

10 years dah berlalu and I am back. Last post tahun 2015, masa tu baru setahun lebih kahwin, Ammar baru 6 bulan. Masatu kerja pun masih lagi kat Hosp Kuala Kubu Bharu. Taktaula kenapa tiba² malamni rasa nak update. Just nak cerita apa yang dah berlaku lepas 10 tahun ni. Blog ni dah tak ada readers pun, but kalau still ada, drop comment ya to let me know hehe.

So here's my stories:

- Anak dah bertambah lagi dua. Lahir tahun 2016 & 2018. So total 3. Ammar umur 11 tahun, Aysha 9 tahun, while Aidan 7 tahun. Semua dah sekolah and currently bolehla tarik nafas lega sikit sebab dah takde baby. Tapi sampai bila? Jengjengjeng😆 

- Sebab dah takde baby, takde dah aktiviti mengepam susu, menguruskan anak malam2, masak bubur etc, badan ni naik mendadak macam dipam² ye. Dulu 50kg, sekarang dah naik almost 20kg. Sekarang dah kena pakai specs, rabun jauh & silau makin teruk. Wuuu dah tua 🥹

- Dulu duduk kerja Klang, sekarang dah mastautin negeri lain, kat Nogori Sembilan. Tapi still kerja Selangor, kat klinik kerajaan daerah Hulu Langat. Kena jadi boss farmasi. Mujur KK comel je. Patient tak ramai, staf pun sikit je.

- Naik pangkat dah. Sekarang UF13, dulu panggilnya UF52 sebelum tukar sistem SSPA. Akhir tahun ni naik pangkat UF14 atau UF54. Makin bertambah pangkat, makin besarlah tanggungjawab huhu.

- Last update, hobi² lama kita dulu like membaca, menulis, sketch, semua dah ditinggalkan disebabkan kekangan masa dan kebusyan kerja. Tetiba dah tua nak masuk 40 ni suka staycation and travel pulak. Maybe nak release stress penat kerja, kita pergila berjalan hujung minggu bawak anak². And alhamdulillah still deeply madly in love dengan my husband yang selamat dinikahi 12 tahun lepas. Kalau korang ingat lagi yang kita duk tulis panjang lebar pasal dia dalam post 'This is My Love Story' tu, alhamdulillah masih lelaki yang sama ye hehe. Doakan kami kekal sampai syurga ❤️


Oklah cukuplah update sampai sini. Tengokla maybe 5-10 tahun lagi kita updatela lagi apa perkembangan terbaru. Itupun kalau umur panjang lagi la ye. Till then, thank you for reading this! Assalamualaikum and holla🫰🏻


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...