CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 July 2009

Marilah berdoa..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Seandainya sewaktu kita menadah tangan berdoa, kita mendengar satu suara...

'Terima kasih kerana menghubungi Baitullah. Sila pilih bahasa anda'

Sebut 1 untuk Bahasa Melayu
Sebut 2 untuk Bahasa Arab
Sebut 3 untuk Bahasa Inggeris
Sebut 4 untuk lain-lain bahasa

Kemudian, kita mendengar pula yang ini :

Sebut 1 untuk 'Permohonan Hajat'
Sebut 2 untuk 'Mengucapkan Kesyukuran'
Sebut 3 untuk 'Mengadu Nasib'
Sebut 4 untuk 'Berkongsi Kesedihan'
Sebut 5 untuk lain-lain

Atau..bagaimana pula jika kita mendengar seperti ini..
'Harap maaf. Semua pekerja kami iaitu para malaikat sedang sibuk melayan pelanggan. Sila tunggu sebentar. Anda akan dilayan sebentar lagi,'

Atau mungkin juga ini...
'Sistem kami menunjukkan anda telah membuat satu permohonan. Sila datang semula pada esok hari,'

Atau...
'Harap maaf. Servis kami tidak beroperasi pada hari Ahad. Sila hubungi kami selepas jam 9 pagi pada esok hari. Terima kasih,'

Alhamdulillah, Allah mengasihi dan menyayangi kita. Kita dapat menelefonnya setiap saat. Allah menerima setiap panggilan kita tanpa tercicir walau satu pun. Dia mengetahui siapa pemanggil-Nya secara peribadi. Setiap hari, Allah menerima panggilan berjuta-juta banyaknya. Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Tiada had masa. Tiada pencarian 'coverage'. Tiada talian sibuk. Tiada caj dan bil. Tiada operator pengantara mahupun perantaraan bahasa. Berdoalah tanpa jemu! :-)



p/s: Sesungguhnya insan yang tidak berdoa selepas solatnya merupakan insan yang sombong terhadap Allah...

29 July 2009

Light of Love..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Light of Love, or bahasa melayunya Nur Kasih, drama yg menjadi sebutan ramai baru2 ini. Org tak terkecuali. Baru je layan 3 episod sekali harung semalam. Apa yg specialnya dgn drama yg diarah oleh Kabir Bhatia ni? Em, personally, org rasa kekuatan cerita ni of course pada jalan ceritanya. Walaupun Kabir Bhatia kata ni bukan drama dakwah, tapi unsur2 islamik dalam drama ni la yg menarik begitu ramai penonton. Berapa kerat je drama melayu kat malaysia yg ada unsur2 islamik kan? Sikit sangat. Leh kira ngan jari. Kalo drama melayu asyik2 cite korporat, cite datuk ngan datin, tu yg peminat drama melayu tak ramai..


Em, drama ni mengisahkan dua beradik yg berlainan karakter. Aidil yg digambarkan baik, bertanggungjawab, taat, kuat agamanya, sgt berbeza dgn adiknya Adam, yg mempunyai sifat berlawanan dgn Aidil. Begitu juga dengan Nur Amina yg digambarkan seperti Aidil versi perempuan, lain sifatnya dengan adiknya Siti Sarah yg manja, nakal, walaupun tidaklah berperangai seperti Adam. Tapi Allah takdirkan Nur berkahwin dengan Adam, walaupun Aidil yg sebenarnya menyukai Nur. Adam pula langsung tidak menyukai Nur, malah menyukai Katrina di Australia, manakala Sarah menyukai Aidil. Nur pula, tak disangka2, menyukai Adam sejak zaman sekolah lagi. Betapa rumitnya kisah cinta bersegi2 ni kan?

Other that that, org suka pelakon2 crita ni. Meskipun wajah2 baru yg ditampilkan, ternyata dorg sume terer brlakon dgn baik. Begitu juga dengan syot2 dalam drama ni. Serius cantik. Org suka bila cameraman menarik kamera ke tepi atau menjauh dari para pelakon bila babak tu nak tamat. So syot yg terhasil jadi sangat cantik dan kreatif..

Satu lagi tarikan drama ni, lagu 'Nur Kasih' yang dinyanyikan oleh Yasin & Eena Houzyana. Lagu ni belum ada yg full version kat internet, meskipun ramai yg asyik tercari2. Lagu ni sedap, lirik dia menusuk jiwa. Antara bait lirik dia yg org suka:

'Lewat ini kurasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yg kupendam
pada takdir dan harapan..'

Lirik ni macam menyuarakan isi hati Nur dan Aidil yg pasrah terhadap takdir yg menimpa diri keduanya. Menyintai insan yg langsung tidak pernah sedar akan kehadiran cinta itu. Pedih kan?

Ha, watak feveret org dalam ni bukanla Nur Amina, tapi ibu Aidil dan Adam, iaitu Hajah Khadijah. Watak beliau sebagai isteri dan ibu yang sangat taat, lemah lembut walupun tegas dalam drama ni sangat menyentuh hati org. Di sini org letak dialog2 beliau dalam drama ni :

'Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…' - Hajah Khadijah

'Isteri org, ada intan berlian... isteri abang?' - Ustaz Hassan
'Isteri abang ada abang...' - Hajah Khadijah

Oklah. takat sini dulu. Ish, asal buat review je msti nk panjang2. Sian korg nk baca nnti. Org hope review ni mmbantu korg yang ragu2 nk follow drama ni ke tak, hehe. Belum terlambat lagi bagi korg yg baru nk follow. Jumaat ni dah episod 10. Bolehla org tengok sebab ada kat umah.. =) Sekian.. Assalamualaikum wbt..

27 July 2009

Pulasan... =)


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Em, nape tajuk buah pulasan? Sebab kat umah org sekarang ada berbakul-bakul buah pulasan yg tunggu nak dimakan @ diberi orang lain je... seronok~ Personally, org lagi suka makan buah pulasan dari rambutan, sebab org rasa buah pulasan lagi manis. Nak bukak pun senang, pulas je (tu yg diberi nama pulasan kan? hehe) Xpayah nak gigit @ pakai pisau macam nak bukak rambutan..

Ni nak cerita, hari jumaat haritu pulang je dari kampus (ditutup seminggu tiba2 utk cuti mid term yg diawalkan) org ngan family direct balik umah atuk kat Batang Kali, Hulu Selangor sebab atuk call ibu kata sekarang ni musim buah pulasan. Meh la balik kampung kutip buah, kata atuk. Haritu dah musim durian, la ni pulasan pulak. Seronoknya kalau ada dusun kat kampung ni... Macam2 buah leh makan.. =)

Masuk je dusun buah atuk pada hari sabtu, org tengok pokok pulasan sume dah berbuah merah. Tak sabarnya nak petik buah satu2. Nasib baik pokok dia rendah je. Tak payah panjat pun. Orang ngan ibu, ba ngan redha (ana, aja, shahmi ada hal xleh ikut) pun mengutip buah di setiap pokok guna gunting buah (xingat ape nama dia) dari pukul 10 pagi ke 2 petang.. Dan ni la hasilnya...


Banyak kan? Penuh satu boot kereta..Sebenarnya banyak lagi yang xsempat nak amik. Ba kata kalo ada time minggu depan kita balik lagi kutip the rest. Dusun ni pun ba dah beli dari atuk, kiranya sume buah dalam dusun ni kitorg leh amik. Atuk xkisah tolong jagakan. InsyaAllah, kalo by ujung minggu ni stil banyak lagi n still elok, org bwk skit gi kolej. Tapi kalo buah dah xelok or habis, org mintak maaf ye.. next musim buah pulak org try bawak ye..=)


Ok, takat ni dulu. Nak makan buah lagi. Hope glucose level org xnaik la makan buah banyak sangat, hehe. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum.. =)

24 July 2009

Tahniah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Disini org ingin mengucapkan tahniah kepada siti, shahnaz dan hana kerana terpilih antara 5 org yg mewakili part5 dalam pertandingan public speaking antara batch fakulti farmasi yg akan diadakan pada rabu petang tak lama lagi. Kelas rep kitorg, mad sapri yg adakan undian ni. (kena undi, xrasa ada yg volunteer nk join) Cara pilih dia? guna buku pharmacology je. Buka buku randomly, tengok num page die, then check num kat attendance list. Org tu le kena. Jimat masa. Kalo x macam mane nak pilih 5 org dari 103 kalo pakai undi biasa kan? Kepada siti, shahnaz n hana, gudluck~ nanti time korg public speaking, sure kitorg datang sokong.. =)



Ha, tadi mar bagitau, kampus induk uitm shah alam dah kena tutup seminggu sebab kes H1N1. Kiranya, banyak jugalah uitm kat malaysia ni dah kena tutup. Pastu dengar cite, kampus puncak alam ni pun kena tutup seminggu, start minggu depan. Rasa2 berita ni dah sahih. Kalo macam tu, org akan extend cuti kat rumah smpai seminggu la nampak gayanya..

Sekian. Time kasih kerana membaca. Assalamualaikum.. =)

23 July 2009

Sabar je la...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Hari ni xde cite best.. cite xbest adela.. petang tadi time nak beli dinner untuk budak2 umah, org kuar ngan housemate iaitu siti, tikah, ngan yuh. 4 org je. Lepas smpai kat umah, kitorg pun makan. Siti makan lambat skit, xjoin kitorg. Bile dia nak makan, sekali meal dinner dia ada telur dadar je. Nasi xde. Lauk daging siti order pun xde. Kitorg pun baru je perasan. Siannya siti..huhu. Nasib baik siti kata dah kenyang (yeke siti?) Shahnaz pulak order mihun dapat nasi. Tomyam die xsedap plak tu. Terus perut dia rase xsedap. Hish.. Em, maybe silap kitorg gak, xcheck dulu before balik. Tapi kalo nak check 9 menu kat situ, lama kut... So, kedai makan yg kitorg pegi tu = banned!

Kat sini saje nak letak gambar. Macam biasa, kredit to jo sbab snap gmbar2 ini. Org tukang curik je.. (thnx again jo~)

Gambar ni diambil dari ofis fakulti di tingkat 10. Atas bukit tu kolej Rafflesia, pastu tangga batu caves, pastu PSB (Plaza Satelit B) kat bawah..

Lepas turun tangga batu caves, lalu PSB, pastu ade bridge lagi, jalan cross fakulti sains kesihatan, then baru sampai fakulti farmasi. Jauh skit la kan?

Gambar ngan ayu berlatarkan kolej2 kediaman (Blkg tu sume kolej Rafflesia, yg belah2 kiri tu sume Angsana, kolej org)

Minyak ni tadi time kitorg blaja pharmacognosy. Prof weber bawak. Dia kata minyak ni patut xleh jual. Ingredient xde, indication xde, registration number xde.. mcm2 la. Tapi org suka nama dia. Cap kambing gurun. Patut kena tambah 'cap ibu kambing gurun & anak' sebab ada 2 ekor, hehe.

Saje je letak gambar meja sendiri. Tgh xde keje, hehe..

Ok. Takat ni dulu. Wassalam.. =)

21 July 2009

Cerita hari ini..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Em, bukak je blog org ni, org terus gelak sendiri. Nape? Sebab org baru perasan blog org ni colorful sangat. Background itam, tulisan plak ade biru, pink, ijau, kuning, oren, kelabu. Sume kaler ade. Xpela kan? Meriah la skit... Hehe

Cite org hari ni, em...Hari ni punye kelas ada 3, ade Pharm Biotech, 3rd language iaitu arab, dan juga subjek elektif yg org amik iaitu Veterinary Pharmacy. Kira jadual org full la arini dari pagi sampai petang..

Cakap pasal kelas arab, sejak minggu lepas heboh satu batch part 5 fakulti farmasi mengatakan ustaz kitorg, iaitu ustaz faisal tu hensem. Muda lagi pulak tu. Pastu time kelas minggu lepas ramai pulak batchmate org language lain duk lalu lalang tepi kelas. Selalunya kalo lalu, diorg lambai kat kitorg dlm kelas ni, tapi haritu mata sorg2 duk jeling kat ustaz je (nmpak sebab dinding transparent). Budak2 laki pun sama. Siap buat port luar klas lg. Benda ni buat org senyum sorang2. Hahaha. Em, ustaz hensem ke? tak pun rasanya.. maybe ada rupe sikitla, sbab mata ustaz besar. Tu yg nmpak comel skit kut... (agaknya la) Dayah ade kata nk snap gmbar ustaz curi2, tp mission failed pulak. Kalo x maybe leh gak upload kat sini, hehe..

Kelas veterinar, 20 student je, subjek elektif, so ramai xnk amik. Nape org amik? Sbab org suka sangat kat haiwan. Rumah org pun memang dah bnyk pet. Org rasa haiwan adalah salah satu makhluk Allah yg unik yg best utk diexplore. Mereka lahir mungkin tanpa akal, tapi mereka dilahirkan dengan kasih sayang. Kita xleh deny fakta tu.. Cuba tengok mcmana haiwan jaga anak. Haiwan pun xpenah buang anak. Kalo haiwan buang anak pun kita faham, mereka makhluk xberakal. Tapi kalo manusia?? Hm.. Pastu tengok macamana bila haiwan sayang pada manusia. Sanggup redah beribu batu nk jumpa tuan die balik. Sanggup korbankan nyawa nak lindungi tuan die. Buat kita terharu, kan? Maka kita patut menyayangi mereka juga.. Memang dulu org pnah bercita2 nk jadi vet tp ba plak xsokong.. ba kata lebih baik berbakti pada manusia. Xpela, blaja skit2 cmni pun jadila ek..

Ha, harini org naik tangga batu caves tu dua kali...Pagi n petang.. Plus, harini org puasa tanpa bersahur, huhu. Leh imagine mcm mana pnatnya org hari ni? Xpe2 wani, kuatkan semangat~

Takat sini dulu. Jumpe lg nanti. Assalamualaikum.. :-)

20 July 2009

Kelas terakhir Dr Mina...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Semalam, (ptutnye 'hari ni' sbab after 12.ooam) org tido lebih kurang pukul 2.ooam. Agak lambat jugalah utk org yg ada klas jam 8.3oam nanti. Baru jam 12.28am org nk naik ke katil, tibe2 my big bos call, mntak buat surat urgent, hntar kat timb pengarah HEP, nk by tomorrow morning. Baik bos, arahan diterima. Dengan lemah (sbb otak dah mindset nk tido) org pun bukak laptop n taipla surat yg diminta tanpa banyak soal... xpela wani, memang ur duty kan?

Time buat surat jugalah, my lady bos pulak call. Nak bagi takwim SOPHYS time tu gak, sebab maybe esok beliau tak dpt menghadirkan diri ke kelas.. (nape ye kak mun? hehe) Jam menunjukkan 12.40am. Ok. Boleh. Xde hal. Kak Mun pun datang antar takwim. Dan time org buat surat sambil mengisi takwim (nak hantar kpd penasihat SOPHYS rabu ni), someone menghantar mesej gudnite pula. Jadi pada waktu itu, org menaip surat, mengisi takwim dan membalas mesej pada waktu yg sama. Terer x? hehe.. =p Setelah sumenya selesai lebih kurg jam 2.00am, org pun tido..

Jam 5.00am pulak, org terjaga. Pastu lgsung xleh tido. Xpelah. Pegi sahur. Pastu xboleh tido gak lagi. Sape suruh sahur minum nescafe? Mana nak tidonye.. Akhirnya pas bersahur sampaila ke 8.30am, org xdapat lelapkan mata. Jadi, org tido hanya 3 jam semalam. Org kena tido paling kurang 4 jam baru otak leh function well keesokan harinya. Xpe2.. Sabar ye wani. Mulakan hari anda dengan senyuman, meskipun senyuman itu palsu semata-mata.. =) (hehe..)

Kelas Dr Mina, or nama penuhnya Dr Minaketen Tripathy yg berasal dari India, adalah kelas yg ditunggu2 sume pelajar fakulti farmasi part 5 setiap pagi Isnin (yeke? haha) Kelas beliau bermula jam 8.30am dan berakhir jam 10.20am. Hari ni hari terakhir kelas beliau sebab next week lecturer lain pulak masuk utk topik lain. Hari ni beliau menyambung tajuk agglomerates utk subjek drug delivery system II. Beliau pun mula bercerita pasal method2 penghasilan agglomerates. Mula2 stil bleh fokus, tapi then baru org perasan untuk setengah jam pertama, slide kat depan tu tak berubah2 pun. Still slide yg sama. Hebat sungguh Dr Mina ni...

Macam biasa, sesi soal jawab diadakan mcm minggu2 lepas. Luckily org xkena. Otak xberapa nk function time2 ni. Kalo kena, maybe jawapan yg diberikan tah apa2 jadinya. Then, lepas 1 jam, otak mula terasa penat. Selalunya jam 9.30am, mana2 lecturer akan bagi break 5minit, tapi Dr Mina tiada tanda2 nak berhenti bersyarah. Org tengok keliling. Semakin ramai mengeluh penat, bergerak kesana-sini macam cacing kepanasan. Org tak terkecuali. Pinggang dah lenguh. Tapi xpe. Fokus2. Kjap lagi beliau bagi break la tu..

Jam menginjak ke angka 10.00am. Still belum ada break. Dr Mina semakin laju bercakap. Belum pernah rasanya beliau mengajar selaju ini. Bercakap tanpa henti dan tanpa penat. Orang dah mula pelik. Mungkin nk kejar masa. Maklumlah, ni kuliah terakhir dgn beliau. Daripada 1 word yg org miss, lama2 jadi 1 sentence, hinggalah semakin bnyk sentence yg org miss, lalu org pun letak pen. Tak masuk apa2 dah. Dr Mina sangat khusyuk bersyarah sehinggakan ada student angkat tangan utk mintak repeat pun beliau xperasan. Akhirnya semakin ramai org meletak pen dan bersandar pada kerusi. Maybe dah penat macam org gak. Even ada gak yg tido depan beliau smpai ditegur. Akhirnya kak Ainul mengangkat tangan minta break 5minit. Mujur Dr Mina nmpak. Tapi break yg diberi hanya 3minit. Xpela...Janji ada break...

Kuliah disambung selepas break. Kali ini okla sikit. Boleh fokus balik. Tapi ramai gak yg xleh nk fokus even dah bagi break. Maybe skejap sangat kut. Jam 10.22am, kelas tamat. Sebelum menamatkan kelas, Dr Mina menunjukkan slide yg tertera 'Long Questions' dimana terdapat 7 soalan di atasnya. Beliau meminta kami menyalin dan menjawab di rumah. Alamak, baru simpan pencil case. Xpela.. Lalu org pun salin la soalan2 tersebut..

Beginilah serba serbi cerita org waktu kuliah yang pertama pada hari pertama pada minggu ketiga di Puncak Alam ni. Orang perasan, stiap kali kelas Dr Mina je mesti ada yg tak hadir. Sejak sem lepas lagi. Xpela. Maybe diorang ada reason sendiri.. (Atau maybe melarikan diri kerana takut disoal?) Em, entahla.. no comment..

Sekian sahaja post pada hari ni yg banyak mengarut aje. Org nk qadha tido. Jam baru 11.31am. Lama lg nk zohor. Org puasa pada hari ni. Doakan org terus bertahan ye! Wassalam..:-)

19 July 2009

Ketika Cinta Bertasbih...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Pada jam 7 am, org, Aida n Jo pegi berjogging. Kitorg ambil kesempatan ini utk menghirup udara segar di Puncak Alam pada waktu pagi. Org sempat meninjau pemandangan bukit bukau n hutan belukar di sekitar kampus. Hati mengucap syukur kpd Allah kerana diberi peluang untuk menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah pada pagi Ahad yg dingin ni. Ada hikmahnya kenapa Allah menetapkan org untuk belajar kat sini, yang jauh berbeza daripada kesibukan bandaraya Shah Alam. Untuk diberi peluang belajar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi belum dicemari oleh tangan2 manusia... dan juga untuk sentiasa bertasbih memuji dan mengingati kebesaran Allah yang Maha Kuasa agar org tidak mudah alpa dengan segala suruhanNya.. InsyaAllah... :-)

Pulang ke bilik, mata org tertumpu ke arah sebuah novel yang terletak di celah2 nota2 orang. Tajuknya? 'Ketika Cinta Bertasbih vol 2' (vol 1 dipinjam oleh Hana) yang ditulis oleh salah seorang penulis feveret org, Habiburrahman El Shirazy @ Kang Abik dari Indonesia. Tiba2 tergerak hati nk share review org tentang novel yg org dah baca 2 kali ni, hehe.. (1st time baca online, then baru baca novel). Xpe ye?

Novel ni mengisahkan seorang mahasiswa berumur 28 tahun bernama Azzam, seorang anak yatim berasal dari Indonesia yg belajar di bumi Mesir. Selain belajar, dia bekerja sebagai pembuat tempe dan penjual bakso di sana untuk menanggung pengajian adik2nya di Indonesia. Bekerja untuk menampung keluarga dari jauh setelah kematian ayahnya menyebabkan Azzam terkandas di bumi Mesir selama 9 tahun, tanpa pernah pulang walau sekali pun kerana tak dapat menamatkan pengajiannya. Namun Azzam tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Malah dia bersyukur kerana diberi peluang untuk memerah keringat menyara keluarga, walaupun bukan di bumi sendiri. Surat yang selalu dikirim oleh adiknya, Husna sentiasa membakar semangatnya untuk bekerja lebih kuat. Hal ini membuatkan orang kagum dan terfikir.. masih adakah lagi lelaki yang bertanggungjawab dan tabah seperti Azzam yang masih wujud di muka bumi ini? Kalau adapun, berapa kerat yg tinggal agaknya?

Kisah Azzam diwarnai dengan beberapa orang akhwat iaitu Elliana, gadis yang berfikiran moden, cantik, kaya, pintar dan ternama, Anna Althafunnisa, gadis idaman hampir setiap lelaki yang ingin dilamar Azzam tetapi sudah terlambat, Husna, adik Azzam yg dikurniakan bakat menulis luar biasa, dan juga beberapa mahasiswi lain seperti Tiara dan Cut Mala. Selain Azzam, diselitkan juga watak Furqan, rakan Azzam yang kaya raya, kuat agamanya dan bijak, Fadhil, rakan serumah yang menaruh hati pada Tiara, dan juga beberapa mahasiswa lain yang serumah dengan Azzam. Setiap dari mereka mempunyai kisah sendiri, yang menjadikan jalan cerita novel ni sangat menarik dan jauh berbeza daripada novel2 lain kerana meskipun watak dalam novel ini banyak, cerita setiap satunya disampaikan dengan begitu indah dan unik.

Novel pertama mengambil latar bumi Mesir, manakala novel kedua keseluruhannya mengambil tempat di Indonesia setelah Azzam berjaya pulang ke sisi keluarganya. Dalam novel kedua juga, watak Husna, adik Azzam yang hanya diperkenalkan melalui surat dalam novel pertama diperluas dan diketengahkan lagi, malah dipertemukan dengan Anna. Ending novel ini pulak berjaya membuatkan org menangis, bukan sebab sedih, tapi gembira. Betapa hebatnya penangan novel2 ni kan? (ke org yg emosional sgt? =p)

Novel ini juga sudahpun diangkat menjadi filem, sama seperti Ayat2 Cinta, novel oleh penulis yg sama. Filem ni dah keluar di Indonesia pada 11 Jun yang lalu. Org sgt berharap agar diberi peluang untuk menonton filem ni. Ingin sekali melihat imaginasi2 yang org cipta sepanjang mengikuti novel ini direalisasikan..

Watak Azzam, Anna, Elliana, Furqan dan Husna di dalam filem (sory kecik, xjumpa yg besar..)

Em, lupe nk crite... watak feveret org? Anna Althafunnisa... Gadis yg patut dijadikan role model oleh setiap insan bergelar muslimah. Nama dia cantik, kan? Tapi bukan takat tu je. Penulis menggambarkan Anna sebagai seorang gadis yang mungkin hampir sempurna, dikurniakan dengan kecantikan wajah yang memegunkan setiap lelaki yg memandangnya, kelembutan kata-kata namun masih lagi terselit ketegasan, keteguhan pada agama, keindahan budi bahasa serta kebijaksanaan luar biasa. Anna gadis yang tidak banyak berkata-kata, namun jika sekali dia membuka mulut, ayat2 & perkataannya boleh menyihir sesiapa sahaja. Begitulah gambaran yg diberi oleh Kang Abik tentang watak Anna dalam novelnya, yang membuatkan org agak susah nk membayangkan watak Anna ni dalam kehidupan realiti.. Soalan yg sama berlegar di fikiran, masih adakah seorang gadis sesempurna Anna di atas muka bumi ini? (bilakah saatnya org boleh dan mampu menjadi sehebat Anna? Em...)


Oklah, setakat ini dulu. Harap2 review org ni dpt menarik minat org ramai utk membaca novel2 ni. Sape2 ade rase nk pinjam bgtaula org, tp nama masuk waiting list la, hehe. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum wbt..:-)

18 July 2009

Hari ini hari Sabtu...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Hari ini org xjadi ikut siti ke shah alam. Tibe2 rasa xmau gi mana2. Plus, org ade task, iaitu belikan makanan utk hana. Sian hana kaki dia terseliuh time main lompat tali petang semalam. To hana, org hope kakimu cepat baik.. Bersabarlah utk 15 hari ni ye...

Oklah, kat sini nk tunjuk gambar yg diambil spnjang berada di puncak alam selama 2 minggu..
(kredit to jo n zati krana snap gmbar2 ini)


Hari kedua kat kelas, aida mewakili grup kitorg cabut undi utk presentation subjek pharm biotech n bioengine. Resultnye? dpt group 1st..wuhuu.. (Tahniah shahnaz yg tiba2 dilantik mnjadi ketua, hehe)

Trio nasyid berwarna biru yg tiba2 je diwujudkan sementara menanti dewan kuliah.. er, dewan peperiksaan dibuka.. (komander hana kat depan tu vokalis die)

Suasana dlm kelas yg membosankan sementara mnunggu lecturer subjek finance management, Mr Ahmad datang.. (sian lecturer tu datang dari jauh..)

Ni betul2 tengah bosan ni.. (Jo buat, bukan org.. Kagumla cmne jo leh susun tinggi camni.. Terer2~ Ptut smbung highlight merah ijau tu, bagi lg tinggi, hehe)
Tangga batu caves yg menjadi trademark utama kampus puncak alam (Pelancong yang nak amik gambar dipersilakan.. nak try naik lagi bagus..)

Ni apa ramai2 tunggu kat bus stop ni? pegila naik tangga batu caves tu kalo nak balik kolej...(penulis tiada di sini pada waktu ini, harap maklum =p)

Gambar 10 minit sebelum semua insan dalam gambar ni tercungap2 kepenatan (hehe)

Em, cukuplah dulu 7 keping gambar ye. Nanti org upload lagi. Takat sini dulu. Jumpe lagi~
wassalam... :-)

17 July 2009

PBSM??


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

PBSM? Persatuan Bulan Sabit Merah? Bukanla...
Smalam otw balik dari s.alam, org dgr MT2 SOPHYS duk ckp kak mun (my lady bos) jd presiden PBSM. Org yg blur2 ni pun pegi la tanya amir, amende PBSM ni? Then amir pun bgtau.. laa.. rupe2nye PBSM = Persatuan Balik Setiap Minggu. Hahaha. Sedap2. Kreatif. Tp PBSM ni lgsung xde kena mengena ngan org...

Ramai tanya org soalan ni, sejak dari sem 1 lg, 'Umah wawa kat klang je, nape weekend jarang balik?' hmmm...entahla... Masa kat s.alam dulu sbb ba pun keje sama tmpat ngan org, jadi semangat nk balik umah tu kurg la sikit drpd kwn2 lain yg duk jauh.. (walaupun ba jarang sgt lawat org kat kolej, just anta brg je) Em, lagi satu, maybe dah terbiasa duk hostel sbb dari form1 lg org dah duk asrama... (boleh terima ke alasan ni?)

Bila dah pindah kat puncak alam ni, ba duk pesan kat org kalo nk balik, balik sendiri, dia xmau amik kat sini mcm org kat s.alam dulu. Dulu bolehla, tmpat keje sama ngan org. Nak balik hari2 pun boleh (walaupun org xbuat) Skrg ni jauh sgt katanya. Haritu org call ibu, ibu ada ckp mcm ni...

'Kalau dari puncak alam tu menyusahkan along nak balik sendiri, xpayah la balik rumah... Bahaya balik sendiri kalau nk balik klang ni. Lagipun nanti penat jauh2 balik rumah, kat rumah kena buat keje lagi. Kesian along. Rasa2 kalau betul2 free barula balik,' ibu berkata sedemikian dalam telefon. Ada nada sayu dalam ayat2 itu... (ibu, tibe2 rindu sangat kat ibu walaupun baru 2minggu xjumpe...huhu )

Tapi insyaallah, next week org balik. Sebab ana, aja, shahmi sume balik asrama. Seronoknyeee family sume kumpul balik..=) Adik2ku, sila tunggu kepulangan along di rumah nanti! (oh ayat..)

Jadi, aktiviti yg akan dilakukan pada hujung minggu ni:

1) Sapu n kemas bilik. Bilik sudah semakin bersepah (walaupun blum di tahap kritikal...tp xkan nk tggu kritikal bru nk kmas kan? hehe)
2) Em, nota lecturer dah banyak dpt... so, bleh la stat buat mind map.. (bajet je =p)
3) Habiskan novel lagi 3 bijik (sebijik novelku dah dibook oleh 3 org budak laki... bile turn org nk baca novel tu? huu)
4) Habiskan feeding frenzy yg tinggal lg beberapa stage (hehe)
5) em, siti xlik umah..agak2 dia nak ajak gi s.alam blehla ikut... (silap2 leh singgah klang trus kan siti? =p)

Oh, memandangkan ayu, housemate org yg baik (dia yg kata, hehe) balik umah, handphonenye yg ada tv tu pun dibawa balik sekali. Maka minggu ini episod ke8 Nur Kasih yg disiarkan di TV3 xdpt la diikuti... (xpe, balik umah kang tgk puas2 kat youtube)

Aa, ramai gak tanye nape post org lgsung xupload gmbar? actuallynye kamera hp org udah rosak.. so acara snap mnyenap tidak lagi dilakukan.. (mcm la dulu slalu buat) Tp xpe, post esok InsyaAllah ade gmbar, sbab Jo, roommate yg dikasihi dgn baik hatinya membenarkan org upload gmbar2 yg dia snap spnjg minggu ni.. (time kasih Jo~)

oklah, sehingga ketemu lagi. Time kasih diucapkan krana membaca celoteh org yg langsung xada input2 yg berfaedah ni, hehe.

wassalam...:-)

16 July 2009

Novel & Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
,
Pada hari ini, org brjaya mghabiskan 2 novel drpd 6 bijik novel yg org borong di shah alam sabtu lepas. Tajuknya? 'Di Bawah Naungan Cinta' oleh Ibnu Hazm El Andalusy, dan satu lagi bertajuk 'Dalam Mihrab Cinta' oleh Habiburrahman El Shirazy. Em.. kenapa novel yg berkisar tentang cinta? hahaha... xdela, sbnrnya kalo beli novel benda 1st yg org tengok dulu ialah sape penulisnya. Tu yg penting, then baru tengok tajuk. Memandangkan kedua2 novel ni mndapat review yang sangat baik drpd pnulis2 novel yg lain, so org pun tertarik nak beli novel ni. Lagipun, asyik2 layan novel melayu dgn english... apa salahnya kalo kita mghayati karya penulis dari Timur Tengah & Indonesia pulak kan?

Kesimpulannya, org setuju dgn review penulis2 yg lain tadi. Gaya bahasa novel2 ni sangat indah, isi dia pulak menyentuh jiwa, menusuk kalbu dan mesti menarik hati sape2 yang baca. Ayat dia simple je, tapi mesej yang nk disampaikan sangat jelas dan kena tepat pada siapa2 yang berkenaan. Org rasa bertuah sgt sebab diberi peluang utk menghayati tulisan dan isi novel2 ni.. So, org skong 100% sape2 nak beli novel2 yg org sebut ni... (org suggest pada insan2 yg suka menghayati tulisan dan isi yg ingin disampaikan oleh penulis... kpada sape2 yg kurang menghayati novel maybe akan rasa novel2 ni membosankan)

Kat sini org nk share sumting yg org dpt dari novel 'Di Bawah Naungan Cinta' yg org sebut tadi:

Tanda-tanda Orang Jatuh Cinta :

1) Mata - Matanya bergerak seiring gerak org yg dicintai. Pandangannya mengarah pada apa yg dipandang oleh si tercinta. Pandangan matanya mengikut gerak mata si tercinta.

2) Percakapan - Selalu melayani percakapan org yg dicintai. Ia nyaris tidak pernah mahu melayani pembicaraan orang lain selain yg tercinta. Ia benarkan apa yg dikatakan oleh si tercinta, meski yang dikatakan mustahil dan bohong belaka. Ia dengarkan apa yg dikatakan oleh si tercinta dengan saksama.

3) Gerak tubuh - Segera bergegas menuju ke tempat org yg dicintai. Di sana ia duduk berdekatan dgn si tercinta. Ia hindari segala perbuatan dan percakapan yg menjauhkan dgn si tercinta. Kakinya enggan melangkah ketika tiba saat2 perpisahan.

4) Perbuatan - Melakukan pekerjaan yg tidak pernah & tidak boleh dilakukan sebelumnya. Bakhil menjadi dermawan, pendiam menjadi banyak bicara, penakut menjadi pemberani luar biasa. Cinta mengubah org yg malas berhias menjadi pesolek di depan cermin, si soleh lagi sopan menjadi genit.

5) Sentiasa ingin mendengar nama org yg dicintai. Senang membicarakan tentang si tercinta. Tiada kebosanan utk selalu brjumpa dan berkata-kata dengan si tercinta.

6) Suka bersendirian, dan merasakan dengan bersendirian ia bebas berkelana, bergerak dan berjalan ke mana suka. Fikirannya melayang, dipenuhi bayang2 si tercinta. Juga begitu kerap mengalirkan air mata apabila mendengar perkara buruk menimpa si tercinta.

7) Lahirnya kepedulian terhadap org yg dicintai. Sering memberi perhatian yg lebih terhadap segala kejadian yg menimpa si tercinta. Ia cari khabar dan berita tentangnya.

Bahasa dia indah kan? org tiru ayat2 dari novel ni je... Jadi, ada sape2 yg terasa lepas baca? Kalo ada, sah jatuh cinta la tu, hahaha. Tapi org rasa penulis tertinggal satu tanda lagi. Meh org tambah:

8) Sewaktu membaca perkara2 di atas, di kepalanya terbayang seseorang yang sejak awal lagi sudah berada di fikirannya.. (haha anda kantoi di situ)

oklah, pnjg btul post kali ni. mentang2 xupdate semalam. ok, takat sini dulu. Jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum... :-)

14 July 2009

Meeting..oh meeting...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Di petang yang hening ini, disebabkan ketidakbolehtiduran (ada ke word ni?) utk hari yang entah keberapa dan kejelesan melihat housemate yg sedap tido akibat keletihan kerana berpuasa, hati tergerak untuk mengupdate blog ini walaupun baru je create blog ni smlm.. (konon malas update ye, hehe)

Tapi, apa nk crita ye? em... crita pasal life harini la. name blog pun my life, my story, my world kan? =p (chup. ni nama blog dulu sbelum ditukar)

Pagi tadi, lpas klas Pharm Biotech n Bioengine, tibe2 Kak Mun merangkap my lady bos bgtau org yg my big bos aka Mr Presiden SOPHYS (SOPHYS = Society of Pharmacy Students) nk jumpa. Tbe2 org teringat, oh, org stil ada komitmen as setiausaha persatuan.. cmne leh lupa ni, huhu.. dan setelah meeting yg singkat diadakan di tmpat yg xberapa nk proper, akhirnya bermulalah kmbali kerja2 org yg dulu, iaitu : buat agenda meeting, mesej sume ahli persatuan bgtau ada meeting, catat kehadiran meeting, catat isi2 meeting, dan akhirnya siapkan minit mesyuarat untuk diberikan kepada sume ahli persatuan..

Dan esok, jam 12.30pm, Kak Mun & Mr Shahariz (my big bos) perlu join meeting ngan Dekan, MPP, dan wakil daripada setiap batch. Nasib baik setiausaha tak perlu join, nama org xde dalam memo (yes~ sori bos2 org, org mmg xsuka gi meeting), tapi jam 3pm stil ada meeting SOPHYS kali pertama utk sem ni n org stil perlu buat kerja2 yg disebutkan seperti diatas... Terfikir pun dah penat, tapi penat lagi 2 org bos org tu kan... xpe2.. Wani.. selamat bertugas kembali dan sila kuatkan semangat anda~
Kak Mun ada cadangkan AGM dipercepatkan thun ni, maybe akhir ogos atau awal september... Kalau mcmtu, that's mean org xlama la lagi jadi setiausaha. Em, ada rasa seronok dan sedih gak bila fikirkan balik. Tapi tak sabar nk serahkan folder2 surat kepada insan bertuah yang bakal menggantikan tmpat org.. Siapakan insan bertuah dari part3 tu? kita tunggu dan lihat nanti, hehe..

Oklah, asal update je nk panjang2, nmpak sangat tgh bosan n xtau nak buat apa. Padahal agenda meeting xtaip pun lagi, nanti nak print, fotostet lagi, ish, kena buat cepat ni. So, org mengundur diri dulu n sila nantikan update org yg akan datang~

wassalam...:-)

13 July 2009

Malam yang mendamaikan di Puncak Alam...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt...

Pada hari Isnin, bersamaan 13 Julai 2009, hati ini akhirnya tergerak untuk mewujudkan blog sendiri. Ada seorang hamba Allah pernah bertanya kat org (org adalah ganti nama diri yg digunakan dalam blog ini), 'Wawa tak teringin ke nak ada blog sendiri?' waktu tu org hanya terdiam berfikir...'Em, ada blog best jugak. tapi kena slalu update. org bukannya rajin nak update2 ni...huhu' akhirnya pada hari ini statement itu berubah.. tahniah buat diri sendiri~ hehe...

Hari ini juga, genaplah seminggu satu hari org berada di puncak alam, kampus UiTM yang sangat unik kerana letaknya di tengah2 hutan yang masih banyak lagi tanah hijau yang belum dibangunkan... Pernah org terfikir, macam mana kehidupan org kat sini? lagi seronok atau sebaliknya? di sini org sertakan komen2 dari orang lain tentang kampus baru org ni...

1) Ba = eh, best kat puncak alam tu, bangun pagi2 sejuk... (ba telah selamat menetap di puncak alam selama 2 hari untuk menjalani bengkel sebelum org berpindah kesini...)

2) Ibu = tangga ni kalau hari-hari naik sure wani boleh kurus.. (ibu berkata setelah melihat gambar tangga batu caves di dalam laman facebook org)

3) Prof Bakar@ ex-dekan = udara di puncak alam ni segar... (beliau berkata sewaktu kuliah CVS di dalam dewan kuliah.. eh... dewan peperiksaan)

em, akhirnya kesimpulan yang dapat dibuat setelah seminggu satu hari menetap di sini:

1) Kata-kata ba, ibu, dan Prof Bakar tak dapat disanggah lagi... Kata2 mereka benar belaka..

2) Terdapat beberapa kemudahan yang tiada seperti mesin ATM... Insyaallah mpp kata seminggu lagi adalah tu.. (xtau la bila sebenarnya.. sebulan lagi kut)

3) Dapat kemudahan internet kat sini.. (alhamdulillah walaupun kena pakai kabel n sangat slow kadang2 dan sangat menguji kesabaran)

4) Line telefon juga kadang2 buat hal (mpp juga kata menara celcom akan dibangunkan.. alhamdulillah.. kita wait n see aje)

5) Makan.. em, choice tak banyak sebab ada 2 tmpat sahaja, iaitu di dewan Rafflesia dan PSB..kalau nak merasa makanan luar kena drive agak jauh...

6) Tarikan utama kampus ini, iaitu tangga batu cavesnya... dua kali naik untuk pulang ke kolej dan akhirnya petang itu tertidur kepenatan... sesuai untuk mereka yang sukakan senaman tapi agak xsesuai untuk mereka yang berstamina rendah..( macam org la kut, hahaha)

7) Agak bosan di waktu petang sebab jadual kosong akibat lab ditunda sehingga awal ogos... jadi, aktiviti yang dilakukan adalah : tido, main game di laptop, baca novel, chatting, jogging...(tu aktiviti org je.. yg lain xtau la buat ape..)

8) Sape2 yang xde kereta agak sukar untuk keluar... memandangkan jarak antara kolej dengan pondok pakguard dan pondok pakguard ke papan tanda kampus puncak alam..em..jauhhh.. kalau jalan kaki maybe stgh hari kut baru smpai kat papan tanda tu... (papan tanda la baru, blum lagi ke tempat yg nak dituju)

em, rasanya macam dah banyak sangat menulis kat sini... baru 1st post kut wani.. simpan2 untuk post yang lain pulak.. kepada insan2 yang membaca, doakan org tabah dan sabar menempuh dugaan sebagai pelajar di tempat baru ni.. banyak lagi yang perlu untuk org biasakan diri dan pelajari di sini...oklah, jumpa lagi dalam post yang berikutnya..

Assalamualaikum wbt... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...